Isnin, 21 Mei 2012

Ahlan Wasahlan Ya Rajab



Masa berlalu begitu pantas..Tanpa disedari esok bermulanya bulan Rajab...menghampiri bulan Ramadan.. 
Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku di dalam bulan Rejab, antaranya ialah ;

Pertama : Peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama’ Islam. Peristiwa ini  berkenaan Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefarduan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua : Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Ketiga : Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Peperangan ini merupakan peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walau bagaimanapun akhirnya tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.

Selain itu, terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku di dalam bulan yang mulia ini seperti penaklukan semula kota Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi daripada kekuasaan tentera Salib pada 27 Rejab 583 hijrah. Imam As-Syafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam di tanah air kita juga dilahirkan di dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah bersamaan 767 masehi.

Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat di dalam bulan Rejab. Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah kerana menganggap umrah yang mereka lakukan di dalam bulan ini ada fadilatnya yang khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyak sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.


Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan-amalan ini, sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ini, sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus kedalam perkara-perkara maksiat dan masalah-masalah sosial yang lain.

Ahad, 20 Mei 2012



Alhamdulillah... sudah berada di minggu terakhir semester 1.. Maka, semakin gigih untuk menanda skrip jawapan pelajar.. Namun, pagi ini saya sibuk menyiapkan kerja-kerja MUAFAKAT. Tugas pertama menyediakan analisis peperiksaan PMR dan SPM sepanjang tahun 2006 hingga 2011 untuk laporan YDP MUAFAKAT... Memang saya akui sepanjang  Tn. Haji Mohd Yunus Bin Deraman menjadi pengetua, banyak perubahan yang berlaku di maktab.. Menyentuh soal pencapaian akademik, memang banyak peningkatan sepanjang beliau menerajui maktab ini. Cara beliau memang agak praktikal untuk guru-guru mengaplikasikannya..Namun, memang memerlukan pengorbanan yang tinggi oleh para guru. Hasil analisis PMR dan SPM sepanjang tahun 2006, maktab ini berjaya meletakkan nama antara top 10 MRSM. Tahniah kepada semua warga maktab atas kejayaan ini. Semoga MRSM Pasir Salak akan melakarkan kejayaan yang lebih membanggakan pada masa akan datang...
    
                            KEDUDUKAN MRSM PASIR SALAK ANTARA MRSM SE-MALAYSIA
 KEDUDUKAN MRSM DAN SBP DALAM PEPERIKSAAN SPM































Sabtu, 19 Mei 2012


Lirik Lagu Ombak Rindu Versi Islamik

Tuhan tolong lembutkan hati hamba

untuk mencintaiMu seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

Tuhan aku tahu banyak dosaku

hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yang mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)

yang slalu dustakan janjiku
agar kelak ku tak kan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku

dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..

Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..


Khamis, 17 Mei 2012





Alhamdulillah..akhirnya siap menyediakan laporan minit mesyuarat untuk Mesyuarat Agung MUAFAKAT 25 Mei nanti... Laporan terakhir telah diserahkan kepada pengetua dan timbalan-timbalannya untuk diedit..Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah banyak membantu untuk menyiapkan laporan ini. 
Maka...hari ini boleh fokus menanda kertas peperiksaan dengan amannya....Rasa cemburu melihat kawan-kawan tunduk khusyuk  menanda skrip jawapan pelajar seminggu ini..
Insya-Allah... hujung minggu ini akan terus fokus menanda dan cuba untuk menyiapkan sebelum cuti sekolah..



"Saya sayang cikgu kerana Allah"
tersentuh hati ini apabila mendapat mesej ini daripada seorang pelajar... teringat kisah dalam filem Hafalan Solat Delisa umminya menangis apabila anaknya Delisa mengungkapkan.......
 "Delisa Sayang Ummi Kerana Allah"...dan umminya pun membalas 
"Ummi juga sayang Delisa kerana Allah..."  
kata-kata itu menusuk ke hati.. 

Terima kasih kepada anak-anak pelajar yang masih mengingati diri ini. Semoga kalian akan terus berjaya di dunia wal akhirat... Buat Fasilah dan Munirah..terima kasih atas kejutan yang diberikan..Cikgu sangat-sangat menghargainya...

Semalam alhamdulillah dapat rezeki makan kek... Cerita pasal kek, teringat kisah tentang hukum meniup lilin 
Apakah hukum menyambut hari lahir dan hukum meniup lilin? Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari lahir ini) di antaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari lahir maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.
Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Hadis Nabi yang bermaksud: “Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka”

Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, darjat hadis: Sahih.
Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari lahir yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?
Peringatan untuk diri ini dan kita semua...

Selasa, 15 Mei 2012

16 Mei...


Syukur...diketemukan pada hari yang cukup bersejarah dan bermakna ini.. Melangkah masuk ke pejabat hati sudah terusik dengan kata-kata dan ucapan yang tergantung di depan pejabat... Walaupun tidak menyambut hari guru pada hari ini, namun, masih tetap merasainya..terima kasih wahai anak-anakku..atas ucapan, penghargaan yang diberikan..cikgu sangat-sangat menghargainya... Doakanlah gurumu ini untuk menjadi guru yang ikhlas dalam mendidik anak-anak semua..doakanlah gurumu ini agar dapat menempuh segala cabaran dalam bidang perguruan ini...terima kasih semua...


Isnin, 14 Mei 2012


Pagi ini buka sahaja facebook ramai yang menukar display picture facebook masing-masing.. Apabila mengamati dan menghayati rupa-rupanya hal ini berkaitan kisah memperingati hari nakbah... Sebelum ini isu ini kurang mendapat perhatian daripada masyarakat kita. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui tarikh bersejarah ini...Semoga kita dapat mengambil iktibar atas perkara yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

 bual bicara oleh Dr. Hafidzi berkenaan isu hari nakbah 

Jika kita memperingati tanggal-tanggal penting setiap tahun seperti hari kemerdekaan negara, hari buruh dan cuti-cuti persekolahan namun adakah kita sedar dan tahu  sejarah yang telah berlaku pada tanggal 15 Mei? 62 tahun yang lalu, tarikh ini telah menjadi sesuatu yang besar dan tragis bagi umat Islam. Lebih tepat untuk dikhususkan kepada umat Islam yang peduli dengan hal-hal agama dan saudara-saudara mereka.(Peringatan buat diri ini juga)



Imbauan sejarah

Peristiwa 62 tahun lepas dikenali sebagai Nakba yang bermaksud malapetaka. Satu malapetaka besar buat penduduk Islam di bumi Palestin  secara amnya dan kepada seluruh umat Islam sebenarnya. Jika sebelum itu kita telah dimalukan dengan peristiwa kejatuhan Khilafah Islam secara rasminya, sekali lagi pada 1948 kita dihina secara terang-terangan oleh golongan-golongan yang memusuhi Islam sejak dahulu lagi.
Tidak bermaksud untuk mengutarakan secara mendalam tentang peristiwa Nakba di sini kerana diri ini yakin dengan kemudahan teknologi dan maklumat, info berkaitan dengan Nakba begitu senang untuk diperoleh.

Darah perjuangan mereka
Setiap hari kita digegarkan dengan berita-berita yang gempar di Bumi Anbiya’ itu. Perjuangan saudara-saudara dalam menegakkan panji-panji Islam tetap diteruskan walaupun sepahit mana kehidupan yang mereka lalui. Mereka yakin bahawa perjuangan ini adalah resam hidup dalam mencapai nilai janji-janji Allah terhadap orang-orang yang berjuang.
Anak-anak kecil, yang pada kebiasaannya bergelak ketawa bersama rakan-rakan, berlari keriangan dan mewah dalam kehidupan adalah suatu yang mustahil bagi anak-anak di Palestin. Jika anak-anak kita dibesarkan penuh dengan kasih sayang dan suasana yang terbaik, maka lain pula untuk mereka di sana. Namun apa yang pasti, nilai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka amat jauh kasih dan sayangnya jika dibandingkan dengan kita di sini. Pilu hati si ibu dan bapa apabila melihat anak-anak mereka menjadi mangsa kepada kezaliman Yahudi, namun mereka redha. Kerana mereka di Palestin yakin bahawa nilai kasih sayang sebenar adalah perjuangan untuk agama ini.
Begitu juga keadaannya untuk nasib para ibu dan bapa Palestin. Setiap hari, langkah keluar mereka tidak dapat menjanjikan yang mereka akan dapat pulang kembali ke rumah bersama-sama dengan keluar mereka semula, dengan anak-anak mereka. Setiap hari mereka melangkah, mereka tidak tahu adakah itu langkah terakhir mereka  meninggalkan keluarga ataupun tidak. Tetapi apa yang mereka tahu, balasan Allah terhadap perjuangan mereka adalah pasti.

