Alhamdulillah sepanjang Minggu Aktiviti dan Minggu Silaturahim ini saya diberi kesempatan waktu untuk membaca blog rakan-rakan lain.. Sudah lama tidak membaca blog Kembara Bahasa... Banyak isu yang agak ketinggalan.. Tertarik pula berkenaan artikel Isu-isu Pendidikan dan Bahasa Melayu..
Betullah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Awang Sariyan anak didik perlu dimantapkan penguasaan sistem bahasanya dan perlu senantiasa disedarkan tentang pentingnya menguasai ragam bahasa rasmi di sisi ragam bahasa basahan supaya mereka dapat menggunakan bahasa yang sesuai menurut konteks.
Namun, perkara yang amat penting ialah para pendidik perlu mempunyai kekuatan penguasaan sistem bahasa untuk diterapkan dalam pengajaran bahasa kepada anak didik mereka.
Sumber : Kembara Bahasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan