Jumaat, 9 September 2011

Genap 10 Bulan


Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat ke atas diri ini.. Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah.....
Entah mengapa terlalu lama aku menyepikan diri dari dunia ini.. Terasa kerinduan yang amat untuk menulis semula..Lantas masa yang terluang ini aku penuhi dengan mencoretkan sesuatu untuk dikongsikan bersama...

Hari ini genaplah usia Aisya Humaira' 10 bulan… Tak sangka begitu cepat masa berlalu..Pengalaman membesarkan Aisya Humaira sangat-sangat bermakna dan mendewasakanku… Setiap masa aku rindukannya… Tambah-tambah waktu ini Aisya semakin petah berkata-kata..mana tidaknya setiap hari mesti tengok video adik Fasihah dan adik Zaid berpidato… Dengan harapan satu hari nanti Aisya Humaira bakal menjadi seorang pemidato yang hebat…

Rasa sayang yang amat sangat pada Aisya Humaira’...Itulah nikmat paling besar yang Allah kurniakan tatkala mengharungi kehidupan bersendirian di sini... Jauh bersama zauji.. Kehadiran Aisya di sisi menjadi peneman, penghibur, pengubat segala kedukaan... Terima kasih Ya Allah..atas kurniaan ini...


Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Lantaran itu, ramai ibu bapa yang berasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga. Manakala pada zaman Firaun bayi lelaki pula yang dibunuh. Jika Firaun dan masyarakat Jahiliyah punya alasan sendiri sebab mereka membunuh bayi-bayi itu, masyarakat moden kini juga ada alasan tersendiri? Apa alasannya? Ya...Malu...malu akibat perbuatan zina mereka sendiri..Lagi parah apabila masayarakt kini membuang bayi tidak kira perempuan mahupun lelaki... oleh itu, masyarakat zaman moden kini lebih teruk dan kejam berbanding zaman firaun dan juga masyarakat Jahiliyah... Nauzubillahi minzalik...

Pembunuhan bayi lelaki pada zaman Firaun berakhir setelah dewasanya Nabi Musa Alaihissalam yang membawa Islam. Saidina Umar pula yang pernah membunuh puterinya hidup-hidup ketika masih musyrik telah bertaubat setelah masuk Islam. Jika semua kejahilan pada zaman tersebut berjaya diatasi melalui Islam, sudah pasti penyelesaian untuk zaman sekarang juga adalah Islam.  Kita seharusnya kembali kepada Islam, jadikan Islam cara hidup yang sebenarnya, pasti semua kemungkaran dan kemungkaran akan berakhir seterusnya kita akan mampu hidup dalam keberkatan dan keredaan Allah.S.W.T...

Wallahua'lam...







Tiada ulasan: