Ahad, 24 Januari 2010

Hari Tanpa beg plastik





Semalam aku ke farmasi Rawang bersama zauji..tiba-tiba mataku terpandang pintu masuk farmasi "Hari Sabtu merupakan Hari Tanpa Beg Plastik" oh ok.. satu kempen yang agak menarik... dan baru dilaksanakan pada 9 Januari 2010 di Selangor.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen ini. Pada waktu itu kami memang tidak membawa beg atau beg kertas. Mujur mereka memberi beg kertas kepada kami.

Bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, bayaran 20 sen akan dikenakan ke atas setiap penggunaan beg plastik untuk mengurangkan pengunaan beg plastik. Bayaran itu akan disalurkan kepada tabung kebajikan di bawah tanggungjawab sosial syarikat.

Kerajaan negeri Selangor  memandang berat terhadap pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini hanya dapat dijayakan sekiranya setiap anggota masyarakat mengambil bahagian dalam usaha ini.”

Sejak kempen ini dilancarkan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna, Pelancongan dan Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong pada 20 Disember lalu, jumlah syarikat di dalam Selangor yang menyertai kempen ini telah meningkat kepada 15 buah.


Antara syarikat besar yang menyertai kempen tersebut ialah AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons, Sunway Pyramid, One-Utama dan SACC.

Kempen ini akan dijalankan selama enam bulan buat peringkat awal dan kesannya akan dinilai bagi mempertimbangkan sama ada perlu menambahkan hari kempen tersebut.

Tiada ulasan: