Rabu, 26 September 2012

Lawatan Penanda Aras dan Latihan Temu duga



Hari Isnin baru-baru ini , seramai 12 orang guru dari MRSM Serting membuat lawatan penanda aras ke MRSM Pasir Salak.. Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian ilmu dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik PMR dan SPM. Semoga perkongsian antara kedua-dua sekolah akan dapat diteruskan dan dapat memberi manfaat kepada peningkatan dan kecemerlangan sekolah.


Bagi pihak Jabatan Bahasa mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan hormat dan muhibbah.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.
LATIHAN TEMU DUGA MRSM PASIR SALAK


Petang pada hari itu juga, para pelajar Tingkatan 5 menjalani latihan temu duga untuk memenuhi sebahagian sukatan KPD 531 (Kemahiran Berkomunikasi) dan sebagai persediaan untuk menempuh suasana temu duga yang sebenar.. Namun, pada tahun ini, panel penemu duga melibatkan beberapa pakar dalam bidang-bidang tertentu antaranya doktor, jurutera, pensyarah, arkitek dan juga pegawai kerajaan. Pelajar dapat merasai suasana sebenar sewaktu ditemu duga untuk memilih kerjaya yang diinginkan. Rata-rata pelajar kelihatan gementar kerana pertama kali ditemu duga dan pelajar dilihat kurang menguasai isu-isu semasa di negara ini. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 kerana mampu untuk berkomunikasi dan semoga anda berjaya untuk mencapai kerjaya yang anda ingini.




Tiada ulasan: