Khamis, 15 November 2012
Ahad, 11 November 2012
Gagahkan jua..
Kebanyakan sekolah telahpun memulakan cuti persekolahan...namun, bagi guru-guru di MRSM masih lagi meneruskan sesi persekolahan sehingga 14 November 2012(Rabu)...Masa yang ada digunakan untuk menyiapkan menanda kertas peperiksaan pelajar...menyiapkan kerja-kerja PBS dan lain-lain...Masih banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum bermulanya cuti...terasa begitu lama..ditambah apabila berada berjauhan dengan aisya humaira'...rinduuuuuuuu...
Cuti sekolah tidak dapat digunakan sepenuhnya apabila terpaksa bersekolah seminggu bulan 12 nanti kerana semua guru terlibat dengan peperiksaan UKKM untuk temu duga kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke MRSM...walau apapun..kena betulkan niat...ikhlas bekerja kerana Allah s.w.t....
Isnin, 5 November 2012
Bermulanya Perjuangan...
Hari ini bermulanya perjuangan anak-anak Tingkatan 5 menduduki Peperiksaan SPM. Memang nampak wajah penuh debaran dan agak gelisah pelajar-pelajar kerana merupakan hari pertama peperiksaan. Namun, semuanya telah bersedia setelah hampir 2 tahun membuat persediaan untuk berjuang kerana ... memburu kejayaan tidak seperti menikmati makanan di kedai makan. Makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian...Uthman bin Affan..
Kursus Setiausaha dan Bendahari MUAFAKAT Kebangsaan
Kursus Setiausaha dan Bendahari bagi Zon Utara telah diadakan di Hotel
Seri Malaysia , Alor Setar, Kedah pada 2-3 Nov 2012. Kursus telah
dirasmikan oleh Presiden Muafakat MARA Kebangsaan Tuan Hj Hassan Ahmad.
Zon Utara terdiri dari MRSM dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak, Kelantan dan Trengganu. Selain 6 negeri ini diletak dalam
Zon Selatan termasuk MRSM dari Negeri Sabah dan Sarawak. Kursus Zon
Selatan akan diadakan pada 10-11 Nov 2012 di Kuala Lumpur. Kursus telah
dimulakan dengan taklimat oleh pegawai ROS En Rusman Ramli. Taklimat diberi
berkenaan Akta Pertubuhan dan Perlembagaan Pertubuhan. Kursus kemudian
telah berpecah dua dengan penerangan tugas Setiausaha dan Bendahari.
Setiauasaha ditugaskan kepada Setiusaha En Aziz Dahari dan Pen.
Setiuasaha En Nik Zaini Fathi Nik Hussein Fathi dan Bendahari ditugaskan
kepada AJK Kebangsaan En A Rahman A Samad
Selasa, 30 Oktober 2012
Debaran semakin terasa
Syukur
masih diberikan pelbagai nikmat ke atas diri ini. Tinggal 4 hari sahaja
lagi debaran menanti... SPM akan tiba... pelbagai persediaan telah
dilakukan oleh semua guru untuk memastikan anak-anak mereka bersedia
untuk menempuh di medan perjuangan. Namun, dalam sedang
bertungkus-lumus, masih terdapat pelajar yang masih tidak mengambil
peluang dan kesempatan yang ada untuk memanfaatkan masa yang ada dengan
semaksimum mungkin. Masih berada dalam zon yang senang, zon yang selesa .
Tidak nampak kesungguhan mereka untuk datang bertanyakan soalan atas
inisiatif sendiri.. tidak mahu membuat latihan yang diberikan setelah
guru tersebut bersusah payah untuk menyediakannya...Tidak membaca bahan
yang diberikan oleh guru setelah guru-guru bertungkus-lumus
menyediakannya. Masih mengharapkan usaha guru. Mengharapkan guru untuk
menyuapkan segalanya untuk mereka. Sampai bila perkara ini harus
berterusan. Bila mereka akan sedar?
Banyak perbezaan pelajar dahulu dengan pelajar hari ini. Pelajar hari
ini semuanya mengharapkan usaha guru untuk menyiapkan segalanya kepada
mereka. Mereka mengharapkan guru-guru menyediakan semua nota,
menyediakan koleksi soalan, menyediakan analisis soalan dan pelbagai
lagi. Ubahlah sikap itu para pelajar!!!... sampai bila harus
mengharapkan semuanya daripada guru?Seharusnya kita sendiri yang
mencarinya , berusaha sendiri dan tidak mengharapkan guru 100%. Guru
sebagai fasilitator, sebagai pembimbing.
Tadi apabila duduk makan bersembang dengan guru-guru lain, rata-rata
menyatakan perasaan sedih melihat sikap pelajar yang masih tidak mahu
berubah. Satu perkara yang agak serius dibincangkan apabila pengetua
menyatakan bahawa terdapat beberapa pensyarah di UPM menyatakan pelajar
mereka datang meminta nota daripada pensyarah. Bukannya pelajar mencatat
nota yang disampaikan oleh pensyarah. Budaya mengharapkan guru memberi
sudah menular di Universiti... Pelajar mengharapkan pensyarah memberi
semuanya...Bukannya pelajar berusaha sendiri untuk mendapatkan ilmu itu.
Seharusnya perkara ini perlu dibendung agar mampu untuk melahirkan
pelajar yang berdaya saing dan mampu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
Hal ini mungkin berbeza di MRSM PKP yang kebanyakan pelajar di situ
berpusatkan "Student centered" . Pelajar yang mencari sendiri maklumat
dan ilmu tersebut. Pelajar yang berusaha sendiri.. Kejayaan pelajar di
sana merupakan hasil pelajar sendiri, namun, kejayaan pelajar di
kebanyakan MRSM adalah berpunca daripada gurunya bukan
muridnya...Maaf,itulah yang boleh dikatakan.
Pengalaman belajar di Kolej Sultan Alam Shah sangat bermakna dan banyak
mematangkan diri ini. Setiap saat yang ada sentiasa dipenuhi dengan
aktiviti. Tidak sempat untuk membuang masa dengan perkara yang tidak
berfaedah. Masa yang terluang diisi dengan membaca dan melakukan
aktiviti kerohanian. Pelajar membuat kumpulan belajar sendiri,
bertukar-tukar soalan dengan pelajar sekolah-sekolah lain.. mendapatkan
nota sendiri dan bertukar-tukar antara satu sama lain.. Guru bertindak
sebagai fasilitator... pembimbing sahaja... Mudahnya menjadi guru pada
saat itu....
Hanya pada-Mu kami berserah Ya Allah.....
Isnin, 29 Oktober 2012
Majlis Graduasi MRSM Pasir Salak Kali Ke-9
Majlis Graduasi MRSM Pasir Salak Ke-9 telah berlangsung pada 24 OKtober 2012 dan telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Hussein Hj. Ahmad Felo Penyelidik Kanan UM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan mencapai keputusan yang cemerlang. Sesungguhnya ini merupakan detik bersejarah dan penuh bermakna yang bakal menentukan kejayaaan dan perjuangan para graduan dalam bidang pendidikan dan kerjaya kelak. Kejayaan ini merupakan hasil penggemblengan usaha pelbagai pihak. Dorongan dan restu daripada ibu bapa diiringi usaha guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu menjadi rencah utama kejayaan ini. Maka, tanggungjawab para graduan untuk memikul amanah sebagai anak bangsa yang kelak menjadi nadi penggerak kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan.
Sekitar Majlis Graduasi Kali Ke-9
ANUGERAH TOKOH PELAJAR
TINGKATAN 5
MUHAMMAD FAYYADH BIN MD AMIN
FATIN FASIHAH BT. MOHAMAD IKHSAN
TINGKATAN 3
MUHAMMAD NAJMI AQIL BIN LUQMAN
NADIYA SAUSAN BT. ZAINAL ABIDIN
ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI
TINGKATAN 5
MASRIHAN BIN ABU HASSAN
NAJIHAH BT. ROSLEE
TINGKATAN 3
AHMAD IZMAN BIN AHMAD RADZI
ASNA KHALIDAH BT. MOHD SHOBRI
ANUGERAH TERBAIK KOKURIKULUM
TINGKATAN 5
MOHAMAD NAZRUL FAHMI BIN RAMLEE
NURDIYANA NADHIRAH BT. MUHAMMAD NOR RASHID
TINGKATAN 3
ALIF AZIZI BIN SUBARDI
NOR SHAFFILZA BT. MOHD KAMIL
ANUGERAH TERBAIK KEPIMPINAN
TINGKATAN 5
TINGKATAN 5
MUHAMMAD FAYYADH BIN MD AMIN
AIMI KHAIRUNNISA BT. KAMALUDDIN
TINGKATAN 3
RAFIQ HARIRI BIN YAHYA
WAN NUR FATIMAH BT. MIOR AZIZUDDIN Isnin, 22 Oktober 2012
PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN DAN PELANCARAN LAMAN ILMU/ LETTERS LANE
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan pada 22 Oktober 2012 dan dimulakan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang di Ruang Legar antara Jabatan Bahasa dengan Jabatan Matematik. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengetua HEA, Timbalan Pengetua HEP dan Timbalan Kokurikulum. Selesai acara penyampaian hadiah para guru dan pelajar melihat pameran yang memaparkan hasil kerja para pelajar sepanjang menjalankan aktiviti Sambutan Bulan Bahasa.
.Pameran Bulan Bahasa ini
berlangsung selama dua hari
bermula 22—23 Oktober 2012
(Isnin—Selasa) .
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih
diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan aktiviti bersempena
Program Bulan Bahasa Kebangsaan
PELANCARAN LETTERS LANE
ISNIN—JUMAAT 7.30 PAGI—6.30 PETANG
Ahad, 21 Oktober 2012
Sambutan Bulan Bahasa MRSM Pasir Salak 2012
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…… Salam Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu Negara
Alhamdulillah, terlebih dahulu
,marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia-Nya,kita dapat menjayakan program Bulan Bahasa Kebangsaan
2012.Sesungguhnya program ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam
usaha kita untuk menyemarakkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam
segenap lapisan masyarakat di negara kita.
Bulan Bahasa Kebangsaan yang kita raikan saban tahun bukan sekadar satu acara
tahunan.Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada rantaian
perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan,bahasa rasmi,bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara
kita.Saya katakan satu perjuangan kerana Bahasa Melayu tidak akan berada pada
darjat yang semulia ini tanpa perjuangan para pejuang bangsa kita yang
terdahulu.
Dengan cara sambutan ini,semangat cinta
akan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat 1Malaysia akan terserlah bahkan
mendidik mereka mencintai Bahasa Melayu.Bahasa Melayu sebagai bahasa kedamaian
jiwa perlu diterapkan dalam kalangan anak pascamerdeka sedari kecil agar mereka
mampu untuk membudayakan tanpa sebarang perasaan waham.Pemupukan semangat
bahasa Melayu dalam kalangan generasi baharu perlu dilaksanakan secara serius
lantaran mereka merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang bak
kata pujangga bestari,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga bahasa
Melayu akan terus mekar sepanjang zaman
“BAHASA AKAR WARISAN BANGSA”
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau angsa,
Indah tampan kerana budi,
Sepanjang Program Bulan Bahasa ini pelbagai acara telah dijalankan antaranya mengadakan pertandingan melukis poster, membina kamus KOMSAS mini, mencipta pantun, melukis komik KOMSAS dan Koleksi Wacana Ilmu, Kempen Membaca dan Pelancaran Program Bulan Bahasa dan Pelancaran Laman Ilmu/ Letters Lane. Alhamdulillah, para pelajar dapat memberikan kerjasama dan menjayakan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat MRSM Pasir Salak.
Khamis, 11 Oktober 2012
Analisis Percubaan SPM MRSM 2012
Analisis Peperiksaan Percubaan SPM 2012
|
BIL
|
MRSM
|
GPM
|
|
1
|
PONTIAN
|
2.551
|
|
2
|
TUN GHAFAR BABA
|
2.651
|
|
3
|
TAIPING
|
2.794
|
|
4
|
LANGKAWI
|
2.902
|
|
5
|
PENGKALAN CHEPA
|
3.138
|
|
6
|
TUN ABDUL RAZAK
|
3.353
|
|
7
|
BALING
|
3.424
|
|
8
|
KUALA BERANG
|
3.447
|
|
9
|
KUANTAN
|
3.516
|
|
10
|
MUKAH
|
3.553
|
|
11
|
BATU PAHAT
|
3.639
|
|
12
|
PENDANG
|
3.659
|
|
13
|
KUALA TERENGGANU
|
3.678
|
|
14
|
ALOR GAJAH
|
3.707
|
|
15
|
TRANSKRIAN
|
3.743
|
|
16
|
KEPALA BATAS
|
3.789
|
|
17
|
TUMPAT
|
3.820
|
|
18
|
MUAR
|
3.875
|
|
19
|
PASIR SALAK
|
3.970
|
|
20
|
JELI
|
4.039
|
|
21
|
BETONG
|
4.056
|
|
22
|
PENGKALAN HULU
|
4.159
|
|
23
|
PDRM
|
4.166
|
|
24
|
TAWAU
|
4.170
|
|
25
|
SERTING
|
4.188
|
|
26
|
GEMENCHEH
|
4.212
|
|
27
|
TERENDAK
|
4.236
|
|
28
|
MERBOK
|
4.261
|
|
29
|
BALIK PULAU
|
4.272
|
|
30
|
MERSING
|
4.304
|
|
31
|
FELDA
|
4.319
|
|
32
|
KUBANG PASU
|
4.320
|
|
33
|
KOTA KINABALU
|
4.349
|
|
34
|
BESUT
|
4.363
|
|
35
|
KOTA PUTRA
|
4.375
|
|
36
|
LENGGONG
|
4.429
|
|
37
|
TUN GHAZALI SHAFIE
|
4.511
|
|
38
|
MUADZAM
|
4.570
|
|
39
|
KUCHING
|
4.667
|
|
40
|
KUALA KRAI
|
4.667
|
|
41
|
BESERI
|
4.754
|
|
42
|
KUALA KUBU BHARU
|
4.871
|
Langgan:
Catatan (Atom)























