Selasa, 20 September 2011

Marahnya Seorang Guru....

Setiap hari, kita sentiasa menerobosi pelbagai keadaan hidup di dunia yang semakin fana’ ini. Setiap detik, pasti kita akan bertemu dengan perkara yang kadangkala kita tidak menjangka bahawa perkara itu akan kita alami seperti tiba-tiba jatuh sakit, kemalangan, kehilangan orang yang disayangi, dan banyak lagi. Na’uzubillah.

Setiap perkara yang menimpa ke atas kita, pasti terselit hikmah di sebaliknya. Percayalah!

“Dan apa-apa jua musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh apa-apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatanmu yang salah dan berdosa), dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu).” (Surah al-Syura : 30).

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah al-‘imran : 139)

Setiap perkara yang berlaku ada buruk dan baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat sisi baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sebaliknya.

“Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu; dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.” (Surah al-Thalaaq : 5)

MARAH ADA HIKMAH

Tidak ada seorang pun yang apabila ditanya sama ada dia suka dimarahi atau tidak, pastilah jawapannya tidak. Saya sendiri pun tidak suka apabila dimarahi (huhu). Namun, marah seorang guru berbeza dengan marah seorang ayah. Marah seorang kawan berbeza dengan marah seorang adik. Saya lebih suka dimarahi oleh guru daripada dimarahi oleh ayah (hehe). Apabila guru marah, dia tegur kita, dia cabar kita, kita bersemangat tetapi apabila ayah marah, kita sedih, kita menangis tanpa sedar. Marah bukan benci, tapi tanda sayang. Tetapi, bukanlah marah yang tidak bertempat. Ucaplah terima kasih melalui hati kerana kita dimarahi. Jika seseorang tidak menegur kita, itu maknanya, orang sudah tidak sayang pada kita. Sampai bila kita hendak betul kalau tidak pernah dimarahi dan tidak suka ditegur??

Carilah hikmah di sebalik kita kena marah. Kenapa guru sering marah kita? Kenapa ibu bapa sering tegur kita? Kita selalu menganggap itu suatu yang negatif dan terus memprotes mereka sebab itulah ada berlaku kes sampai sanggup bunuh ibu bapa sendiri.

Andai seorang guru memarahi anak muridnya, guru itu ingin membaiki kelemahan anak didiknya itu. Guru ingin anak didiknya sedar. Guru memberi kata semangat dan motivasi melalui luahan amarahnya. Guru memarakkan nyalaan api untuk menuntut ilmu dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Bukan belajar main-main. Belajar bukan senang, oleh itu, kita kena bersungguh-sungguh untuk menggarap buah kejayaan di dunia dan akhirat. Andai seorang ibu atau ayah memarahi anaknya pula, itu tandanya mereka prihatin dengan anak. Mereka tidak terus-terusan membiarkan anaknya leka dan lalai dalam mengharungi kehidupan. Andai anak berbuat salah, mereka tegur. Andai anak lalai, mereka mengingatkan. Marah mereka kerana sayangkan anak-anak. Bukan kerana benci!

CARI HIKMAH SETIAP HARI

Setiap hari, peruntukkanlah sedikit masa untuk menulis dan merenung hikmah yang terjadi pada hari ini, esok dan seterusnya. Jangan biarkan hari-hari yang dilalui kita pergi berlalu tanpa sebarang hikmah. Itu yang ustaz saya beritahu. Beliau sempat memberi secebis tazkirah ketika sedang mengajar.

Saya juga sudah mula mencari, menulis dan merenung hikmah yang tersembunyi pada setiap hari yang saya lalui. Seronok! Jomlah kita ramai-ramai buat. Pada yang dah lama buat, bagus, istiqamahlah! Jadikannya satu agenda wajib dalam diari hidup kita.Seelok-eloknya, carilah hikmah itu ketika kita ditimpa sesuatu dan sebelum kita lelapkan mata untuk tidur.

Contohnya, ketika kita sedang dimarahi oleh guru dek kerana kesilapan kita sendiri. Kita tidak siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Cuba kita hayati kata-kata guru itu. Bebelannya tidak pernah sia-sia malah amat berharga untuk kita membaiki diri kita dalam pelajaran. Tulislah di dalam buku hikmah kita apa-apa yang kita dapat daripada nasihatnya. Hikmahnya :

- Buat kerja sekolah bersungguh-sungguh sampai siap, barulah tak kena marah.

- Jangan malas buat kerja sekolah. Malas tu sifat mazmumah!

- Dengar dan amalkan nasihat cikgu, barulah ada KEBERKATAN


 
Allah juga memberi hikmah pada hamba yang dikehendaki-Nya.

“Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur’an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal lah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” (Surah al-Baqarah : 269)

Hikmahnya : Kadang-kadang, muhasabah 5 minit itu boleh menyelamatkan kita daripada dibaham api Neraka.




7 ulasan:

che aini berkata...

ibarat kata...marah kerana sayang..marah kerana membentuk...kita dulu pun tak ke sini kalu tak dimarahi guru....

srikandi idaman berkata...

yup....kenangan apabila dimarahi itulah yang menjadi ingatan dan menjadi lipatan memori kita...dan itulah yang mendewasakan kita sebagai manusia yang berguna...

nursuhana berkata...

cikgu , saya suhana 3a . saya rindu nak kena marah dgn cikgu . hhe . cikgu terima kasih sbb ajar saya . bagi saya byk ilmu . saya sayang cikgu (: kirim salam dekat aisyah . hhe .

srikandi idaman berkata...

hehe...rindu nak kena marah? sanggup ke menghadapinya suhana?

nursuhana berkata...

memang tk sanggup cikgu . hhe , tp prkara tu lhh yg form three kadang kadang rindu . hhe (:

srikandi idaman berkata...

tunggu tahun depanlah ye suhana...

nursuhana berkata...

hha , seram pulak dengar .