Alhamdulillah..selesai Majlis Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 & 4 dan selesai juga Pesta SEM Type III Tingkatan 3... Melihat hasil pembentangan kajian mereka, secara keseluruhannya tahap kemampuan mereka masih banyak yang perlu dibaiki.. Mungkin disebabkan kurang panduan daripada guru penasihat SEM menjadikan hasil kajian mereka tidak memberangsangkan.. Walauapapun, ini merupakan medan untuk mereka membuat penambahbaikan dan panduan untuk membuat kajian di menengah atas nanti...
Petang ini akan sibuk menyiapkan hiasan pentas untuk program Hari Pelancaran Program Gemilang SPM & PMR..malam ini pula majlis bersama warden dengan pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 4.. Memang agak letih...namun, di hati ini tetap akan kuatkan semangat dan memperuntukkan waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah... Insya-Allah selagi mempunyai kekuatan akan aku kuatkan kaki ini untuk mengimarahkan surau bersama-sama anak-anak tercinta...
Kesibukan mengharungi kehidupan dan jadual aktiviti dunia menyebabkan manusia sering bingung apakah perkara yang perlu diutamakan supaya dapat mencontohi Rasulullah SAW yang berjaya melaksanakan tugas keduniaan dan pada masa sama tidak melupakan tuntutan akhirat. Mereka yang mendapat petunjuk Allah akan mengutamakan perkara yang mendekatkan diri kepada-Nya serta berusaha mencari keredaan-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetap atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang yang mempersekutukan Allah.” (Surah ar-Rum: 30-31)
Perlu disedari kehidupan di dunia dan akhirat adalah milik Allah semata. Apabila manusia mengutamakan kecintaan selain Allah, maka Allah dapat berbuat segala sesuatu kepada umat manusia di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud:
“Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. Apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka di malam hari pada waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka rasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga). Tiada yang rasa aman daripada azab Allah kecuali orang yang merugi.” (Surah al-A’raf: 96-99)
Ancaman Allah ini dijadikan orang beriman yang solih untuk lebih mengutamakan jadual Allah, daripada jadual lain. Mereka lebih mencintai Allah daripada yang lain. Kepentingan itu kemudian disebarkan kepada umat lain ke arah mencari kebahagiaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan