Ahad, 30 Oktober 2011


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Alhamdulillah...diberi ruang untuk mencoretkan sesuatu..Sejak akhir-akhir ini agak sukar  untuk memperuntukkan masa menulis di blog ini dek kesibukan tugas-tugas seharian... Alhamdulillah.. tugas mengajar Tingkatan 3 telah pun selesai....Semoga   diberikan kejayaan kepada semua pelajar Tingkatan 3 2011. Bagi pelajar Tingkatan 3 teruskanlah membuat solat hajat dan bermohon kepada Allah s.w.t. agar diberikan kejayaan yang cemerlang sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan. Manfaatkanlah masa dengan sebaiknya pada waktu cuti sekolah ini. Elakkan daripada menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia . Moga-moga cuti panjang ini dapat menambahkan  ilmu dan pengalaman sebagai persediaan tahun hadapan.
Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang percaya,dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar,dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)



Tanggal 29 Oktober 2011, Majlis Graduasi Tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah pun berlangsung dengan jayanya... Tahniah dan syabas kepada semua pelajar kerana telah berjaya bergraduat.
Bagi pelajar Tingkatan 5, lipat gandakan lagi usaha untuk membuat persiapan terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan. Dalam kita gigih berusaha untuk mengulang kaji pelajaran, jangan sama sekali kita lupakan tanggungjawab kita yang paling utama iaitu mengerjakan Solat 5 waktu.. Apa gunanya kita korbankan masa tidur kita, bersengkang mata siang dan malam, namun kita tidak menghambakan diri kita kepada-Nya.. ? Budaya yang sering berlaku ketika ini, pelajar sering melewat-lewatkan waktu solat terutamanya solat Asar disebabkan ingin menyiapkan kerja sekolah mahupun membuat ulang kaji.. sehingga kadangkala ada yang menunaikan solat hampir jam 7.00 malam...Ingatlah.. kita kena cari ruang untuk memperuntukkan masa menunaikan solat bukannya mencuri masa untuk menunaikan solat... Semoga Allah mempermudah segala urusan kita...

Perarakan masuk graduan ke dalam dewan

Hiasan pentas yang dilihamkan oleh Cikgu Jasafdzal..
tahniah kepada semua graduan
Perarakan masuk ahli senat ke dalam dewan..
Majlis Mohon Restu SPM
Restu daripada guru-guru...
Semoga kejayaan mengiringi langkah kalian...

Wajah riang ria anak-anak Tingkatan 5

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cantik pentas dewan, kirim salam saya kpd sir jas...

srikandi idaman berkata...

Insya-Allah..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.