Sabtu, 15 September 2012

Pertandingan Penulisan Artikel


Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh DBP boleh melayari laman sesawang http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php



Objektif    
 Pertandingan Penulisan Artikel dalam Kalangan Remaja                            Negara Anggota MABBIM 2012

Meningkatkan kefahaman dalam kalangan remaja negara anggota tentang peranan dan fungsi MABBIM.           
    Mengusahakan penyelarasan dan penyebaran maklumat tentang bahasa dan persuratan melalui penulisan artikel dalam bahasa Melayu dalam kalangan remaja negara anggota.
    Menggalakkan remaja negara anggota menghasilkan artikel dalam bahasa Melayu yang berkualiti daripada aspek tatabahasa, ejaan, istilah dan kejelasan idea untuk komunikasi tulisan.
    Meningkatkan kesedaran remaja negara anggota tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara mereka.


 

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL
                                DALAM KALANGAN REMAJA  NEGARA ANGGOTA MABBIM 2012
▪ Pertandingan Penulisan Artikel dalam Kalangan Remaja Negara Anggota MABBIM 2012 akan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa Melayu baku dalam penyampaian isi dan hujah terhadap isu atau tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
▪ Isu atau tema untuk Pertandingan Penulisan Artikel dalam Kalangan Remaja Negara Anggota MABBIM 2012 ialah isu atau tema yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu di negara anggota.
▪  Panjang artikel hendaklah tidak melebihi 1500 patah perkataan, dan mempunyai sumber rujukan.
▪ Artikel hendaklah ditaip langkau dua baris dengan menggunakan fon 12 poin Times New Roman atau fon 11 poin Arial.
▪ Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah berumur 15 – 25 tahun pada tahun 2012.
▪ Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap penyertaan mestilah karya asli, dan disahkan oleh guru atau pensyarah tempat mereka belajar, atau pegawai dalam kumpulan A.
                ▪  Peserta hendaklah menghantar artikel mereka bersama-sama borang penyertaan yang disediakan, yang boleh juga dimuat turun dari laman web www.dbp.gov.my, dan menghantarnya melalui pos ke alamat yang tertera di borang penyertaan.
▪  Hadiah bagi pertandingan ini adalah seperti yang berikut, dan keputusan panel hakim adalah muktamad. 

TEMPAT PERTAMA  :   RM2000.00 dan sijil penyertaan
TEMPAT KEDUA       :   RM1500.00 dan sijil penyertaan
TEMPAT KETIGA      :   RM1000.00 dan sijil penyertaan
   SAGU HATI                :   RM500.00 x 5 pemenang dan sijil penyertaan


TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 30 september 2012


Tiada ulasan: