Alhamdulillah.. masih diberi nikmat untuk meneruskan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa... Minggu ini minggu terakhir sesi P&P... Minggu hadapan bermulanya musim peperiksaan.. Semoga pelajar-pelajar dapat membuat persediaan yang secukupnya untuk menempuh peperiksaan nanti.. Bagi pelajar Tingkatan 3 yang sedang dibuai keseronokan di luar sana... dicadangkan dapat mengisi masa lapang dengan menulis esei... Di damping dapat memperkukuh bahasa, menjana idea, boleh juga mengasah bakat menjadi seorang penulis yang hebat. Seandainya ada rezeki, mana tahu boleh mendapat sagu hati daripada penulisan kita itu.. Tiba-tiba teringat akan anak didikku Sahira, Saufi, yang rajin menulis esei integriti sebelum ini dan alhamdulillah...dapat juga hadiah sagu hati menambah duit poket dan juga sijil... Sebenarnya terlalu banyak faedah apabila kita menceburi bidang penulisan ini... Kita akan teroka banyak ilmu dan pengalaman...
Oleh itu, manfaatkanlah masa dengan sebaiknya...
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ada menganjurkan Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia 2011. Sehubungan dengan itu, semua murid sekolah menengah dijemput menyertainya. Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 30 November 2011. Syarat-syarat pertandingan, borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun di laman sesawang,
www.jkkn.gov.my, www.moe.gov.my, dan www.dbp.gov.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan