Kejayaan Nik Nur Madihah memperoleh 20A baru-baru ini sepatutnya membuka mata para pelajar yang lain. Adik Nik Nur Madihah tiada tips yang begitu istimewa untuk ditiru oleh para pelajar lain.
Hampir semua yang diperkatakan oleh Nik Nur Madihah ketika ditemu ramah wartawan adalah perkara 'biasa'.Dia tidak mengatakan pusat tuisyen mana yang bagus, teknik mana yang bagus, guna pensil apakah yang bagus.
Sesuatu yang Nik Nur Madihah pernah katakan adalsh bahawa dia mencari keberkatan dalam menimba ilmu. Hal ini sememangnya perkara pokok, penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar.
Guru harus dihormati.Guru tidak minta dipuji dan dipuja tetapi cukup sekadar dihormati sebagai seorang pemberi ilmu. Marah dan teguran guru bukannya hinaan tetapi merupakan satu proses untuk menjadikan pelajar sebagai insan yang sempurna minda dan sahsiah.
Ayat sebegitu sudah 1000 kali didengari, akan tetapi perkara yang ringkas sebegitu sudah hampir hilang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan