Semalam aku berkesempatan melawat laman web sosial "my space" walaupun aku tak mempunyainya...Dari dulu lagi teringin nak melihatnya tapi tidak berkesempatan...Tangan ni gatal nak melihat laman anak-anak didikku..Memang secara jujur aku agak terkejut dan tidak menyangkanya. Mungkin itulah remaja sekarang.. Namun, mengapa ye?? kita sanggup untuk mencalarkan maruah kita sebagai orang yang beragama Islam...Sebenarnya mak ayah, guru kita telah memberikan didikan agama yang secukupnya...Tinggal kita saja lagi yang menentukan hala tuju hidup kita...Adakah kita tidak malu dengan mak,ayah atau guru-guru yang telah banyak menasihati dan membimbing diri kita??... Kita lupa sebenarnya dari mana kita datang...dan untuk apa kita didatangkan.. Tapi satu je...apa-apa yang berlaku sebenarnya adalah ... Kita tidak merasai bahawa Allah itu ada dalam HATI kita...kalau kita rasa Allah ada dalam HATI kita , kita takkan berani untuk melakukannya...Kita sanggup membuka aurat kita untuk menjadi tatapan kawan-kawan kita...kita sanggup menggunakan ayat-ayat yang kurang ajar dan agak lucah...Hatta ada yang lebih teruk daripada itu..Tapi..itulah remaja sekarang...Tapi ingatlah...kita takkan selamanya bergembira...satu hari nanti pasti Allah akan membalasnya ...Buat anak-anak atau semua remaja di luar sana...Jagalah diri dan maruah kita..
Teringat tentang satu tazkirah tentang POHON SEMALU... sama-sama kita mengambil iktibar daripada kejadian POHON SEMALU yang dikaitkan dengan kita yang bergelar wanita...
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"
Cukuplah. Dia, Allah Yang Esa tahu segalanya pasal kami. perkataan kami, HATI-HATI kami, kata-kata kami, akal fikiran kami.pernahkah kami consider akan kehadiran KAMU, ya Allah? Sedihnya, kami menjadi hamba yang ignorant pada Tuhan kami. jahilnya kami tak melihat KAMU ada di situ.selalu sahaja KAMU lihat kami begini? jatuh cinta dengan duniawi. nauzubillah. berangan2kan sang lelaki idaman kalbu. sedangkan KAMU janjikan kami pasangan. Sudah tentu! tapi kami masih mahu teringat2kan dia.
selalu sahaja KAMU dengar isi hatiku. yang kadangkala melampiaskan rasa marah, tak puas hati, dendam kesumat. sehinggakan KAMU benci untuk mendengarnya lagi, kerana bukan itu yang KAMU harapkan hati2 kami penuh dengan. Ya Allah, tak sangka kami ni lebih suka penuhi hati2 ini dengan benda2 duniawi daripada perkara tentang KAMU. Jahilnya, jahilnya kami..
Ya Rabb kami, mungkin hati2 ini sudah lama dihanyut jahiliah duniawi hinggakan sangat susah untuk kami sedari kehadiranMu. Takut sangat andai Kau bosan dengan kehidupan dan amalan kami lalu Kau pergi. biarkan kami yang berlumpur2 ini lemas. begitu saja.
Maka, kami berlindung pada-MU, Allah!
Ketika tuhan berkata kepadaku
Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku
Tapi dengan penuh noda kau mengadapku?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan