Rabu, 13 Januari 2010

Biah Solehah ....



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

“Salam. Saya ada satu soalan. Macam mana nak wujudkan suasana islamik dalam kalangan komuniti yang tidak islamik?contohnya di sekolah-sekolah harian”.


Soalan yang mudah untuk dijawab secara teori, tetapi memerlukan mujahadah atau kesungguhan yang tinggi untuk menjayakannya. Saya yakin pelajar yang bertanyakan soalan begini adalah pelajar yang betul-betul sayang akan Islam. Mahu melihat Islam diamalkan oleh orang lain. Hasilnya kehidupan masyarakat di dalam komuniti tersebut akan lebih harmoni dengan cara hidup Islam yang diamalkan.

Namun begitu, unsur terpenting di dalam melakukan perubahan ini adalah penghuni komuniti itu sendiri. Sekiranya di pejabat, pekerja pejabat itu sendiri. Sekiranya di sekolah, mestilah pelajar di sekolah diberi perhatian. Hal ini demikian kerana manusia yang mendiami sesebuah tempat tersebutlah yang akan mencorakkan tempat tersebut. Maka manusialah yang perlu diubah, bukannya suasana. Sekiranya diubah manusia, maka suasana tersebut secara automatiknya akan berubah.

Perubahan mestilah daripada “in sight out” bukannya “out sight in”. Berubahan dari dalam keluar, bukannya dari luar ke dalam. Merubah manusia supaya merubah suasana, bukan merubah suasana untuk merubah manusia.

Sekolah Agama

Lazimnya selalu kedengaran pelajar sekolah agama menjadi baik disebabkan suasananya. Sebagai contoh sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah, SMAP Kajang, SMAP Labu dan banyak lagi. Namun tidak dapat dinafikan ada segelintir daripada mereka sukar untuk diubah sikap mereka. Sering kali diungkapkan di dalam siri-siri training yang dijalankan berkenaan roda perubahan manusia ini.

“Untuk menjadikan dunia ini baik, orang yang menghuninya mestilah dibaiki. Untuk memperbaiki manusia, kita perlulah memperbaiki hatinya. Untuk memperbaiki hatinya, kita perlulah memperbaiki solatnya. Kerana solat itulah yang akan merubah diri manusia tersebut”.

Sememangnya suasana sekolah agama itu baik, tetapi yang menjadikan hal ini baik adalah penekanan kepada soal akidah dititikberatkan di dalam sekolah. Hal ini berjalan secara langsung iaitu melalui subjek-subjek yang diajar atau secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran, usrah dan sebagainya yang dijalankan secara tidak formal di surau melalui Badan Dakwah Dan Rohani.

Penekanan kepada solat jemaah juga menyebabkan jiwa para pelajar terbina dengan roh Islam. Lazimnya pelajar yang culas untuk solat inilah yang akhirnya membawa kepada masalah. Sering ponteng program di surau dan aktiviti yang dijalankan. Jiwa mereka tidak terbangun kerana mengabaikan makanan rohani.

Mungkin sekali imbas kita nampak suasana sekolah membentuk pelajar yang baik, tetapi ketahuilah kita bahawa suasana yang baik itu dibentuk oleh pelajar yang baik rohani. Agak sukar sebenarnya untuk kita mewujudkan  “Biah Solehah”. Namun, begitu kesungguhan dan keikhlasan penting dalam usaha untuk mewujudkan biah solehah ini.

Rindu suasana di KISAS...

Pemandangan pejabat di KISAS

5 keunikan di KISAS

Slogan yang menjadi pencetus semangat mujahad

Tiada ulasan: