Rabu, 28 Disember 2011

Kenangan Terindah

Khamis (29 Dis 2011)

Cepatnya masa berlalu..hari ini hari terakhir berada di Sungai Petani... Petang ini akan berangkat ke Penang pula untuk bercuti di sana sehingga esok... Lama tak berjumpa adik2 dan mak angkat di sana... Semoga selamat sampai di sana Insya-Allah... Mungkin hari ini hari terakhir diberi kesempatan untuk menulis sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun hadapan. Alhamdulillah cuti sekolah tahun ini dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tercinta.. Aisya Humaira' seronok dapat bersama abinya sentiasa... Maklumlah jarang-jarang berjumpa... lepas ini terpaksa berpisah kembali... Tahun hadapan masuk tahun ke-3 mengharungi kehidupan perkahwinan PJJ... Tak pastilah sampai bila kehidupan begini..belum ada rezeki untuk hidup bersama...Kita merancang Allah juga merancang dan dia yang menentukannya..Semoga hubungan ini dilindungi oleh Allah.s.w.t...

Saat-saat terindah
di Cameron Highlands
Buat pertama kalinya aisya mandi sungai...dan sudah pastinya kenangan dulu mekar kembali

di Hotel Harvard Sg. Petani
Semoga ikatan yang terbina akan terus mekar


1 ulasan:

Amalina Anuar berkata...

best nye mndi sungai