Malam tadi berkesempatan untuk menonton buletin utama...agak terkejut apabila mendengar isu yang dibangkitkan..Jangan Persoalan Ibadah Korban... Selama ini kita tidak pernah mendengar isu ini dibangkitkan oleh mana-mana badan secara terang-terangan, namun kali ini mereka berani menyuarakannya... mungkin atas DASAR keterbukaan kita sekarang ini.. Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mula mempersoalkan tempat korban dijalankan. Mereka tidak membenarkan ibadah tersebut dilakukan di kawasan lapang sekolah dan tempat lapangan awam.
Siapa mereka?
Selama hari ini kita hidup dalam perlbagai kaum dan budaya serta memahami ritual keagamaan kaum masing-masing, kita (orang melayu) tidak pernah mempersoalkan dan mempertikaikan ibadah dan keagamaan mereka.
Tetapi hari ini mereka berani mempersoalkan ibadah korban yang sudah bertahun tahun kita amalkan dan hal ini juga sebuah tuntutan agama untuk masyarakat Islam.
Ini soal keagamaan, sensitiviti orang islam begitu mudah tersentuh jika dibangkitkan soal ini. Begitu juga dengan kaum lain, mereka juga akan tersentuh jika soal keagamaan mereka di persoalkan.
Berikut petikan daripada berita tersebut.
Jangan persoalkan amalan umat Islam, termasuk ibadah korban - yang sekian lama dilakukan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jika umat Islam boleh menghormati amalan agama lain - kenapa isu berkenaan perlu dibangkitkan.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI
"Kita di Malaysia sudah amalkan amalan saling menghormati. Kalau Islam membolehkan, kalau individu tak boleh, takpela. Macam orang Islam tak boleh makan babi. Orang lain makan takpelah. Kita takde gaduh persoal itu dah. Jadi kenapa hal sebegini dibangkitkan. Saya tak fikir perlu. Janganlah menyentuh hal2 sebegini. Apa lagi pihak tu bukan beragama Islam. Mungkin dia tak memahami ataupun sengaja buat begitu supaya timbul satu masalah baru".
Tan Sri Muhyiddin mengulas kenyataan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, MCCBCHST, yang mempersoalkan penggunaan sekolah dan tempat awam bagi ibadah korban baru-baru ini.
Menurutnya, isu itu tidak perlu dibangkitkan kerana kebenaran sudah diberikan bagi tujuan ibadah berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan