Sabtu, 30 Mac 2013

Bingkisan Buat Pelajar




Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam yang telah mengurniakan pelbagai nikmat ke atas diri ini...Dan alhamdulillah...diberikan ruang untuk menambah catatan yang sudah lama bersarang dan dibiarkan sepi...
Tanpa disedari..begitu pantas masa berlalu... tinggal hari esok sahaja cuti persekolahan berakhir..alhamdulillah dapat meluangkan masa untuk berkasih sayang dengan keluarga....Mula sahaja sesi persekolahan nanti disibukkan dengan kerja-kerja yang tidak berakhir...Buat pelajar-pelajar ...persiapkan diri anda untuk meneruskan perjuangan dalam mencipta kejayaan..Cuma sebelum anda melangkahkan kaki ke sekolah nanti, ingatlah pentingnya cita-cita dalam hidup. Cita-cita itu akan mencorakkan diri anda sepanjang anda di sekolah. Cita-cita itu akan mengawasi anda agar sentiasa menjadikan sekolah itu tempat menimba ilmu bukan mencari cinta. Cita-cita itu ibarat sebiji benih yang ditanam. Kemudian, menumbuhkan pokoknya..Kemudian, berbunga dan membuahkan hasil kepada sipenanamnya. Ya, cita-cita adalah permulaannya, kemudian akan menjadi pencetus kepada kejayaan, yakni hasil setelah anda berpenat lelah mengejar sebuah kejayaan dalam pelajaran. Tetapi cinta itu adalah ibarat setitis racun yang akan menghancurkan anda secara perlahan-lahan. Akhirnya anda jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk bangkit kembali. Ayuh anak didikku, kejarlah cita-citamu sehingga  membuahkan hasil. Dan lupakan dahulu soal percintaanmu agar dirimu tidak tenggelam hanyut yang akhirnya lemas tanpa nisan. 


Hidup baru setahun jagung, dah fikir pasal cinta..mungkin itu ungkapan terbaik yang sepatutnya diungkapkan di depan pelajar-pelajar sekolah yang sedang hanyut bercinta di waktu ini. Sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini semakin membarah dalam kalangan pelajar hari ini. Baru-baru ini juga...beberapa orang pelajar dipindahkan ke MRSM lain kerana bahana  cinta... Yang terlibat pula pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan juga PMR...Walaupun dipindahkan namun, masih tidak serik dan menyesal malah semakin kuat pula ikatan itu....Emmmmm...begitulah bahayanya penangan cinta! Tambahan pula penggunaan telefon bimbit di sekolah menyebabkan masalah ini semakin membarah...Apabila guru sedang mengajar...tangan dengan cekapnya bermain mesej... mata elok memandang guru menembusi papan putih...

Kenapa ini berlaku ?

Tentunya banyak faktor yang melingkarinya. Namun, faktor rakan, keluarga dan media sangat berperanan dalam menggalakkan budaya cinta di sekolah semakin subur.

Untuk Apa mereka bercinta?


Tiada lain, kebanyakannya kerana ingin merasai nikmatnya bercinta. Mereka ini sebenarnya sekadar suka-suka. Masa bercinta, kononnya ingin sehidup semati. Berjanji akan bermati-matian mempertahankan cinta dan tiada siapa dapat menghalang cinta sejati mereka itu. Tetapi malangnya tidak sampai sebulan sudah putus. Sebenarnya mereka itu hanya layak digelar cinta monyet, cinta yang diibaratkan hangat-hangat tahi ayam. Ataupun lebih 'sedap' lagi bunyinya mereka itu cintanya selayaknya digelar hangat-hangat tahi kucing, baunya kuat tetapi tidak berfaedah kepada sesiapapun. Hanya mendatangkan derita kepada si pembaunya.

 Cukuplah!

Cukuplah anak-anakku. Jangan kamu membuang masa dengan cinta yang hanya akan merosakkanmu dan masa depanmu. Cinta akan melalaikanmu, menjadikan kamu hanyut dengan dunia ciptaanmu sendiri. Telah ramai yang rosak disebabkan cinta dan telah ramai juga yang hancur masa depannya kerana cinta pada waktu sekolah..



Beringatlah sebelum terlambat.

Satu sahaja pesan saya buat kamu yang bergelar pelajar ini, sekarang bukan masanya untuk kamu bersusah payah memikirkan cinta. Sekarang adalah masa untuk kamu memenuhi impian kamu dan kedua-dua orang tuamu. Apakah itu? Tiada lain melainkan kejayaan dalam pelajaranmu. Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, eloklah dipastikan kamu berada di landasan yang sebenarnya iaitu ke sekolah untuk belajar dan mengejar cita-citamu..Bukan mencari cinta, kekasih hati atau ''. Menyesallah dahulu sebelum terlambat...Masih ada masa untuk berubah,


Rabu, 6 Mac 2013

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MINGGU BAHASA & KUIZ SASTERA ZON BARAT 2013


PERTANDINGAN BAHASA MELAYU

PIDATO (M.A)      JOHAN     : MRSM PASIR SALAK
LELAKI                N.JOHAN : MRSM FELDA TROLAK

PIDATO (M.R)      JOHAN     : MRSM PASIR SALAK
 PEREMPUAN     N. JOHAN : MRSM SERTING

PIDATO (M.R)     JOHAN      : MRSM KUALA KLAWANG
 LELAKI              N. JOHAN : MRSM KUALA KUBU BHARU

PIDATO (M.R)     JOHAN      : MRSM KUALA KUBU BHARU
PEREMPUAN      N. JOHAN : MRSM SERTING

SAJAK (L)           JOHAN       : MRSM SERTING
                             N. JOHAN  : MRSM KOTA KINABALU

SAJAK (P)           JOHAN       : MRSM PARIT
                             N. JOHAN  : MRSM PASIR SALAK

SYAIR (L)            JOHAN       : MRSM PASIR SALAK
                             N. JOHAN  : MRSM KUALA KLAWANG

SYAIR (P)            JOHAN       : MRSM FELDA TROLAK
                            N. JOHAN   : MRSM PASIR SALAK

KUIZ SASTERA JOHAN        : MRSM SERTING
                             N. JOHAN  : MRSM PASIR SALAK
                             KETIGA      : MRSM KUALA KUBU BHARU

FORUM              JOHAN        : MRSM SERTING
                            N. JOHAN   : MRSM PASIR SALAK

                            PANEL TERBAIK : MRSM PASIR SALAK
                            PENGERUSI TERBAIK : MRSM SERTING


PERTANDINGAN BAHASA INGGERIS

PUBLIC  SPEAKING    CHAMPION : MRSM KUALA KUBU BHARU
(LS) MALE                     RUNNER-UP: MRSM KUALA KLAWANG

  
PUBLIC  SPEAKING    CHAMPION : MRSM PASIR SALAK
(LS) FEMALE                RUNNER-UP: MRSM PARIT


PUBLIC  SPEAKING    CHAMPION : MRSM KUALA KLAWANG
(US)                                RUNNER-UP: MRSM KUALA KUBUBHARU

STORY TELLING          CHAMPION  : MRSM TAWAU
(LS) MALE                     RUNNER-UP: MRSM FELDA TROLAK

STORY TELLING          CHAMPION  : MRSM KOTA KINABALU
(LS) FEMALE                RUNNER-UP: MRSM KUALA KLAWANG

SCRABLE                       CHAMPION  : MRSM PASIR SALAK
(MALE)                           RUNNER-UP : MRSM SERTING


SCRABLE                       CHAMPION  : MRSM LENGGONG
(FEMALE)                       RUNNER-UP : MRSM  KUALA KLAWANG

SPELLING BEE              CHAMPION  : MRSM SERTING
                                         RUNNER-UP : MRSM PASIR SALAK

DRAMA FEST               CHAMPION  : MRSM PARIT
                                        RUNNER-UP: MRSM KUALA KUBU BHARU
 
BEST SUPPORTING ACTOR       : MRSM KUALA KUBU BHARU
BEST SUPPORTING ACTRESS   : MRSM TGS
BEST ACTOR                                : MRSM PARIT
BEST DIRECTOR                          : MRSM KUALA KUBU BHARU
 
  

Khamis, 21 Februari 2013



Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Allah s.w.t...kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya diberi ruang dan kesempatan untuk menambah sesuatu di blog ini. Sudah bersarang jugalah blog ini ditinggalkan lama...Awal tahun memang banyak program dan urusan kerja yang perlu dilakukan...Insya-Allah..akan cuba untuk sentiasa menambah catatan untuk perkongsian bersama.



Sabtu, 29 Disember 2012

 Bukan kebahagiaan yang menjadikan kita bersyukur, tapi bersyukurlah yang membuat kita bahagia...

Rabu, 26 Disember 2012

Ranking PMR MRSM dan SBP 2012

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis di ruangan ini..agak lama juga menyepi...Namun, masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada semua warga MRSM Pasir Salak atas kejayaan yang  tidak terhingga dalam peperiksaan PMR 2012... Syukur kehadrat Allah s.w.t...atas kejayaan  yang diberikan....

Namun, di sebalik kejayaan itu, penurunan gred purata maktab bagi setiap MRSM amat mendukacitakan..Saya pasti pihak MARA akan mengkaji kemerosotan ini..Terdapat juga beberapa buah MRSM yang sebelum-sebelum ini kedudukannya dalam PMR agak baik tetapi merundum jatuh pada tahun ini. Sebagai contoh MRSM Pasir Tumboh tempat pertama tahun 2010 dan tempat ke-2 2011...namun, pada tahun ini jatuh pada kedudukan ke-38...sesuatu yang luar biasa...Namun, apa yang jelas kedudukan antara MRSM dengan SBP jauh ketinggalan...Kita masih belum mampu untuk menandingi SBP dalam peperiksaan PMR berbanding peperiksaan SPM. Hal ini demikian kerana kita mempunyai MRSM PKP seperti MRSM Taiping, TGB dan Pengkalan Chepa...Walau bagaimanapun, setiap maktab pasti akan membuat analisis atas keputusan PMR 2012 ini. Apa yang ingin saya kongsikan di sini...saya menyanjungi pengetua MRSM Pasir Salak iaitu Tn. Haji Abd Manab Bin Abdul Majid atas kiriman mesej daripada beliau 

"Salam.alhamdulillah,akhirnya MRSM Pasir Salak berjaya berada di Mercu Gemilang. Tahniah tuan/puan pengetua Hj. Yunus, timbalan -timbalan pengetua,ketua-ketua jabatan,semua guru, semua staf pembersihan, semuastaf dewan selera,semua pengawal, semua ibu bapa dan semua  pelajar MRSM Pasir Salak. Tahniah semua.Syukur..."

Kejayaan ini bukan kejayaan individu..tetapi semua memainkan peranan dalam mencipta kejayaan yang gemilang..TAHNIAH MRSM PASIR SALAK...

Ranking PMR  MRSM dan SBP 2012
1 Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor 1.022
2 The Malay College Kuala Kangsar 1.0237
3 Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud 1.0265
4 Kolej Tunku Kurshiah 1.0278
5 SM Sains Raja Tun Azlan Shah 1.0302
6 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi 1.0309
7 SBP Integrasi Gombak 1.0375
8 Sekolah Tun Fatimah 1.0377
9 MRSM PASIR SALAK 1.0405
10 Sekolah Menengah Sains Rembau 1.0408
11 MRSM ALOR GAJAH 1.0427
12 Sekolah Sultan Alam Shah 1.0434
13 MRSM GEMENCHEH 1.0484
14 MRSM BALING 1.0497
15 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra 1.0499
16 Sekolah Menengah Sains Selangor 1.0538
17 Sekolah Seri Puteri 1.0557
18 Sekolah Tuanku Abdul Rahman 1.0575 (Y)
19 MRSM TRANSKRIAN 1.0583
20 Sekolah Menengah Sains Tapah 1.0595
21 MRSM KUALA KUBU BHARU 1.0618
22 MRSM TUN ABDUL RAZAK 1.0631
23 MRSM PDRM KULIM 1.0651
24 MRSM SERTING 1.0695
25 Sekolah Menengah Sains Kuching 1.0707
26 Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah 1.0711
27 MRSM PENDANG 1.0716
28 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor 1.075
29 MRSM PENGKALAN HULU 1.0765
30 Sekolah Menengah Sains Miri 1.0772
31 Sekolah Menegah Sains Johor 1.0781
32 Sekolah Menengah Sains Machang 1.0802
33 MRSM GERIK 1.0814
34 MRSM KEPALA BATAS 1.0816
35 Sekolah Menengah Sains Lahad Datu 1.0827
36 MRSM KUALA KLAWANG 1.0829
37 MRSM MUKAH 1.0858
38 MRSM LANGKAWI 1.0861
39 MRSM PONTIAN 1.0901
40 MRSM BESERI 1.0914
41 Sekolah Dato' Abdul Razak 1.0923
42 MRSM BALIK PULAU 1.0949
43 MRSM KUALA TERENGGANU 1.0958
44 MRSM KOTA PUTRA 1.0971
45 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar 1.0983
46 Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu 1.0989
47 SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099) 1.099
48 MRSM TERENDAK 1.1004
49 Sekolah Menengah Sains Kepala Batas 1.1006
50 MRSM FELDA 1.1023
51 MRSM MERBOK 1.1038
52 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin 1.1062
53 MRSM MUADZAM SHAH 1.1093
54 Sekolah Menengah Sains Pasir Putih 1.1104
55 MRSM BESUT 1.1124
56 Sekolah Menengah Sains Dungun 1.114
57 SBP Integrasi Kubang Pasu 1.1149
58 MRSM KUCHING 1.1154
59 MRSM LENGGONG 1.1162
60 SM Sains Hulu Terengganu 1.1194
61 SM Sains Sultan Mohamad Jiwa 1.1209
62 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah 1.1221
63 MRSM KUANTAN 1.1232
64 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim 1.124
65 SM Sains Tuanku Syed Putra 1.1243
66 SBP Integrasi Rawang 1.1296
67 Sekolah Menengah Sains Sabah 1.1357
68 MRSM BATU PAHAT 1.1368
69 SBP Integrasi Gopeng 1.1373
70 SM Agama Persekutuan Kajang 1.1376
71 MRSM KUBANG PASU 1.1422
72 MRSM TUMPAT 1.1470
73 SM Agama Persekutuan Labu 1.1485
74 Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan 1.1493
75 Sekolah Menengah Sains Labuan 1.1496
76 MRSM TUN GHAZALI SHAFIE 1.1505
77 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 1.1581
78 Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah 1.1585
79 MRSM TAWAU 1.1619
80 Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak 1.171
81 MRSM KOTA KINABALU 1.1725
82 MRSM MUAR 1.1734
83 MRSM MERSING 1.1736
84 MRSM BETONG 1.1739
85 MRSM PASIR TUMBOH 1.1763
86 SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah 1.178
87 MRSM KUALA KRAI 1.1849
88 SBP Integrasi Temerloh 1.1951
89 SBP Integrasi Selandar 1.1954
90 Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh 1.2491
91 SBP Integrasi Batu Rakit 1.2492
92 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan 1.25
93 Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar 1.2549
94 SBP Integrasi Jempol 1.2865
95 MRSM JELI 1.3448
 
Perbandingan PMR 2011

1 GEMENCHEH 1.0204
2 PASIR TUMBOH 1.0210
3 KUALA KUBU BHARU 1.0238
4 PEKAN 1.0248
5 PASIR SALAK 1.0313
6 LENGGONG 1.0341
7 TERENDAK 1.0380
8 GERIK 1.0385
9 SERTING 1.0408
10 KUALA KLAWANG 1.0414
11 KUALA TERENGGANU 1.0420
12 MUADZAM SHAH 1.0461
13 BESERI 1.0479
14 TRANSKRIAN 1.0479
15 KUBANG PASU 1.0489
16 BATU PAHAT 1.0490
17 BALIK PULAU 1.0494
18 LANGKAWI 1.0508
19 PENDANG 1.0511
20 PDRM KULIM 1.0533
21 PONTIAN 1.0534
22 MERSING 1.0626
23 KEPALA BATAS 1.0631
24 KOTA KINABALU 1.0658
25 KUANTAN 1.0661
26 KUALA BERANG 1.0691
27 FELDA 1.0708
28 PENGKALAN HULU 1.0748
29 ALOR GAJAH 1.0748
30 KUALA LIPIS 1.0748
31 KUALA KRAI 1.0774
32 MERBOK 1.0811
33 KUCHING 1.0817
34 KOTA PUTRA 1.0833
35 BESUT 1.1066
36 JELI 1.1174
37 TAWAU 1.1252
38 BETONG 1.1263
39 MUAR 1.1563

Rabu, 12 Disember 2012

Mesyuarat maraton...