Semangat perjuangan kita

Tidak sanggup untuk melihat perjuangan yang mereka lalui. Jika mereka yakin, jika mereka tahu maka kita juga perlu yakin dan tahu. Kerana apa? Kerana kita juga adalah sama seperti mereka, melafazkan satu kalimah agung, mewarisi mukjizat yang mulia dan berusaha untuk mengangkat panji-panji Ilahi.
Jika di Palestin, mereka bertumpahan darah tidak bermakna kita yang selesa di sini hanya perlu berdiam diri dan tidak pula bermakna kita semestinya bertumpahan darah. Sumbangan yang dapat kita lakukan untuk saudara-saudara kita, walaupun tidak seberapa, namun hal ini besar untuk mereka malahan sesuatu yang mulia di sisi Allah.
Mengapa tidak untuk kita turut menitiskan air mata dalam mendoakan perjuangan mereka? Ketahuilah, sebenarnya perjuangan itu adalah perjuangan kita juga. Luluhkan hati ini untuk berdoa kepada Yang Maha Esa untuk kemenangan yang nyata, ketabahan hati yang pasti dan kekuatan yang azali untuk kita juga mereka di sana.
Jika kita diserang dengan senjata-senjata berat janganlah berputus asa kerana senjata kita adalah doa. Doa kepada Tuhan yang menciptakan segalanya. Kepada Yang Maha Kuasa. Jangan berputs asa kerana saudara-saudara di bumi itu tidak pernah berputus asa. Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang ada sebelum kita, mereka juga tidak berputus asa.  Iringilah semangat kita ini dalam meningkatkan kualiti diri dan mendekatkan diri kepada Allah yang Esa.

= 


Ahad, 13 Mei 2012

ISNIN (14 MEI 2012)
Bermulanya musim peperiksaan.. 
maka bermulanya memeriksa skrip jawapan pelajar... 
Malam tadi, banyak pesanan mesej masuk sehingga peti masuk sudah penuh. Pelajar sibuk bertanya saat-saat terakhir dan bertanyakan tentang soalan spot yang mereka dapat dari MRSM lain. Dalam banyak-banyak mesej tersebut, satu sahaja mesej yang mohon restu dan minta untuk mendoakan kejayaan. Walaupun saya tidak mengajarnya kini, namun, pelajar ini masih mengingati saya. Terima kasih!

Berbalik isu pelajar suka spot soalan..Janganlah bergantung sangat pada soalan spot itu. Kesannya sangat bahaya. Apabila yang mereka spot itu tidak masuk dalam kertas peperiksaan, pelajar akan menjadi panik dan gelisah. Namun yang penting ialah mereka perlu mahir dan tahu teknik menjawab. Hal ini akan memberikan keyakinan kepada kita ketika menjawab. Apabila adanya keyakinan berilah apa-apa saja soalan, mereka boleh jawab. Itu sebenarnya yang kita inginkan. Bukan hanya fokus pada sesuatu konteks soalan. Kadangkala pelajar sibuk ingin mengetahui apakah soalan yang akan keluar, namun mereka sendiri tidak mahu untuk menguasai teknik menjawab yang betul. Sepatutnya pelajar perlu berguru dan datang sendiri bertanyakan kelemahan sendiri  kerana setiap individu itu mempunyai kelemahan yang berbeza... Walau apa-apapun, semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang... dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.




Khamis, 10 Mei 2012


Semalam senarai guru yang berpindah telah dikeluarkan...Makanya, 4 orang guru akan berpindah ke MRSM Parit yang akan dibuka pada 11 Jun 2012.. Ramai guru yang berasa pilu apabila mendengar berita itu. Maklumlah yang berpindah itu orang-orang kuat Pasir Salak... Paling terasa kehilangannya ialah Cikgu Nazri, orang kuat Koperasi dan MUAFAKAT... Kemudian, Cikgu Azliza orang kuat bahasa Inggeris, Cikgu siti Rafeah orang kuat seni dan juga Ustazah Hasnah... Seronok mendengar dan melihat keceriaan wajah mereka dapat berpindah ke sana... Selepas ini sekali lagi saya perlu bergandingan dengan bendahari yang baru.. Sepanjang memegang jawatan setiausaha MUAFAKAT, seramai tiga orang guru yang telah memegang jawatan bendahari..cikgu Noralmadi, Ustaz Karim dan Cikgu Nazri..dan...sekali lagi akan bergandingan dengan bendahari yang baru... 

Selepas ini, tidak kelihatanlah bas MRSM Parit di bumi pasir Salak ini.. dan tidak dapatlah menggunakannya lagi...dan kembali seperti sediakala menggunakan bas MRSM Pasir Salak yang telah menabur banyak bakti kepada warga Pasir Salak..hehe


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Sekali lagi dapat berjumpa penghulu segala hari... 

''Mulakan hari anda dengan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada orang-orang di sekeliling kita. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka ketenangan akan hadir dalam diri kita.

Menurut Dr. Azizan, kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan. Semoga hari ini akan terus memberikan semangat kepada kita dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini.

Kisah yang berlaku pada hari semalam telah memberikan  saya semangat tentang erti sebuah kecekalan dan pengorbanan. 

"Kak Jun, saya terpaksa balik, sebab suami saya kena "operate" kepala petang ni.  Dia kemalangan semalam"

Kami agak terkejut mendengar pesanan sms itu. Mana tidaknya, sepanjang pagi itu kami lihat tidak ada riak wajah sedih pun di mukanya. Beliau sendiri tidak memberitahu apa-apa yang berlaku pada kami pagi itu.. Rupa-rupanya suaminya kemalangan kerana melanggar 2 ekor kerbau dan terbabas. Rasanya kerbau tu tumbang....Itupun kami dapat tahu daripada tuan pengetua sewaktu sesi bersama pengetua petang semalam. "Hebat cikgu-cikgu kita" kata Tuan Haji... Suami sedang sakit kemalangan isteri masih boleh datang bekerja.. Hebat sungguh...

 Oleh itu, seyogianya setiap pekerjaan  itu perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas  kerana Allah...






Selesai kelas semalam terus pergi ke kafeteria..

Sabtu, 5 Mei 2012


Muhasabah untuk diri saya...
"HIDUP KITA CUMA  DALAM 3 HARI: 
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. 
Hari Ini ~ Apa-apa yang sedang kita lakukan. 
Esok ~ Hari yang belum pasti. 

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua Kita lebih baik bagi kita untuk menghindari yang mungkar dan beramal soleh dengan kusyuk kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang ketiga. 

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: 
Nafas Naik. 
Nafas Turun. 

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut 
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan 
Carilah keredaan~Nya dalam menggunakannya. 

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu 
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama 
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : 
Hidup dalam keredaan Allah. 
Hidup dalam kemurkaan Allah. 

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : 
Kekal di dalam neraka. 
Kekal di dalam syurga. 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan 
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN. 
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila 
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA. 

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. 
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya 
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu 
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai 
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, 
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, 
Tetapi tidak mempunyai boarding pass. 

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, 
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. . 
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai 
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata 
Setemnya akan dihantar kemudian. 

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : 
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah. 

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur 
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .. 
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara 
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya 
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali 
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. . 
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan 
Kita reda Dan Allah meredai. 

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa 
Di dunia jua di akhirat kelak serta 
Di dalam rahmat Allah s.w.t.
 

Khamis, 3 Mei 2012

Debat MRSM Se-Malaysia


Pagi Jumaat yang tenang dan mendamaikan... Alhamdulillah..petang semalam (Khamis) pasukan debat MRSM Pasir Salak bertolak ke MRSM Taiping jam 2.15 petang.  Segala persiapan telah dilakukan bersama guru penasihat Pn. Arfah dan Pn. Aina.. Semoga mereka beroleh kejayaan untuk mendapat tempat antara 20 MRSM yang akan bertanding ke pertandingan Debat Asean. Insya-Allah...

Namun, dalam membuat persiapan terakhir sebelum pergi ke MRSM Taiping, saya menerima panggilan daripada ayah pendebat ketiga maktab (hari Rabu) yang memaklumkan datuk pelajar itu telah meninggal dunia dan meminta untuk membawa pelajar itu pulang ke Johor. Apabila saya bertanya kepada pelajar tersebut, dia mahu untuk pulang ke Johor dan dalam masa yang sama dia mahu ke MRSM Taiping... Kalau mahu diukur bukan dekat jarak antara MRSM Taiping ke Johor.. dan dia memang bertekad mahu ke MRSM Taiping juga.. Alhamdulillah.. Allah memudahkan perjalanan pelajar itu..dan dia dapat sampai ke MRSM Taiping jam 12.00 tengah malam tadi.. dan pagi ini dia bertanding untuk pusingan pertama melawan MRSM Gemencheh. Alhamdulillah mereka berjaya pada pusingan tersebut.
Ya Allah...sangat cekal pelajar itu.. Dia bersungguh-sungguh untuk berjuang di medan perdebatan. Sewajarnya pelajar-pelajar kita dapat mencontohi kesungguhan dan kecekalan pelajar itu walaupun diuji dengan dugaan yang berat. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada mereka semua. Amin... TERUSKAN PERJUANGAN!!!

Allah berfirman : "Sesungguhnya sesudah kesulitan, pasti ada kemudahan" ~Surah Al- Insyirah,ayat 5~










Isnin, 30 April 2012

selamat hari pekerja



Buat semua rakan sekerja, saya mengambil peluang ini  untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA. Semoga rakan semua akan lebih bahagia dan cemerlang di dalam bidang masing-masing. Saya mengharapkan agar semua rakan sekerja akan lebih memahami fungsi masing-masing dalam menentukan hala tuju negara Malaysia yang kita sayangi ini. Sesungguhnya pekerjaan yang paling mulia ialah pekerjaan yang halal tidak kira apapun profesion kita."Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi"

“Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda.”

Sabtu, 28 April 2012

Piramid bacaan


Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu? Maknanya, Erasmus mengutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Masyarakat hari ini banyak membelanjakan duit untuk keperluan-keperluan yang tidak penting. Bukan tidak ada duit untuk membeli buku.  Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Langkah kerajaan mengadakan pesta Buku Antarabangsa sangat bertepatan kepada masyarakat. dalam memupuk minat membaca. Sekali lagi pada tahun ini saya tidak mempunyai peluang untuk pergi ke pesta tersebut walaupun pihak maktab menyediakan rombongan ke sana pada 2 Mei ini.Memang berkeinginan untuk pergi namun, mengenangkan anak-anak terpaksalah menangguhkannya ...

Saya agak tertarik dengan Piramid Bacaan ini... satu muhasabah yang sangat bermakna buat kita semua. Ya.. betullah.. memang kita seorang yang suka membaca.. Namun, seimbangkah bahan bacaan yang kita baca itu? Memang benar, kita perlu membanyakkan membaca Al-Quran kerana beribu kisah dan pengetahuan yang terkandung dalamnya. Saat ini ada pelbagai jenis Al-Quran yang berada di pasaran..


Al-Quran digital


Mushaf Al-Quran Tajwid berwarna

Al-Quran Wanita - Mushaf Fathimah
 Name Miracle Quran

 Oleh itu, sama-samalah kita memperuntukkan masa untuk membaca Al-Quran dan menyeimbangkan bahan bacaan kita.

Tahukah anda? .. berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Hal ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Semoga usaha kerajaan untuk ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.







The Number One For Me



The Number one for me??? emm, siapa ya??? setiap orang pasti ada meletakkan orang yang paling mereka kasihi di dunia ini. Ada di antara mereka meletakkan tempat itu pada keluarganya, ada juga meletakkannya pada suaminya, malah ada juga meletakkannya pada yang tidak sepatutnya, .. Tapi, tahukah anda siapakah yang paling layak untuk mendapat gelaran  'the one' ini??? pastinya hanyalah Allah S.W.T.

Macam mana pula jikalau kita ingin menjadikan insan yang kita sayang di dunia ini sebagai the number one dalam hati kita, adakah tidak boleh?? Jawapannya, pastilah boleh. tapi haruslah kasih sayang itu diletakkan pada tempat sepatutnya. kalau saya, 'The number one' yang paling layak diletakkan adalah emak saya selepas Allah dan Rasulullah... Sewaktu cuti 3 bulan baru-baru ini emaklah yang banyak membantu dalam menguruskan kami sekeluarga... apabila duduk bertiga di sini terasa sangat kehilangannya.. rindu.... 
Jadi, sementara kita mempunyai ibu..hargailah ia dan sayangilah sepenuh hati kita...

i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day


you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me