Isnin, 24 September 2012

Kursus Pembangunan Staf


Pada 21 dan 22 September seramai 50 orang guru dan kakitangan MRSM Pasir Salak menghadiri Kursus Pembangunan Staf di Hotel Grand Kampar. Alhamdulillah banyak ilmu baru yang diperoleh sepanjang kursus tersebut. Di samping dapat menambah pengetahuan, ukhuwah antara guru dan staf dapat dieratkan... Antara penceramah yang hadir dalam kursus ini ialah Tn. Haji Ahmad Fadzli Yusof antara pakar motivasi yang terkenal di negara kita. 

Antara kata-kata yang dapat saya ambil daripada beliau ialah:

Kejayaan sering dilihat milik sesetengah individu sahaja. Sekiranya kita yang biasa-biasa ini mengecap kejayaan sekalipun, itu hanyalah dalam bentuk pencapaian yang kecil. Kuasa Sukses mengubah kepercayaan ini. Ternyata kejayaan luar daripada biasa mampu menjadi milik semua.


• Antara judul buku hasil tulisan beliau: Mengurus Kerja dan Waktu (Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa), Mengurus Kerja Berpasukan, 55 Petua Orang Berjaya, 55 Petua Kerja Berpasukan, 55 Petua Seronok Bekerja (Bersama Motivator terkenal- Datuk Dr Fadzilah Kamsah), Resipi Kejayaan untuk Pekerja Cemerlang, dan Resipi Kejayaan untuk Eksekutif.• Buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca 2008 oleh Berita Harian-Popular Bookstores.

• Bukunya telah terjual lebih 100,000 naskhah di pasaran.
• Telah berkongsi idea sukses dengan puluhan ribu yang pernah mengikuti ceramah dan program kendaliannya.

• Buku Mengurus Kerja dan Waktu dijadikan bahan rujukan untuk Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

• Seorang Certified NLP Practitioner dan mendapat tauliah daripada National Federation of Neuro Linguistic Programming yang berpusat di California, Amerika Syarikat.

• Sedang menyiapkan kajian PhD dalam bidang pembangunan insan.

• Pernah menjadi kolumnis majalah Dewan Siswa dan Mingguan Wanita. Sekarang mengendalikan ruangan Tip Pelajar dan Soal Jawab Kepimpinan dalam majalah e-Siswa terbitan Karangkraf dalam Panduan Pelajar dan Soaljawab Kepimpinan Pelajar.

• Pernah terpilih sebagai personaliti pilihan untuk Majalah i, Anis, Pa & Ma, Mingguan Wanita, Nur dan Berita Harian.

• Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan tenaga akademik di IPTA.

• Beliau mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Beliau pernah mengendalikan rancangan TV dan radio seperti Ramadhan al Mubarak, Hiwar, hingga ke Majlis Tilawah al Quran peringkat antarabangsa.



Tiada ulasan: