Pagi tadi dapat panggilan daripada Ketua Jabatan saya, hehe siapa lagi puan Junaidah tersayang... dapat undangan ke Majlis Kesyukuran sempena kecemerlangan PMR dan SPM... semua ahli keluarga dijemput untuk turut meraikan majlis tersebut... banyak menu disediakan antaranya kambing golek, steambot dan lain-lain.. Bersungguh-sungguh Kak Jun menjemput untuk datang majlis tu.. Tapi memandangkan dibuat pada Isnin malam minggu hadapan tak pasti lagilah boleh dapat hadir ke tidak.. rasa rindu amat pada kak jun, kak arfah, kak dila, kak intan, aina dan rakan-rakan jabatan yang lain... tapi cuti pun tak lama lagi nak habis dah.. jadi kenalah manfaatkan masa untuk berehat sepuas-puasnya sebelum kembali bertugas.. Tadi kak jun ada beritahu ada lagu MARA baru.. cuba-cuba juga cari dari youtube.. adapun.. jadi kenalah hayati dan hafal lagu ni dulu di rumah..
Khamis, 29 Mac 2012
Lagu MARA baru
Pagi tadi dapat panggilan daripada Ketua Jabatan saya, hehe siapa lagi puan Junaidah tersayang... dapat undangan ke Majlis Kesyukuran sempena kecemerlangan PMR dan SPM... semua ahli keluarga dijemput untuk turut meraikan majlis tersebut... banyak menu disediakan antaranya kambing golek, steambot dan lain-lain.. Bersungguh-sungguh Kak Jun menjemput untuk datang majlis tu.. Tapi memandangkan dibuat pada Isnin malam minggu hadapan tak pasti lagilah boleh dapat hadir ke tidak.. rasa rindu amat pada kak jun, kak arfah, kak dila, kak intan, aina dan rakan-rakan jabatan yang lain... tapi cuti pun tak lama lagi nak habis dah.. jadi kenalah manfaatkan masa untuk berehat sepuas-puasnya sebelum kembali bertugas.. Tadi kak jun ada beritahu ada lagu MARA baru.. cuba-cuba juga cari dari youtube.. adapun.. jadi kenalah hayati dan hafal lagu ni dulu di rumah..
Di sebalik ujian
Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk mencoret sesuatu di sini setelah agak lama juga menyepi.. Syukur kepada-Mu Ya Allah..kerana telah mengurniakan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga.. dan terima kasih juga atas ujian-ujian yang telah Kau berikan ke atas diri ini.. sesungguhnya tiada apa yang boleh diperkatakan melainkan semuanya ini adalah untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kepada-Mu.. Setiap orang sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar daripada masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah atau ujian. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya.
Mari kita merenung sejenak maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.
UJIAN IMAN
- Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, kita akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.
- Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa-apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Hal ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :
“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 – 3)
DARJAT DI SISI ALLAH
- Ujian atau dugaan yang datang adalah daripada Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. hal ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”. (Al-Baqarah: 286)
- Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan tetapkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” (At-Taubah: 111)
CARA MENGATASI MASALAH
1. Sandarkan Harapan Kepada Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya banyak mempunyai hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuh pasti akan diganti dengan kesenangan. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)
2. Minta Pertolongan Daripada Allah
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)
3. Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)
Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)
4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang kamu tanggung.
5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar daripada masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.
PENUTUP
Ujian yang datang juga tandanya Allah sayang akan kita. Oleh itu, ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa-apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari reda Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Ahad, 18 Mac 2012
indahnya berpantun....
Gemersik berdendang alunan suara,
Alunan suara bersahut-sahutan,
Pemanis kata pembuka bicara,
Awal bismillah saya ucapkan
Lama rasanya tidak berpantun... Tiba-tiba teringat kenangan mengajar.. dulu-dulu agak kerap memulakan sesi pengajaran dengan berpantun.. apabila berpantun dapatlah menceriakan suasana pengajaran... tetapi, sejak akhir-akhir ini sudah lama tidak mempratikkannya... Jadi, apabila memulakan tugas kembali nanti bolehlah mempraktikkanya semula. Cerita tentang berpantun, saya agak kecewa apabila melihat penggunaan pantun yang tidak sepatutnya oleh orang-orang yang tidak menggunakannya dengan betul... orang biasa kata "hentam kromo" setiap minggu saya ada mengikuti rancangan Raja Lawak... dan setiap minggu itulah telinga saya sakit mendengar pantun-pantun yang disampaikan oleh David Teo.. Tambah menyakitkan apabila Jozan pun berpantun mengikut sesuka hati mereka sahaja... Sepatutnya mereka perlulah berpantun menggunakan perkataan yang sebetulnya kerana mereka orang Melayu... Siapa lagi yang hendak mengangkat bahasa Melayu kalau bukan orang kita... Terdapat beberapa ciri pantun antaranya
"Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar"
Bagi pantun 2 kerat, rima akhirnya aa
Manakala pantun 4 kerat abab..
Apa yang berlaku sebaliknya.. Di sini terdapat satu contoh pantun yang kurang sesuai dan ada kesalahan penggunaan bahasanya..
Seyogianya, kita perlu menggunakan dan mengangkat warisan Melayu kita dengan sebaiknya...
Sabtu, 17 Mac 2012
Masa semakin tiba...
Tinggal sebulan lebih sahaja lagi dapat berehat di rumah melayan anak-anak sepenuhnya. Jadi, perlu memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya sebelum kembali bertugas dan terpaksa mengasuh anak bersendirian. Apabila kembali ke maktab menuntut pengorbanan yang besar dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Semoga dengan adanya dua orang pembakar semangat ini mampu untuk terus dapat memberikan yang terbaik untuk semua. 21 Mac ini keputusan SPM bakal diumumkan. Masa yang ada ini, anak-anak pelajar manfaatkanlah...dengan terus mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. untuk bermohon kepada-nya agar dapat yang terbaik. Moga-moga akan diberikan kejayaan yang cemerlang. Namun, sekiranya sebaliknya.....janganlah anda kecewa apabila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah gigih berusaha. Itu semua adalah sebahagian daripada ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara... anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. Insya-ALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, apabila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Masa berehat
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian alam yang telah mentadbir alam ini dengan sempurna... syukur alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menghirup udara ini... semingu diberi ujian kesakitan mengajarku erti kesabaran yang cukup tinggi... balik dari Pahang mengerjakan kenduri aqiqah Muhammad Aiman Haikal dan Aisya Humaira' terus diuji oleh Allah. Mula-mula demam yang tidak kebah-kebah...bengkak gusi, bengkak mata.. ditambah aisya yang demam seminggu lebih... semuanya memerlukan kesabaran ...Namun, sentiasalah bersyukur atas rahmat . dan. ujian. yang .diberikan. Allah. Fikirkan. hikmah .yang. diaturkan.Allah di.sebalik. ujian. yang. ditimpakan. buat. kita. Sentiasa. memohon .diberikan. hati. yang. kuat. untuk.menghadapi ujian tersebut kerana kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuh ujian itu dengan cara yang paling tenang.
Khamis, 8 Mac 2012
Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
Malam ini akan berlangsungnya pertandingan akhir pertandingan pidato antarabangsa yang berlangsung di PICC..Seramai 8 orang peserta akan bertanding di peringkat akhir.. Pertandingan ini akan disiarkan secara langsung di TV1 jam 9.00 malam. Sama-samalah kita menyaksikan kehebatan peserta-peserta dari luar negara berbahasa Melayu...
Rabu, 7 Mac 2012
SBPA dimansuhkan
| Jimadie Shah Othman 11:03AM Mac 8, 2012 |
Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.
"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.
Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
- Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
- Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
- Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
- Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Keputusan STPM 2011
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Semalam keputusan STPM telah pun keluar...syukur alhamdulillah..adikku Zaitun telah berjaya mendapat 4A.. satu kejayaan yang membanggakan..bukan mudah untuk mendapat 4A. Namun, semua tidak mustahil untuk memperolehnya... Tidak ramai pelajar lepasan SPM yang menyambung untuk mengambil STPM.Sebenarnya menyambung pelajaran ke Tingkatan 6... peluang untuk menjejakkan kaki ke universiti lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik. Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minimum memerlukan gred yang baik dlm 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong 'pointer'. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM..
Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil utk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.
Sumber : Berita Harian
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan peperiksaan akhir berpusat tentukan tahap kelulusan setiap calon
SELAYANG: Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dirombak mulai tahun ini dengan keputusan atau markah yang diperoleh oleh calon akan ditentukan menerusi taksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan berpusat.
Pentaksiran akan menggunakan dua kaedah yang dilaksanakan sepanjang satu setengah tahun pengajian, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan markah 20 hingga 40 peratus dan peperiksaan akhir berpusat yang mewakili markah 60 hingga 80 peratus untuk menentukan tahap kelulusan setiap calon. SELAYANG: Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dirombak mulai tahun ini dengan keputusan atau markah yang diperoleh oleh calon akan ditentukan menerusi taksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan berpusat.
Penggunaan sistem taksiran baru itu dilaksanakan selaras dengan Program Transformasi Pendidikan dan salah satu usaha kerajaan memperkasakan program pendidikan Tingkatan Enam.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata menerusi sistem taksiran baru itu, tempoh pengajian Tingkatan Enam, penawaran dan sistem penggredan mata pelajaran masih sama seperti sebelum ini tetapi kandungan pengajian dipecahkan kepada tiga bahagian kurikulum untuk mengisi tiga penggal.
“PBS diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar mengikut keperluan mata pelajaran. Ia akan diadakan setiap penggal atau penggal tertentu saja,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan STPM, di sini semalam.
Beliau berkata, peperiksaan bagi menilai pencapaian pelajar akan diadakan setiap hujung penggal, iaitu penggal pertama pada November tahun pertama, manakala penggal dua dan tiga masing-masing pada Jun serta November tahun kedua pengajian.
“Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM dibuat berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal,” katanya.
Mohd Noh berkata, sistem itu bakal memberi kelebihan kepada pelajar kerana selain menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, mereka akan mempelajari kandungan kurikulum berbeza pada skala kecil dalam setiap penggal.
Justeru, pelajar boleh lebih fokus menghadapi pembelajaran dan mempunyai peluang lebih besar untuk melakar kecemerlangan.
“Antara kelebihan sistem pentaksiran baru ini adalah pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir setiap penggal dengan menduduki semula peperiksaan yang akan diadakan selepas keputusan peperiksaan penggal tiga dikeluarkan.
“Ini adalah kali pertama MPM memperkenalkan PBS bagi hampir semua mata pelajaran. Ini adalah sejarah bagi MPM selepas terbabit dalam bidang pentaksiran selama 30 tahun dan diharap mampu memantapkan sistem penilaian agar lebih holistik serta menguntungkan pelajar,” katanya.
Sabtu, 3 Mac 2012
Di sebalik "Jujur Aku Dayus"
JUJUR AKU DAYUS...banyak pengajarannya
Tempoh hari dapat menonton drama cerekarama yang tertajuk Jujur Aku Dayus..dari awal melihat tajuk lagi membuatkan kita tertanya-tanya... akhirnya pada peleraian cerita barulah mendapat jawapannya.. Banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada drama ini.
1- jadi keluarga, tidak bermakna kita tidak boleh KATA TIDAK kepada anak-anak kita. didik dan dorong mereka kearah kebaikkan.
2-berubahlah ke arah kebaikan. tugas seorang suami itu, MENDIDIK ISTERI.
3- TEMPAT SEORANG ISTERI itu DI SISI SUAMI apabila berumah tangga.
3- TEMPAT SEORANG ISTERI itu DI SISI SUAMI apabila berumah tangga.
4- jagalah AURATMU, HARTA BENDA SUAMIMU, MARUAHMU apabila berjauhan daripada suami. kerana sebaik-baik seorang isteri itu, adalah isteri yang solehah.
5- doa orang yang soleh itu akan dimakbulkan.
6- JANGAN terlalu cepat syak wasangka walau yang terjadi di depan mata itu 1 kenyataan yang amat memeritkan. lebih baik bercakap dan berbicara sejujurnya dari hati ke hati.
7- gunakan orang TENGAH yang benar-benar boleh dipercayai dalam memberi pendapat, mendengar pemasalahan kita dalam rumah tangga. itupun selepas tiada jalan penyelesaian. sebagai manusia kita harus berusaha!
8- JANGAN semudahnya mempercayai BEKAS KEKASIH andai diajak bertemu lebih baik berfikir untuk 2,3 @ 10 kali untuk kebaikkan diri sendiri dan rumah tangga. kalau nak jumpa juga, bawa teman untuk berjumpa supaya tiada hal-hal yang buruk akan terjadi.
9- SYURGA SEORANG ISTERI ITU DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI...
Jumaat, 2 Mac 2012
ombak vs ombak
HAFALAN SHALAT DELISA
Heboh di Malaysia membincangkan isu ombak rindu. Kali ini kita akan belajar daripada ‘ombak’ di Indonesia. Saya nak bawa kita belajar dengan anak berumur 6 tahun bernama Delisa yang tinggal di Desa Lhok Nga, terletak tidak jauh dari bibir pantai Aceh, hidup bersama kedua orang tua dan tiga kakaknya, hendak melakukan ujian praktikal hafalan solat (alah macam kita kecil-kecil dulu). Saat itu, gempa hebat dirasakan Delia dan seluruh warga Aceh.
Tidak hanya gempa, tsunami kemudian menyusul meluluh lantakkan desa-desa di sepanjang bibir pantai, menghempaskan benda-benda dihadapannya. Delisa merupakan salah satu anak yang menjadi mangsa bencana tersebut. Dengan tubuh yang terluka parah, Delisa berhasil diselamatkan oleh seorang prajurit bernama Smith, setelah berhari-hari pengsan di cadas bukit.
Luka parah di kaki kanan, membuat Delisa pasrah kakinya dipotong. Sang ayah yang melakukan pencarian selama berhari-hari, akhirnya dapat menemukan Delisa. Sementara itu ibunya belum ditemukan dan tiga orang kakaknya diketahui telah meninggal.
Lakonan Reza ini patut mendapat ‘thumb up’, senario dan kisah dramatik yang dibangun dalam film ‘Hafalan Shalat Delisa’ benar-benar sangat menyentuh. Lebih menyentuh sifat manusiawi yang sebelum ini rakyat Malaysia disentuh ‘nafsu’ Ombak Rindu. Selamat menonton.
anak sekecil itu berkelahi dengan waktu
demi satu impian yang kerap ganggu tidurmu
anak sekecil itu tak sempat nikmati waktu
dipaksa pecahkan karang lemah jarimu terkepal
Mencari pengajar lesen L wanita
Alhamdulillah..sebentar tadi dapat berhubung dengan anak-anak yang sedang menunggu keputusan SPM. Majoriti daripadanya sedang mengambil lesen kereta dan ada yang telah mendapat lesen kereta. Tahniahlah kepada mereka yang telah mendapat lesen kereta dan pastinya tidak sabar-sabar untuk memandu kereta.. Walau apapun jadilah pemandu yang berhemah.. Namun, apa yang ingin diperkatakan di sini ialah.. Sukarnya untuk mencari pengajar wanita... ya! Memang susah untuk mencari tenaga pengajar wanita. Alangkah indahnya (tentunya faktor agama seperti batas pergaulan perlu diberi perhatian) jika wanita diajar memandu oleh wanita..tidaklah mereka terdedah kepada fitnah jika berdua-duaan dalam kereta dengan pengajar lelaki. Oleh itu, kepada wanita yang berkelayakan, jadilah tenaga pengajar lesen L agar 'wanita dapat mengajar wanita juga' dan yang paling penting kita dapat menjaga agama kita.
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
PUTRAJAYA – Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 edisi ke-6 (PABM 2012) bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” akan bermula 2hb. hingga 13hb Mac 2012 bertempat Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pertandingan ini dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan.
Majlis perasmian malam kemuncak dijadualkan berlangsung di Dewan Planeri, PICC pada 8 Mac 2012. Ia akan disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Hadir bersama YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.
PABM diilhamkan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, yang memberi penekanan kepada memperkukuhkan kedudukan dan martabat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
PABM 2012 disertai oleh 72 orang peserta daripada 67 buah negara dari seluruh dunia berbanding 64 peserta dari 59 negara pada edisi PABM 2011.
PABM 2012 juga menyaksikan penyertaan 5 buah negara baru iaitu Arab Saudi, Mongolia, Greece, Madagascar dan Montenegro.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori untuk memberikan keadilan dalam pemilihan peserta terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.
Dua kategori tersebut ialah:
1. Kategori Nusantara
Negara yang digolongkan sebagai pengamal bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa ibunda mereka, antaranya adalah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan Thailand.
Setiap negara akan diwakili oleh dua orang peserta yang dipilih oleh kementerian atau pihak berkuasa yang berkenaan di negara mereka. Tiga perserta terbaik daripada kategori ini akan terpilih ke peringkat akhir.
2. Kategori Antarabangsa
Seramai 62 orang peserta mewakili 62 buah negara dari 6 buah benua.
Mereka ini terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil jurusan bahasa Melayu sebagai kursus efektif. Lima peserta daripada kategori ini akan terpilih memasuki peringkat akhir.
Sehingga kini, terdapat lebih 140 buah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa Melayu di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, contohnya seperti Amerika Syarikat, Argentina, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, United Kingdom, Jerman, Belanda, Rusia, Ukraine, Romania, Poland, Azerbaijan, Yaman, Mesir, Iran, Afghanistan, Pakistan, India, Sudan, Somalia, Kemboja, dan Vietnam
Ikuti pidato daripada peserta Australia..
Khamis, 1 Mac 2012
Kisah sebatang pensel
Ada sebuah kisah dan cerita.
Seorang pembuat pensel baru sahaja menyelesaikan tugasnya mencipta sebatang pensel di kilangnya. Tiap-tiap hari, pekerjaannya ialah mencipta dan membuat pensel untuk kegunaan orang ramai.
Pensel yang diciptakannya itu, akan dibuat dengan penuh ketelitian, penuh kesungguhan dan ketekunan. Dia inginkan pensil itu adalah pensel yang bagus, baik dan terbaik!
Si pensel begitu bersemangat untuk menjalani kehidupannya sebagai sebatang pensel. si pensel teruja untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kelak. Berkhidmat sebagai sebatang pensel yang bermutu dan disukai ramai. Sehinggalah, si pembuat pensel sedang membungkus pensil itu untuk disusun di dalam kotak untuk diedarkan ke pasaran dan ketika itulah, si penulis memberi nasihat kepada pensel itu.
Katanya : “ Wahai pensel, kamu ingatlah pesanan aku ini agar kamu boleh menjadi pensel yang terbaik.”
“ Pertama, untuk menjadi pensel yang terbaik kamu mesti membenarkan diri kamu untuk berada dalam genggaman seseorang.”
Pensel mendengar dengan penuh khusyuk.
“ Kedua, apabila berlalunya masa kamu akan menjadi tumpul dan ketika itu, kamu perlu bersedia untuk mengalami kesakitan dan kepedihan apabila diasah agar kamu kembali tajam.”
“ Ketiga, bahagian anggota kamu yang paling berharga dan bernilai ialah bahagian dalaman kamu. Bahagian inilah yang akan menentukan berkualitinya diri kamu atau tidak. Karbon dalam diri kamulah yang akan menjadikan kamu pensel yang berkualiti atau sebaliknya.”
Pensel tetap setia mendengar pesanan si pembuatnya.
“ Keempat, kamu juga harus bersedia untuk memadam segala kesilapan-kesilapan yang telah kamu lakukan dengan segera.”
Si pembuat pensel berhenti seketika, sambil merenung tajam kepada pensel.
“ Dan yang terakhir, kamu perlu ingat di atas permukaan apa pun, sama ada lincin, kasar, tidak rata atau sekata kamu perlu meninggalkan kesan dan bekas. Kamu harus melakukan tugas kamu dengan nyata dan jelas sebagai sebatang pensel. Biarpun sukar, kamu mampu melakar dengan baik! ”
Pensel terdiam. Dia membiarkan dirinya dibalut dan dibungkus di dalam kotak. Ketika itu, dia berazam untuk menjadi pensel yang terbaik.
Saya lihat, wajah anda berkerut kehairanan. Betul tak? Sebenarnya saya ingin kongsi sesuatu dengan anda. Sebuah analogi yang baik untuk sama-sama kita renungi.
Mari kita letakan diri kita dalam situasi si pensel itu. Jika pensel itu adalah pensel yang terbaik, ia perlu melakukan apa yang telah dipesankan oleh si pembuat kepadanya itu dengan nyata dan bersungguh-sungguh.
Apa kata kita letakan situasi analogi itu kepada diri kita. Untuk menjadi manusia yang terbaik, kita perlu melihat nasihat dan pesanan si pembuat pensel itu dalam presepsi dan sudut pandang kita sebagai insan, manusia dan hamba.
Manusia yang terbaik
Kita jadikan analogi diatas sebagai panduan dan kita reflekkannya kepada diri kita.
Pertama, untuk menjadi manusia yang terbaik kita perlu berada dalam genggaman Allah SWT. Kita perlu berada dalam naungan dan membenarkan diri untuk meyakini, mengimani, mematuhi dan mentaati-Nya sepenuh jiwa dan hati.
Firman Allah SWT :
“ Katakanlah (Muhammad) : “ Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitahu-Nya kepadamu apa yang kamu dahulu kamu perselisihkan.” [1]
Kedua, untuk menjadi manusia yang hebat dan tabah kita sebagai manusia perlu menahan kepedihan apabila diasah dan diasak dengan ujian-ujian, dugaan dan cabaran yang Allah SWT berikan.
Firman Allah SWT :
“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” [2]
Ketiga, untuk menjadi manusia yang terbaik – seseorang itu perlu memiliki bahagian dalaman yang terbaik. Apakah bahagian itu?
Ia adalah hati. Hatinya perlu dipenuhi dengan keimanan kepada Allah, ia sentiasa memelihara hubungan dengan Allah SWT dan hati itu ia sangat bersih, jernih, bercahaya dan berkualiti.
Keempat, untuk menjadi manusia yang terbaik – seseorang perlu bersedia memadam segala kesalahan-kesalahannya yang bertentangan dengan syara. Dosa dan maksiatnya harus dihapuskan dengan linangan air mata taubat. Ia perlu sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat.
” Katakanlah, “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.” [3]
Dan yang terakhir iaitu yang kelima,
Untuk menjadi manusia yang terbaik, kita perlu menzahirkan amalan kita walau apa pun situasi dan keadaan dengan keikhlasan, keimanan dan keyakinan yang membulat kepada Allah SWT. Manusia yang terbaik, akan memberikan kesan dan pengaruh terhadap suasana di sekelilingnya.
(1) – Semua manusia berhajat, berkeinginan dan menyimpan hasrat untuk menjadi terbaik. Namun, hanya segelintir sahaja yang bergerak dan bersungguh menuju jalan-jalan yang akan mendekatkannya kepada tangga kejayaan untuk menjadi yang terbaik.
(2) – Pensel dan manusia adalah 2 unsur yang berbeza. Namun analogi di atas mewujudkan persamaan yang sangat mengena. Saya termenung panjang apabila memikirkannya.
(3)- Jika kita lihat, untuk menjadi terbaik hal ini kembali kepada diri kita dan perubahan yang harus kita gerakkan. Memang benar, jika inginkan yang terbaik kita harus melakukan perubahan, untuk melakukan perubahan kita harus berkorban. Pergorbanan itu benar-benar diperlukan untuk menjadi yang terbaik!
Rabu, 29 Februari 2012
DBP di bawah kepimpinan Prof. Dr. Awang Sariyan
Alhamdulillah..tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Awang Sariyan kerana telah dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP yang baru.. Pelantikannya sebagai Ketua Pengarah sangat bersesuaian atas pengalaman serta kepimpinan beliau. Sesungguhnya pelantikan Profesor Dr. Awang Sariyan sebagai teraju kepimpinan organisasi bahasa tertinggi negara ialah pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan kesarjanaan beliau yang luar biasa. Semoga beliau akan menjadi permulaan kepada tradisi meletakkan DBP sebagai sebuah entiti bahasa yang sangat dihormati dan dipercayakan serta dapat memartabatkan bahasa Melayu.
Ikuti wawancara Prof. Dr. Awang Sariyan dengan mStar OnlineAnak anugerah Ilahi yang tidak terhingga
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
Alhamdulillah..kembali terjalin sekian lamanya menyepi..Tidak sangka begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik – hadirnya seorang putera dalam kehidupan kami. Terasa baru semalam, kami disatukan dalam bingkai pernikahan. Namun, ketentuan Allah SWT yang mengizinkan kehadiran Muhammad Aiman Haikal dalam keluarga kecil ini.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Itulah lafaz yang terzahir tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
Anak merupakan suatu aset yang sangat penting, mahal dan berharga dalam meraih keredaan Allah SWT. tugas yang paling besar bagi seorang ayah dan ibu ialah : - mendidik anak-anak untuk menjadi mukmin mukminah dan menghantar mereka ke syurga.Ya ke syurga. Menjadi calon-calon syurga. Syurga idaman dan impian semua manusia.
Dengan kata lain, ialah melahirkan suatu generasi anak-anak perindu syurga. Masya-Allah, beratnya tanggung jawab dan amanah ini. Jika proses pengabaian terhadap anak-anak berlaku dan terjadi, hal ini merupakan suatu jenayah, kejahatan dan kezaliman yang sangat besar dalam ketamaduan manusia.
Teringat kata-kata Ali Hassan An-Nadwi :
“ Apakah gunanya membesarkan anak kita jika hanya untuk menjadi bahan bakar dalam neraka?.”
Tersentak ..membayangkan semua perkara ini. Kehadiran Aiman dan Aisya adalah suatu perkara yang besar bagi kami. Insya-Allah, abi dan ummi akan sedaya upaya untuk mendidik, memelihara, membesarkan dan mengasuh kalian dengan didikan bersumberkan Al-Quran & As-Sunnah.
Abi dan ummi, sentiasa berdoa, munajat dan merintih kepada Ilahi agar diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah kubra ini. Mudahan-mudahan, insan yang sekerdil dan selemah abi dan ummi ini - sentiasa dipayungi, dirahmati dan diberikan hidayah oleh-Nya dalam setiap amalan yang kami lakukan.
Putera dan srikandiku...dewasalah sebagai penyejuk hati bagi abi dan ummi. Membesarlah sayang abi ummi dengan kekuasaan, kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT. Dengan sedaya kudrat dan pohonan munajat yang berterusan, ia akan menjadi modal kepada proses didikan abi dan ummi. Insya-Allah
Rabu, 28 Disember 2011
Kenangan Terindah
Khamis (29 Dis 2011)
Saat-saat terindah
di Cameron Highlands
Buat pertama kalinya aisya mandi sungai...dan sudah pastinya kenangan dulu mekar kembali
di Hotel Harvard Sg. Petani
Semoga ikatan yang terbina akan terus mekar
Di sebalik rasa sedih
Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka di hati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri,Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah, Apabila menangis tiada siapa yg tahu. Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak,Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan,Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yg sedang diuji oleh-NYA.
ketahuilah di sebalik rasa sedih ini,sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita,kerana kesedihan dan kekecewaan tak bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita.Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami erti hidup ini.
ketahuilah di sebalik rasa sedih ini,sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita,kerana kesedihan dan kekecewaan tak bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita.Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami erti hidup ini.
Masa semakin pantas berlalu
Hari ini hari ketiga berada di hotel Harvard Sg. Petani.. Cuaca yang agak dingin membuatkan aku semakin khusyuk membaca buku-buku yang ada.. Harini agak sepi tanpa orang yang menemani di sisi...
Sedar tak sedar rupanya tinggal 6 hari lagi sahaja lagi akan kembali bertugas dan meneruskan kehidupan sebagai seorang pendidik. Banyak persiapan perlu dilakukan sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru. Tahun hadapan bermulanya episod kehidupan yang baru... Walaupun cuma sekadar mengajar dalam tempoh sebulan kemudian bercuti kembali dalam jangka masa yang agak lama, namun semuanya memerlukan komitmen yang tinggi.
Buat pertama kalinya, setelah lama melaksanakan tanggungjawab mendidik pelajar-pelajar Ting.3, akhirnya tanggungjawab itu dilepaskan demi memberi komitmen pula untuk mendidik pelajar Ting. 5 di samping pelajar Ting 1 dan 2. ..Terasa kehilangan sesuatu apabila tidak mengajar Tingkatan 3 rasanya...
Rasanya belum puas untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang dan mengekalkan kejayaan tersebut.. Tapi aku yakin , rakan-rakanku yang lain mampu untuk meneruskan kecemerlangan itu...
Agak lucu juga nak mengajar Tingkatan 1 kembali... Teringat zaman anak-anak batch 2007 sahira, amalina, ruhana, wan dan lain-lain waktu mereka tingkatan 1. Mesti jauh berbeza zaman mereka dengan zaman anak-anak sekarang... Selalu juga mendengar rintihan rakan-rakan seperjuangan "Pelajar Ting. 1 sekarang tak sama macam dulu Eriza.. Sukar nak dengar cakap...nakal...dan suka melawan" itulah yang selalu diluahkan oleh rakan-rakan guru.. tak tahulah mereka macam mana nanti...Namun, apa yang penting ialah tugas untuk menjadikan mereka daripada sebutir pasir menjadi sebutir intan....
terfikir juga... macam mana nak mengajar Ting 1 ye nanti... takut-takut terikut level Ting. 3 pula... tapi ok juga..supaya mereka jadi matang... selalu dera pelajar Ting 3 untuk menulis karangan ikut level Ting. 5.. jadi Tingkatan 1 ikut level Ting. 3... hehehhe..
Selasa, 27 Disember 2011
Perbandingan kedudukan ranking PMR 2011
Ranking MRSM PMR 2011
1.GEMENCHEH (1.0204)
2.PASIR TUMBOH (1.0210)
3.KUALA KUBU BHARU (1.0238)
4.TUN ABDUL RAZAK (1.0248)
5.PASIR SALAK (1.0313)
6.LENGGONG (1.0341)
7.TERENDAK (1.0380)
8.GERIK (1.0385)
9.SERTING (1.0408)
10.KUALA KLAWANG (1.0414)
11.KUALA TERENGGANU (1.0420)
12.MUADZAM SHAH (1.0461)
13.BESERI (1.0479)
14.TRANSKRIAN (1.0479)
15.KUBANG PASU (1.0489)
16.BATU PAHAT (1.0490)
17.BALIK PULAU (1.0494)
18.LANGKAWI (1.0508)
19.PENDANG (1.0511)
20.PDRM KULIM (1.0533)
21.PONTIAN (1.0534)
22.MERSING (1.0626)
22.MERSING (1.0626)
23.KEPALA BATAS (1.0631)
24.KOTA KINABALU (1.0658)
25.KUANTAN (1.0661)
26.KUALA BERANG (1.0691)
27.FELDA (1.0708)
28.PENGKALAN HULU (1.0748)
29.ALOR GAJAH (1.0748)
30.KUALA LIPIS (1.0748)
31.KUALA KRAI (1.0774)
32.MERBOK (1.0811)
33.KUCHING (1.0817)
34.KOTA PUTRA (1.0833)
35.BESUT (1.1066)
36.JELI (1.1174)
37.TAWAU (1.1252)
38.BETONG (1.1263)
39.MUAR (1.1563)
Rangking SBP PMR 2011
1.SM SAINS HULU SELANGOR (1.0054)
2.SM SAINS TENGKU MUHD FARIS PETRA (1.0139)
3.SM SAINS TELUK INTAN (1.0191)
4.KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.0196)
5.SM SAINS KUALA SELANGOR (1.02)
6.SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.0203)
7.SM SAINS JOHOR (1.0233)
8.SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
9.SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
10.SM SAINS SELANGOR (1.0263)
11.THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
12.SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
13.SEKOLAH SERI PUTERI (1.0279)
14.SM SAINS POKOK SENA (1.0279)
15.SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
16.SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327)
17.SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
18.SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
19.SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
20.SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
21.SM SAINS MACHANG (1.0411)
22.SM SAINS MIRI (1.0439)
23.SBP INTEGRASI GOMBAK (1.0499)
24.SM SAINS PASIR PUTEH (1.054)
25.SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (1.0549)
26.SM SAINS BAGAN DATOH (1.0582)
27.SM SAINS TUANKU JA`AFAR (1.0627)
28.SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.0678)
29.SM SAINS KOTA TINGGI (1.07)
30.SBP INTEGRASI SELANDAR (1.0724)
31.SM SAINS REMBAU (1.0727)
32.SM SAINS KEPALA BATAS (1.0746)
33.SM SAINS LAHAD DATU (1.0759)
34.SBP INTERGRASI TEMERLOH (1.0761)
35.SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.0817)
36.SM SAINS LABUAN (1.0829)
37.SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (1.0893)
38.SBP INTEGRASI JEMPOL (1.0939)
39.SM SAINS KUBANG PASU (1.096)
40.SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (1.1007)
41.SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1.1014)
42.SBP INTEGRASI RAWANG (1.1084)
43.SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.113)
44.SM SAINS KUCHING (1.1258)
45.SM SAINS SABAH (1.1282)
46.SBP INTERGRASI BATU RAKIT (1.1447)
47.SBP INTEGRASI GOPENG (1.1464)
48.SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.149)
49.SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.1518)
50.SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.155)
51.SBP INTEGRASI KUANTAN (1.1824)
52.SM SAINS DUNGUN (1.1952)
Lama menyepi..
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat ke atas diri ini... Syukur ya Allah atas kurniaan ini.. sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Alhamdulillah...diberi kesempatan waktu untuk mencoretkan sesuatu...terlalu lama rasanya menyepi di arena ini... rindu..namun ..tidak punya kesempatan... Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan... Saat ini..sedang menemani zauji mengadakan program Fitrah Perkasa di Hotel Harvard Sg. Petani, Kedah... Perjalanan yang mengambil masa agak lama dari Jerantut ke sini... hampir 10 jam berada di dalam kereta..terasa kepenatan yang amat...namun terpaksa menggagahkan diri saat sedang sarat mengandung sambil memangku aisya humaira yang tidak pernah duduk diam sepanjang perjalanan... namun semuanya memberi pengertian yang penuh bermakna saat bersama orang-orang tersayang... Dari Jerantut ke Sg. Koyan kemudian ke cameron Hinghlads terus ke Sg. Petani.. fuh..terlalu penat sehingga hilang penat..
Pagi tadi sempat untuk seketika menemani zauji memberi pengisian bersama Faber-medic ... terasa rindu sangat dengan program-program islamic..rindu untuk mengisi hati dengan ilmu-ilmu Allah... terasa damai saja apabila berada di dalam dewan..namun, suara riang aisya di dalam dewan menyebabkan niatku terbantut... balik ke hotel beristirahat menghilangkan kepenatan.
Langgan:
Catatan (Atom)






















