Khamis, 10 Disember 2009

Semuanya selesai...Alhamdulillah...

Lama sungguh tidak menulis...Rindu rasanya.. Hari ini selesai sudah perjuangan pelajar-pelajar SPM setelah hampir satu bulan mereka berjuang di medan peperiksaan...Senyuman dan gelak tawa menghiasi wajah mereka ketika keluar dari dewan peperiksaan... Hal ini bermakna selesai sudah tanggungjawab aku untuk menjaga mereka selama seminggu di maktab..Semoga usaha dan pengorbanan mereka akan mendapat keberkatan dan membuahkan kejayaan yang membanggakan. Selamat meninggalkan alam persekolahan buat anak-anak tercinta dan ambillah mutiara-mutiara yang diperoleh sepanjang berada di bumi Pasir Salak ini.. Dan...esok aku bakal pulang ke kampung beristirahat bersama zauji dan keluarga yang tersayang... Terima kasih wahai temanku...kerana telah menemaniku sepanjang seminggu di maktab...Jasamu takkan kulupakan..







1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..
cikgu mndidik anak-anak murid cikgu dgn penuh kasih syg..
terima kasih cikgu..
kenangan kt mrsm ps memg tak boleh nak dilupakan walau sedetik..
ada yg manis,pahit tapi semuanya indah..,
terima kasih atas segalanya cikgu eliza..warden mrsm ps