Selasa, 23 April 2013

Jangan dipatuk ular yang sama



Alhamdulillah...sekali lagi pagi tadi diberi peluang untuk memberikan kata-kata di morning call. Bukan senang untuk mendapat  peluang bercakap di hadapan semua pelajar MRSM Pasir Salak...Mungkin ya dulu sewaktu menjadi warden tahun 2007-2010...Rindu kadang-kadang untuk membebel, menegur, mengingatkan anak-anak pelajar. Setiap hari kita perlu disuntik dengan kata-kata agar  dapat mengekalkan momentem untuk sentiasa bersemangat dalam menempuh perjuangan ini. Saja ingin berkongsi Hadis Nabi S.A.W ...

Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)

 Sebenarnya  hadis tersebut disampaikan  oleh Rasulullah SAW kepada kita, bertujuan mengingatkan supaya tidak sepatutnya manusia itu dipatuk olehular yang sama dari lubang  yang sama sebanyak dua kali. Maksudnya tidak sepatutnya seseorang manusia itu membiarkan dirinya melakukan kesilapan yang sama . Apatah lagi kesilapan itu kesilapan yang berulangkali tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Sama halnya bagi pelajar-pelajar., sekiranya pelajar telah gagal kali pertama dalam ujian disebabkan sifat rasa malas menguasai dirinya, maka jangan biarkan berlaku lagi kegagalan kali  kedua atas sikap yang sama.... Jangan sampai rasa menyesal di kemudian hari. Seperti yang berlaku kepada beberapa orang pelajar Tingkatan 4 baru-baru ini...Disabitkan kesalahan kali kedua akibat kes pukul secara  berkumpulan dan dicadangkan untuk ditamatkan pengajian...baru tersentak dan timbulnya penyesalan... barulah  ingin  menitiskan air mata..barulah rasa takut untuk berhadapan   ibu dan ayah...kasihan melihat mereka..namun, berani buat beranilahmenanggungnya...mudah-mudahan mereka mengambil iktibar atas pengalaman yang dilaluinya.... belajarlah daripada pengalaman kerana pengalamanlah guru  terbaik untuk kita berjaya....

Tiada ulasan: