Semalam terasa kepenatan yang amat...selesai ziarah adik ipar yang berada di wad Hospital Jerantut kami terus bertolak ke Meru jam 6.30 petang.. Ingatkan perjalanan seperti biasa... Tiba di Lebuhraya Genting Sempah kesesakan yang teruk berlaku ditambah dengan hujan lebat...
dari 3 jam perjalanan menjadi 5 jam setengah... fuh..lama sungguh..jam 12.02 minit pagi baru sampai di rumah.. Mujurlah VCD Ustaz Muhammad Kazim Bin Elias menjadi peneman kami sepanjang perjalanan... Kalau mendengar ceramah beliau berulang kali pun tak rasa bosan.. dapat dengar 3 Tajuk ceramah.." Punca Kesesatan" "Isteriku Sayang" dan "Bila Kita Ada Ayah dan Ibu".. Alhamdulillah..dapatlah meningkatkan ilmu di dada... Kadangkala, kita sering menjadikan alasan sibuk sehingga terlupa untuk menambahkan ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama... Carilah ruang dan kesempatan untuk kita sama-sama meningkatkan kualiti diri..Kalau kita rasa malas nak membeli buku atau membaca buku, sekarang pelbagai bahan boleh kita dapat di website ataupun blog... tinggal kita saja yang mengaplikasikannya... Kita sering menghabiskan masa di depan komputer atau laptop... melayan laman web sosial..facebook..myspace dan lain-lain...kadangkala sehingga 24 jam... tetapi kita jarang melawat website atau blog yang memberikan pengisian dalaman kita.. kerana kalau nak dihitung ilmu Allah...terlalu luas...namun kita perlu mencarinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan