Selasa, 15 Mac 2011

Mengapa perlu menipu?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Syukur walhamdulillah... cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.. Alhamdulillah.. hari ini diberi kesempatan untuk menulis...hampir sebulan tidak menambah entry ...terasa kekosongan pula... Rindu untuk membaca artikel Genta Rasa...Kembara Bahasa...

Tiba-tiba hati ini teringat kisah mengapa orang suka menipu... anak-anak menipu ibu dan ayahnya...anak murid menipu gurunya..suami yang menipu isterinya dan macam-macam lagi kisah yang berlaku di luar sana...Mengapa hal seumpama ini berlaku? Di mana hilangnya kejujuran dalam kehidupan kita...

Dalam kitab Penawar Bagi Hati, disebutkan bahawa Allah SWT melaknat orang yang menipu. Perbuatan menipu merupakan perbuatan yang boleh mendatang perpecahan dalam kalangan masyarakat kita khususnya sesama Islam. Sehingga perbuatan ini di misalkan nisbahnya lebih berat berbanding berzina. Hal ini demikian kerana orang yang melakukan berzina dan mungkin akan bertaubat kepada Allah SWT kerana perbuatan zina dirasakan berdosa besar. Sebaliknya orang yang melakukan penipuan tidak rasa bersalah kerana merasakan perbuatan ini tidak berdosa besar, maka si penipu tidak mudah untuk bertaubat walaupun sering kali melakukan penipuan.

Dosa menipu melibat dua belah pihak iaitu dosa kepada Allah SWT dan dosa kepada yang kena tipu. Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang bersalah terhadap orang lain selagi orang yang menjadi mangsa tidak memaafkan si penipu. Orang yang menipu juga akan jauh daripada keimanan kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana perbuatan menipu mungkin tidak diketahui oleh orang yang ditipu, tetapi Allah SWT maha mengetahui. Orang yang menipu seoalah-olah dia tidak meyakini bahawa Allah SWT sedang melihat dan mendengar apa yang sedang dia lakukan. Tidak meyakini dan mempercayai salah satu sifat Allah SWT akan merosakkan keimanan seseorang. Nauzubillah.. Bagi yang suka menipu...bertaubatlah........

Siakap senohong gelama ikan duri...
Bercakap bohong lama-lama mencuri...





Tiada ulasan: