Jumaat, 25 Mac 2011

Kehidupan ibarat pusingan roda


Hidup kita diibaratkan seperti putaran sebuah roda. Hari ini kita senang hati, gembira, sihat, kaya, berjaya atau bahagia tetapi besoknya kita mungkin akan mengalami suasana yang sebaliknya pula. Hal ini bermakna sewaktu kita senang kita harus bersedia untuk menghadapi putaran kesusahan dan begitulah seterusnya jika kita susah maka kita harus yakin bahawa pada suatu masa nanti kita pasti akan mendapat kesenangan pula
dalam susah ada senangnya,

Dalam sedih ada gembiranya,
Allah menguji tanda sayang pada hamba-Nya…
Begitulah warna-warna kehidupan. Hal ini langsung tidak pelik dan bukan pun ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai, dan sesungguhnya Allah lah yang Maha Bijaksana.
“Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan,”

(5-6,Al-Insyirah)
Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita dengan firman-Nya,
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan(pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”
(Ali-Imran:139)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah 2 : 286)
Masya-Allah, damainya jiwa apabila membaca ayat-ayat cinta daripada Kekasih Hati. Sungguh akan hilang sendu dan senyum pun menguntum, bahagia bersemi dan damai pun bertandang. Itulah ayat-ayat Allah dalam Al-Quraanul Karim. Kita sering terlepas pandang, dalam kesibukan melalui hari-hari penuh mehnah.
Kita terlupa untuk menghayati pesanan-pesanan daripada Allah,dan ingatan-ingatan daripada Rasulullah. Tapi percayalah, saat hatimu gersang dengan kemarau cinta dunia, siramlah  dengan zikrullah dan bacaan-bacaan Al-Quran agar hatimu basah dengan cinta akhirat.
Maka mari kita celik hati. Bukan saja kena celik IT, tapi celik mata hati itu sendiri. Lihat betapa dunia ini luas dan anda tidak pernah bersendiri. Kerana firman Allah,
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sudah berjanji akan mengkabulkan semua doa-doa kita jika kita taat pada-Nya. Maka perkataan siapakah yang lebih benar selain Allah?? Oleh itu , janganlah kita patah hati, pandang rendah pada diri sendiri, hilang visi dan misi dan meratap sendu setiap hari.
Tiada gunanya semua itu. Oleh itu, sekarang tukar mood kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jual kereta lama, jom pandu kereta baru. Ubah suasana, mari melihat dan mengagumi kebesaran Allah pada alam ciptaan-Nya. Sudahlah fikirkan hari semalam, mari mulakan hidup baru.
Mari memaknakan hidup saudaraku!!
Walaupun tahun ini bukan tahun kejayaan bagi Pasir Salak dalam keputusan peperiksaan SPM, Namun, hal ini tidak bermakna kita tewas... Ayuh, kita bangkit untuk teruskan perjuangan dalam misi untuk mecipta kejayaan dalam akademik dan juga sahsiah....













Tiada ulasan: