Alhamdulillah..Syukur aku panjatkan pada-Mu Ya Allah kerana sehingga ke hari ini aku masih lagi diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang kuat untuk aku terus beribadat pada-Mu ya Allah. Moga-moga, nikmat ini dapatku manfaatkan sebaiknya Ya Allah. Jangan kau golongkan aku sebagai hamba yang kufur nikmat-Mu YaAllah. Jangan Kau tarik semula nikmat yang telah kau pinjamkan padaku ini Ya Allah...
Hari ini aku ambil cuti sambilan kerana menziarahi nenek yang sedang tenat di hospital... Keadaannya sangat nazak..sudah 4 hari tidak sedarkan diri...apabila melihat wajahnya, hati menjadi hiba..tidak tahan menahan sebak di dada..Lantas Surah Yassin menjadi penguat diri..Moga-moga nenda diberi kekuatan untuk mengharungi ujian ini..
Sepanjang jalan aku melihat pesakit-pesakit di hospital..aku teringat satu artikel luahan daripada seorang doktor... hampir 80% pesakit di hospital tidak menunaikan solat... Doktor ini sedih melihat ragam pesakit-pesakit ini.. Apabila ditimpa kesakitan atau ujian daripada Allah,,seharusnya mereka mendekatkan diri dan banyak bermohon kepada Allah Taala...namun, apa yang menyedihkan mereka memberikan alasan sakit penyebab mereka tidak dapat bersolat...Solat tu tiang agama. Tidak kira kita sakit macam mana sekalipun, jangan tinggalkan solat. Tidak mampu berdiri kita solat duduk, tidak mampu duduk kita baring, tidak mampu baring kita boleh isyarat mata atau solat ikut kemampuan kita. Betapa cantiknya Islam tu.l Langsung tidak membebankan umatnya. Macam tu juga wudhu'.
Allah yang maha agung dan maha berkuasa terhadap segala ciptaannya. kalau tika ini kita masih mampu tersenyum dan bergelak tawa, tidak mustahil dalam beberapa minit atau saat nanti kita akan menangis teresak-esak. kalau tika ini kita mampu bernafas dengan amannya, tidak mustahil sekejap lagi kita akan kaku,diam dan kejang tidak bernyawa. Semua itu dibawah Kuasa-Nya, tuhan sekalian alam.
Ziarah petang itu banyak mengajarku erti menghargai apa-apa yang ada dan manfaatkan dengan sebaiknya terutama dalam mentafsir erti perjuangan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan