Syukur
masih diberikan pelbagai nikmat ke atas diri ini. Tinggal 4 hari sahaja
lagi debaran menanti... SPM akan tiba... pelbagai persediaan telah
dilakukan oleh semua guru untuk memastikan anak-anak mereka bersedia
untuk menempuh di medan perjuangan. Namun, dalam sedang
bertungkus-lumus, masih terdapat pelajar yang masih tidak mengambil
peluang dan kesempatan yang ada untuk memanfaatkan masa yang ada dengan
semaksimum mungkin. Masih berada dalam zon yang senang, zon yang selesa .
Tidak nampak kesungguhan mereka untuk datang bertanyakan soalan atas
inisiatif sendiri.. tidak mahu membuat latihan yang diberikan setelah
guru tersebut bersusah payah untuk menyediakannya...Tidak membaca bahan
yang diberikan oleh guru setelah guru-guru bertungkus-lumus
menyediakannya. Masih mengharapkan usaha guru. Mengharapkan guru untuk
menyuapkan segalanya untuk mereka. Sampai bila perkara ini harus
berterusan. Bila mereka akan sedar?
Banyak perbezaan pelajar dahulu dengan pelajar hari ini. Pelajar hari
ini semuanya mengharapkan usaha guru untuk menyiapkan segalanya kepada
mereka. Mereka mengharapkan guru-guru menyediakan semua nota,
menyediakan koleksi soalan, menyediakan analisis soalan dan pelbagai
lagi. Ubahlah sikap itu para pelajar!!!... sampai bila harus
mengharapkan semuanya daripada guru?Seharusnya kita sendiri yang
mencarinya , berusaha sendiri dan tidak mengharapkan guru 100%. Guru
sebagai fasilitator, sebagai pembimbing.
Tadi apabila duduk makan bersembang dengan guru-guru lain, rata-rata
menyatakan perasaan sedih melihat sikap pelajar yang masih tidak mahu
berubah. Satu perkara yang agak serius dibincangkan apabila pengetua
menyatakan bahawa terdapat beberapa pensyarah di UPM menyatakan pelajar
mereka datang meminta nota daripada pensyarah. Bukannya pelajar mencatat
nota yang disampaikan oleh pensyarah. Budaya mengharapkan guru memberi
sudah menular di Universiti... Pelajar mengharapkan pensyarah memberi
semuanya...Bukannya pelajar berusaha sendiri untuk mendapatkan ilmu itu.
Seharusnya perkara ini perlu dibendung agar mampu untuk melahirkan
pelajar yang berdaya saing dan mampu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
Hal ini mungkin berbeza di MRSM PKP yang kebanyakan pelajar di situ
berpusatkan "Student centered" . Pelajar yang mencari sendiri maklumat
dan ilmu tersebut. Pelajar yang berusaha sendiri.. Kejayaan pelajar di
sana merupakan hasil pelajar sendiri, namun, kejayaan pelajar di
kebanyakan MRSM adalah berpunca daripada gurunya bukan
muridnya...Maaf,itulah yang boleh dikatakan.
Pengalaman belajar di Kolej Sultan Alam Shah sangat bermakna dan banyak
mematangkan diri ini. Setiap saat yang ada sentiasa dipenuhi dengan
aktiviti. Tidak sempat untuk membuang masa dengan perkara yang tidak
berfaedah. Masa yang terluang diisi dengan membaca dan melakukan
aktiviti kerohanian. Pelajar membuat kumpulan belajar sendiri,
bertukar-tukar soalan dengan pelajar sekolah-sekolah lain.. mendapatkan
nota sendiri dan bertukar-tukar antara satu sama lain.. Guru bertindak
sebagai fasilitator... pembimbing sahaja... Mudahnya menjadi guru pada
saat itu....
Hanya pada-Mu kami berserah Ya Allah.....
1 ulasan:
Salam ziarah Cikgu.
Rupanya Cikgu kisasian. Gembira bertemu di sini. Usai membaca entri ini, terkenang-kenang saat di Kolej Islam terutama ketika menghadapi peperiksaan.
Selamat maju jaya Cikgu. =)
Catat Ulasan