- Hari ini dan esok bermulanya taklimat dan mesyuarat guru. Banyak perancangan dan perubahan yang telah dilakukan oleh pihak maktab untuk sesi hadapan. Namun, pujian bagi pihak pengurusan kerana perancangan yang dilakukan agak tersusun dan  sistematik...Bermula dengan pembahagian tugasan dan tanggungjawab yang adil mengikut kiraan mata..bagi mengurangkan bebanan tugas guru-guru... 
- Pada tahun hadapan juga bermulanya sistem merit-demerit..Setiap kesalahan pelajar akan dicatat dan ditolak mata pelajar tersebut mengikut homeroom...dan program ini dinamakan sebagai Gemilang Homeroom... Bagaimana pelaksanaannya?akan dilihat apabila sesi persekolahan nanti...
- Kelas Gemilang juga berlaku sedikit perubahan...tidaklah seperti tahun-tahun sebelum ni setiap hari selasa merupakan hari Matematik sahaja...namun..penggiliran jadual bagi semua subjek adalah secara adil...Namun, semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 diwajibkan untuk mengikuti aktiviti kokurikulum pada setiap hari Selasa dan Rabu bagi memberi peluang pelajar untuk memegang jawatan dan mengendalikan aktiviti.. Manakala Kelas Gemilang akan diadakan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu...
- Tahun hadapan juga akan diadakan pertandingan keceriaan kelas, blok akademik, surau dan dewan selera di peringkat MRSM...kerja-kerja penambahbaikan dan keceriaan telah bermula saat ini dengan mengecat semula bangunan-bangunan di maktab.`
- Banyak lagi penambahbaikan dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak maktab...sekalungpenghargaan buat pihak pengurusan maktab yang telah merancang dengan baik...Semoga perancangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya...

Selasa, 11 Disember 2012

Siapa yang lebih menyayangi, dialah yang paling banyak memberi. Oleh itu, ibu lebih menyayangi anak... 
kerana ibu lebih banyak memberi berbanding anak.
Dan di atas segala-galanya, Allah jualah yang Maha Penyayang justeru pemberian nikmat yang tidak mungkin dapat dihitung.

Sesiapa yang mengaku sayang, meluah cinta harus bermuhasabah sejauh mana dia telah memberi - perhatian, kemaafan, doa, pertolongan, masa dan pengorbanan.

Siapa yang paling cinta dialah yang paling banyak memberi!

Isnin, 10 Disember 2012

Temu duga Kemasukan Tingkatan 1 MRSM

Seramai lebih 600 pelajar hadir untuk sesi temu duga kemasukan Tingkatan 1 ke MRSM pada 10 dan 11 Disember...dan seramai 23000 lebih calon se-Malaysia yang memohon untuk kemasukan ke MRSM bagi mengisi 6000 kekosongan.. Kemasukan ke MRSM kali  ini melibatkan permohonan ke MRSM Biasa, MRSM Ulul Albab, MSRM IGCSE dan IGCSE & Ulul Albab...Pelbagai ragam melihat anak-anak dan juga ibu bapa yang hadir... alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana tahun ini merupakan tahun kedua diadakan temu duga ini...


Kembali terjalin..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...syukur masih diberikan pelbagai nikmat ke atas diri ini...Walaupun baru sembuh daripada demam,namun semuanya menguji erti kesabaran..dan terima kasih kepada-Mu Ya Allah..kerana mengurniakan nikmat kesihatan itu kembali...Syukur...alhamdulillah...
Lama tidak menambah entri sepanjang cuti sekolah...cuti dimanfaatkan sepenuhnya bersama-sama keluarga...bukan tidak ada masa untuk menulis..tapi tidak berkeinginan pula..emm sekarang berada di maktab untuk ujian UKKM Tingkatan 1...bermula 10-13 Disember..Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar...