Khamis, 3 Mei 2012

Debat MRSM Se-Malaysia


Pagi Jumaat yang tenang dan mendamaikan... Alhamdulillah..petang semalam (Khamis) pasukan debat MRSM Pasir Salak bertolak ke MRSM Taiping jam 2.15 petang.  Segala persiapan telah dilakukan bersama guru penasihat Pn. Arfah dan Pn. Aina.. Semoga mereka beroleh kejayaan untuk mendapat tempat antara 20 MRSM yang akan bertanding ke pertandingan Debat Asean. Insya-Allah...

Namun, dalam membuat persiapan terakhir sebelum pergi ke MRSM Taiping, saya menerima panggilan daripada ayah pendebat ketiga maktab (hari Rabu) yang memaklumkan datuk pelajar itu telah meninggal dunia dan meminta untuk membawa pelajar itu pulang ke Johor. Apabila saya bertanya kepada pelajar tersebut, dia mahu untuk pulang ke Johor dan dalam masa yang sama dia mahu ke MRSM Taiping... Kalau mahu diukur bukan dekat jarak antara MRSM Taiping ke Johor.. dan dia memang bertekad mahu ke MRSM Taiping juga.. Alhamdulillah.. Allah memudahkan perjalanan pelajar itu..dan dia dapat sampai ke MRSM Taiping jam 12.00 tengah malam tadi.. dan pagi ini dia bertanding untuk pusingan pertama melawan MRSM Gemencheh. Alhamdulillah mereka berjaya pada pusingan tersebut.
Ya Allah...sangat cekal pelajar itu.. Dia bersungguh-sungguh untuk berjuang di medan perdebatan. Sewajarnya pelajar-pelajar kita dapat mencontohi kesungguhan dan kecekalan pelajar itu walaupun diuji dengan dugaan yang berat. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada mereka semua. Amin... TERUSKAN PERJUANGAN!!!

Allah berfirman : "Sesungguhnya sesudah kesulitan, pasti ada kemudahan" ~Surah Al- Insyirah,ayat 5~










Tiada ulasan: