Isnin, 15 Mac 2010

JOM KE PESTA BUKU


Salam buat semua pembaca. Terasa terpanggil untuk berkongsi 1 perkara yang paling disukai iaitu berkunjung ke Pesta Buku. Sudah terlalu lama tidak dapat berkunjung ke sana.. Moga-moga tahun ini diberi ruang dan kesempatan... Jadi, bagi semua masyarakat di luar sana yang 'suka buku'  bolehlah sama - sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC. Jangan ketinggalan ye!



Bermulanya perjuangan Pen Merah..

Hari ini bermulalah perjuanganku.... senjata-senjata inilah yang akan menemani sepanjang 5 hari... Semoga ditenangkan HATI ketika menempuhnya... dan semoga dipermudahkan segala urusan...

Ahad, 14 Mac 2010

Perjalanan yang jauh..

                                                         

Semalam terasa kepenatan yang amat...selesai ziarah adik ipar yang berada di wad Hospital Jerantut kami terus bertolak ke Meru jam 6.30 petang.. Ingatkan perjalanan seperti biasa... Tiba di Lebuhraya Genting Sempah kesesakan yang teruk berlaku ditambah dengan hujan lebat...

dari 3 jam perjalanan menjadi 5 jam setengah... fuh..lama sungguh..jam 12.02 minit pagi baru sampai di rumah..  Mujurlah VCD Ustaz Muhammad Kazim Bin Elias menjadi peneman kami sepanjang perjalanan... Kalau mendengar ceramah beliau berulang kali pun tak rasa bosan.. dapat dengar 3 Tajuk ceramah.." Punca Kesesatan" "Isteriku Sayang" dan "Bila Kita Ada Ayah dan Ibu".. Alhamdulillah..dapatlah meningkatkan  ilmu di dada... Kadangkala, kita sering menjadikan alasan sibuk sehingga terlupa untuk menambahkan ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama... Carilah ruang dan kesempatan untuk kita sama-sama meningkatkan kualiti diri..Kalau kita rasa malas nak membeli buku atau membaca buku, sekarang pelbagai bahan boleh kita dapat di website ataupun blog... tinggal kita saja yang mengaplikasikannya... Kita sering menghabiskan masa di depan komputer atau laptop... melayan laman web sosial..facebook..myspace dan lain-lain...kadangkala sehingga 24 jam... tetapi kita jarang melawat website atau blog yang memberikan pengisian dalaman kita.. kerana kalau nak dihitung ilmu Allah...terlalu luas...namun kita perlu mencarinya...

Khamis, 11 Mac 2010

KEJAYAAN BERSAMA



Saat-saat mendebarkan telah terungkai....Alhamdulillah...Tahniah dan syabas.. buat rakan sepasukan Unit Bahasa Melayu...100% A..
sekali lagi melakar sejarah yang bermakna... Buat Kak Amal,Kak Jun dan Kak Intan tahniah atas kesungguhan dan sekali lagi mencipta rekod...
TERUSKAN PERJUANGAN!!
Secara keseluruhan MRSM Pasir Salak berjaya mendapat ranking ke-6 daripada 36 MSRM Se-Malaysia..
Satu pencapaian yang sangat membanggakan..
TAHNIAH & SYABAS kepada seluruh warga MRSM PASIR SALAK...

Slip keputusan pelajar Cemerlang SPM (10 A +)

Saat-saat indah dan manis

Selasa, 9 Mac 2010

Menghitung Hari-hari Terakhir....


Keputusan SPM secara rasminya akan diumumkan pada hari esok (KHAMIS) 11 MAC 2010... Adakah MRSM Pasir Salak sekali lagi bakal mengulang sejarah pada tahun lepas dengan mendapat 100% A1 dalam subjek bahasa Melayu??? Memang tidak diduga akan mendapat keputusan seperti itu... Tempat ke-2 antara sekolah se-Malaysia... Semoga kita bakal sekali lagi melakar sejarah dan mendapat keputusan yang baik secara keseluruhannya... Sama-sama kita mendoakan kejayaan anak-anak kita... AMIN....

Tiba-tiba terkenang ajk BADAR ..Suhaili.. Aiman..Jannah...Afiqah..Semoga kalian dapat keputusan yang cemerlang... Bittaufiq Wan Najah...

Isnin, 8 Mac 2010

SALAM IMTIHAN




Minggu peperiksaan berlangsung bermula hari ini sehingga hari Khamis… Moga-moga semua pelajar Tingkatan 2. 3 dan 5 akan dapat melakukan yang terbaik..


Apabila tibanya musim peperiksaan barulah para pelajar sibuk untuk mengulang kaji pelajaran sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang terpaksa berjaga malam sehingga waktu pagi untuk mengulang kaji …sehingga ada yang terlajak untuk Solat Subuh berjamaah di surau… Ingatlah …kita sangup berjaga malam untuk peperiksaan..tetapi, untuk bangun bermohon kepada-NYa amat sukar sekali… Kadangkala, apabila tiba musim peperiksaan besar seperti SPM dan PMR sahaja kita buat Solat Hajat… untuk ujian-ujian yang kecil kita terlupa untuk melakukannya… Aku cukup memuji sikap pelajar Tingkatan 3 C (Puteri) tahun lepas, selesai aktiviti surau, mereka akan tinggal untuk menunaikan Solat Hajat Berjamaah.. Konsisten dari awal tahun sehingga hari terakhir mereka bersekolah… Alhamdulillah..dengan berkat kesungguhan dan istiqamahnya mereka melaksanakannya, maka mereka telah mendapat 8A untuk PMR...hanya seorang sahaja yang yang mendapat 7A 1B.. Subhanallah..





ILTIZAM




Alhamdulillah..akhirnya siap juga buku modul untuk Program Gemilang Bahasa Melayu PMR… Tahun ini ada peruntukan untuk buat cover depan berwarna… Apabila penyelaras yang mengurus, maka, warna ungulah yang menjadi pilihan… Moga-moga pelajar-pelajar Tingkatan 3 tahun ini dapat merealisasikan hasrat untuk mendapat 100% A subjek Bahasa Melayu tahun ini dan dapat mengulang kejayaan pada tahun 2007… Namun, perkara yang penting adalah iltizam yang tinggi oleh semua guru dan juga pelajar… Baki tidak sampai 8 bulan perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar segala yang direncanakan akan tercapai… Amin…

Lagu daripada kumpulan Rabbani bertajuk ILTIZAM sangat bermakna dan boleh dijadikan pembakar semangat untuk mencapai kejayaan..

LAGU ILTIZAM-RABBANI
Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang

Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang
Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati

Sandiwara tipuan khayalan
Kejahilan mainan syaitan
Emosi bukanlah penyesaian
Wibawa semoga yang beriltizam
 

Memegang Islam Ibarat Menggenggam Bara Api


Kita ikuti dialog ringkas ini,

“Cikgu, saya tak berani nak tegur kawan saya berdating dalam kelaslah,”
“Cikgu, saya tak berani nak tegur kawan saya tak solat Zuhur dan Asarlah,”
“Cikgu, saya tak berani nak tegur kawan saya tak pakai tudung melintas aras di asramalah.”
“Cikgu, saya tak berani nak tegur kawan saya apabila mereka bersembang dan bergelak di dalam suraulah..”

Dialog-dialog sebegini sering dilontarkan oleh AJK BADAR, BWP dan LDP dan pelajar-pelajar lain…

“Eh, kau tak payahlah sibuk-sibuk nak nasihat aku.. kau tu pun apa kurangnya,  "
Dialog sebegini selalu saja berlaku.. Telah menjadi kebiasaan kita tidak suka untuk dinasihati sebegitu. Apabila ada seseorang yang ingin membetulkan kita, kita turut sama mencari kesalahan yang ada pada orang itu. Hal ini adalah pelaku untuk orang yang sombong!

Sedangkan, Allah s.w.t memerintahkan kita untuk saling mengingati dan tegur- menegur akan setiap kesilapan yang saudara semuslimnya lakukan. Berpeganglah dengan 1 prinsip, “Sahabat adalah cermin kepada sahabat yang lainnya.” Seharusnya kita selalu bersikap terbuka terhadap orang yang menegur atau menasihati kita. Biarpun seseorang itu bukanlah tergolong dalam golongan yang alim ulama’, kita tetap perlu menerima teguran itu dengan berlapang dada. Lagi- lagi jika kesalahan itu benar- benar kita lakukan. Bak kata orang,

“Jangan lihat siapa yang menegur kita, tapi lihatkan teguran yang dilontarkan kepada kita.”

Dalam pada itu, kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada yang sanggup untuk memperbetul dan menyedarkan kita daripada melakukan perbuatan yang membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t. Setiap teguran dan bait nasihat yang baik, yang keluar daripada mulut sesiapapun, pastinya daripada Allah s.w.t. Mungkin Allah s.w.t ingin menyedarkan kita melalui sahabat atau kawan- kawan kita. Ingat, ilham datang daripada Allah s.w.t.. kalau kita bersikap sombong untuk menerimanya, ini juga bermaksud kita ingin berpaling daripada menerima peringatan daripada Allah s.w.t yang sememangnya terang- terang dijelaskan dan dilarang di dalam al- Quran. Agak malang jika kita tahu akan kewujudan suatu larangan, tetapi kita tetap sengaja melakukannya. Tidakkah kita gerun dengan ayat Allah s.w.t yang bermaksud:

“Barangsiapa berpaling daripada Al qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat,” – Surah Thaahaa; ayat 100

“…Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, nescaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.” – Surah al- Jin; ayat 17

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.” – Surah As- Sajadah; ayat 22
 
kesimpulannya, setiap orang harus berazam dalam membentuk diri ke arah yang lebih baik..

Bagi mereka yang menolong gerak kerja Islam (AJK BADAR, BWP dan LDP..ingatlah..
"barang siapa menolong agama Allah pasti Allah akan menolong kita pada saat tidak ada lagi yang menolong kita selain Dia."

Jangan rasa berputus asa apabila diherdik dan dimarahi kawan-kawan.. Cekalkan HATI..teguhkan semangat...Kerana pada akhir zaman ini..memegang Islam ibarat memegang BARA API...dipegang kita sakit...dilepaskannya ia padam... selagi mana kita bergelar orang Islam kita perlu menyampaikan dakwah dan mempertahankan Islam.. Insya-Allah janji ALLAH pasti akan tiba... TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN....






Sabtu, 6 Mac 2010

LEGACY 2009


Majalah maktab 2009..Warna ungu lagitu... memang menjadi kegemaranlah....Walaupun isi dalamnya agak ringkas, namun nampak kemas, cantik dan menarik... teruskan usaha untuk semua ajk sidang redaksi....

Jumaat, 5 Mac 2010

DI SEBALIK KRITIKAN PEDAS...


Baru-baru ini datang seorang pelajar dan bertanya kepadaku.. "cikgu, cikgu selalu mengkritik kami, kemudian, suka psiko kami...jarang sekali cikgu memuji kami apabila kami melakukan sesuatu.."

Aku tersenyum melihatnya...

Orang-orang berjaya tahu, kritikan adalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. Mereka tahu, mereka takkan dapat mengelak daripada menerima kritikan pedas dan yang negatif. Hal ini demikian kerana, lebih banyak kejayaan yang akan mereka capai maka, akan lebih banyak kritikan yang mereka terima.

Semua pemimpin besar, semua usahawan dan semua selebriti terkenal menerima berjuta kritikan negatif setiap hari. Tetapi mereka tidak kisah semua itu, "they just keep moving forward!"
Itulah cara mereka. Ketahanan mental dan kesabaran tinggi amat perlu apabila berdepan kritikan negatif. Mereka tahu hal ini, sebab itu mereka tenang saja biarpun berdepan dengan banyak kritikan daripada orang di sekeliling mereka.
Usaha mencapai impian memerlukan kita menjadi berani, tangkas, rajin dan yang paling penting, bijak mengurus kelemahan-kelemahan diri. Semua orang ada kelemahan, cuma mereka tidak berusaha membaikinya setiap hari.

Jadilah seorang yang rajin berusaha, bermotivasi dan punya misi tersendiri.

Susah hati sebab dikritik akan menyebabkan motivasi kita menurun, kesannya usaha kita turut 'turu'n.....


Lantas aku teringat kisah anak-anakku di MRSM Taiping... Sama sekali aku tidak menyangka akan berita yang disampaikan oleh mereka...

"Cikgu.. saya ada berita baik untuk cikgu...cikgu pasti bangga dengan kami... tadi, kami ada kuiz tatabahasa.. seramai 14 orang pelajar yang menjawab soalan itu dengan betul... dan 12 orang daripadanya adalah pelajar dari MRSM Pasir Salak... Mungkin inilah hasil daripada latihan beribu-ribu yang cikgu berikan dan kritikan-kritikan yang kami terima sepanjang kami menjadi anak murid cikgu..."

Ya..memang benar...aku jarang sekali memuji di hadapan mereka...Namun, di dalam HATI.. aku sering memuji dan mendoakan mereka agar terus berjaya.... Sebenarnya dengan kritikan yang pedas itulah yang membuatkan mereka berjaya...

"Alang-alang duduk menjadi cikgu...sebutir pasir dijadikan intan..."


SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...


Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ikan itu semula ke dalam air begitu sahaja, kerana pasti akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ikan itu akan menderita selagi ia hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang....setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekal kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah ia sekadar keperluanmu....apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaakannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, memyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.....





Khamis, 4 Mac 2010

Sentuhan Bermakna...


Seusai solat Maghrib di surau malam tadi aku meluangkan masa bersama-sama pelajar yang ma'zurah... Selama 3 tahun aku di sini, tidak ada aktiviti khas untuk pelajar-pelajar ini..Mereka membuang masa dengan membaca novel, bergelak ketawa, bersembang dan juga mengambil kesempatan untuk tidur.. Alhamdulillah..masuk hari ini sudah 2 minggu mereka mempunyai aktiviti untuk memenuhi ruang masa antara Maghrib dengan Isya'...Jadual sudah pun dibuat dan alhamdulillah sudah dapat dilaksanakan. ..setiap malam Jumaat akan ada slot bersama warden... dan aku orang pertama yang mengendalikan slot tersebut..
         Hasil pengamatan selama 3 tahun , boleh dikatakan kehidupan pelajar puteri di sini kurang mesra antara satu sama lain..  kurangnya ukhwah di antara mereka... suka mengutuk antara "batch" yang lain...memandang rendah dan macam-macam lagi... sedih melihat situasi itu.. Jadi,malam itu, aku membuat modul sentuhan kepada mereka... bermula dengan mengalunkan zikrullah  dan berakhir dengan modul sentuhan bermakna... Mendengar respon daripada mereka, mereka berasa terkejut, malu, segan, terkedu, terkesima seronok dan macam-macam lagi dalam sesi yang pertama.. memang agak memalukan untuk memegang sahabat kita..tetapi hakikat yang sebenarnya tidak memalukan seandainya memegang buah hati mereka... Nauzubillahiminzalik...mohon dijauhkan...

Aku menyuruh mereka mencari pasangan yang berlainan tingkatan dan meminta mereka memegang tangannya.. Pada mulanya aku tertawa besar apabila melihat mereka berasa sangat segan untuk memegang tangan pasangan masing-masing.. Namun, itulah hakikatnya..kita malu untuk bersaudara sesama kita... malu untuk menegur orang yang tidak seumur dengan kita..apatah lagi untuk memegang tangan mereka... Namun, ingatlah.... Islam telah mengikrarkan bahawa sesama Muslim adalah bersaudara. “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” . Ayat ini telah meletakkan dasar keimanan sebagai tali pengikat rasa ukhuwah.

Sebenarnya, melalui sentuhan itulah yang mengalirkan perasaan kasih dan sayang antara kita.. Kasih seorang ibu kepada anaknya..kasih seorang isteri kepada suaminya...kasih seorang guru kepada anak muridnya dan kasih seorang sahabat kepada sahabatnya.. Indahnya ukhwah itu apabila lahir daripada HATI yang tulus...jauh daripada sifat-sifat mazmumah...



Mengapa mesti ada rasa malu dengan sahabat-sahabat kita...adik-adik kita atau kakak-kakak kita?? Tetapi apabila berhadapan dengan pelajar lelaki, kita rasa bangga dapat bercakap, bergurau senda, dan bertepuk tampar dengan mereka... ??? Ya Allah...Malunya kita...

Cuba kita lihat, apabila seorang ibu menyentuh dan memegang kita, kita akan rasa bahagia,, tenang dan sayang padanya... sama juga dengan sahabat kita... kita akan rasa bahagia, tenang apabila kita dapat memegangnya berkongsi cerita suka dan duka bersama... hasilnya..ikatan kasih sayang sesama kita akan bertaut.. Cubalah untuk kita bina semula ikatan ukhwah.. Buanglah perasaan hasad dengki dan dendam...

Kadangkala ramai pelajar mengeluh, mengadu apabila dicubit, dipukul oleh guru.. Sebenarnya cubitan itulah yang menunjukkan kasihnya seorang guru dengan anak muridnya.. Ada guru yang suka mencubit untuk merapatkan hubungan dengan anak muridnya...dan dengan cubitan itulah yang akan menjadikan pelajar itu berjaya...Cubitan itulah yang menunjukkan guru itu sayang kepada kita... Jadi... pelajar-pelajar..janganlah menilai dan memandang negatif guru kita.. setiap perkara yang dilakukan mesti ada sebab musababnya..
Sukar untuk menukarkan dan mengubah minda manusia yang sekian lama dibelenggu kehidupan remaja dan dewasa yang kebaratan.Sukar untuk mendidik seseorang untuk menerima ajaran al-quran sekiranya dia sendiri tidak sedar wujudnya hembusan Kasih SANG PENCIPTA di dalam setiap gerak –gerinya.Ditambah pula dengan sokongan rakan-rakan sebayanya yang seperti dirinya juga..beserta didikan keluarga yang tidak mengutamakan ISLAM sebagai deen di dalam kehidupan. Namun, kita masih belum terlewat untuk berubah...




Wallahua'lam bissawab...

Didoakan dan mendoakan

Dalam kesibukan dan kepenatan mendidik…jika dipositifkan semuanya akan menjadi baik. Insya-ALLAH  impianku melihat anak-anak didikku ini membesar dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah…

Terima kasih buat anak-anak muridku atas doa kalian buat cikgu… setiap hari hampir 20 ucapan salam dgn lafaz “Assalamualaikum, cikgu” kuterima daripada kalian.. Ya ALLAH, alangkah bahagianya aku menerima berpuluh-puluh ucapan salam saban hari.. masakan tidak aku dirahmati oleh ALLAH s.w.t lantaran doa kalian.. Insya-ALLAH… terima kasih...

Sudah pasti orangg memberi kita wajib membalas… namun, setiap kali selepas menjawab salam, kuiringi sekalung doa buat mereka “Ya ALLAH, jadikanlah mereka anak-anak yang soleh/ solehah dan golongkanlah mereka dalam kalangan pembela-pembela agama-MU…” amen…. Hari ini kita mendoakan anak-anak orang lain, mungkin akan datang orang lain akan mendoakan dan menolong mendoakan anak-anak kita… Insya-ALLAH.. itulah Maha Pemurahnya ALLAH swt…

Selasa, 2 Mac 2010

Pergi Takkan Kembali


Jam 2.45 pagi, aku mendapat pesanan sms daripada kakak.. "Nenek sudah kembali ke rahmatullah...." Inalillahiwainnailahirajiuun....

Ya Allah kau tempatkanlah arwah nenekku dalam kalangan para solihin....

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


http://www.youtube.com/watch?v=0XgJ7mEtACs

015 - Detik-detik Rasulullah Menghadapi Sakaratul Maut




Air mata Rasulullah – detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sajaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….





Isnin, 1 Mac 2010

Ujian yang berat kadangkala meruntuh rasa..Menggoyahkan jiwa..Tatkala hati berbisik..Ke mana pergi jiwa yang membara dahulunya...Ke mana perginya ukhuwah yang dibina...Kadangkala hati berbisik lagi...Ingin menyendiri dan jauh pergi...Ujian itu satu rahmat tetapi aku sebagai hamba rasa tidak mampu untuk menanggung lagi..Adakah ini ujian untuk melihat hati yang sebenar ingin berjuang...Ohh Tuhan... Hanya Engkau sajalah yang mendengar rintihan hati ini...

Lasykar Pelangi- Pendidikan Untuk Semua


bait-bait kata dalam laskar pelangi....

“menjadi pemimpin adalah sesuatu yang mulia”
“setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak"
“ Sekolah ini sekolah yang mengajar pendidikan agama dan budi perkerti bukan hanya Pelengkap Kurikulum, Kecerdasan dilihat Bukan sekadar dari nilai-nilai dan akal tapi dari HATI”.
“ Kekuatan itu dibentuk oleh IMAN bukan oleh jumlah Tentera. Kalian harus teguhkan pendiria, kalian harus punya ketekunan, keingin yang kuat untuk mencapai cita, kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah walaupun di uji. Dan INGATLAH HIDUP MESTI MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA, JANGN MENERIMA SEBNYAK-BANYAKNYA”.

“Kita semua harus punyai cita-cita dan sekolah ini kita mulakan cita-cita kita”
“ ..Aku tidak bermimpi untuk menjadi isteri saudagar, tapi aku bermimpi ingin menjadi guru…”
“KEJARLAH PERLANGI HINGGA KE HUJUNG DUNIA, JANGAN MUDAH MENYERAH”

Ya Allah Kau berikanlah kekuatan kepadanya...



Alhamdulillah..Syukur  aku panjatkan pada-Mu Ya Allah kerana sehingga ke hari ini aku masih lagi diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang kuat untuk aku terus beribadat pada-Mu ya Allah. Moga-moga, nikmat ini dapatku manfaatkan sebaiknya Ya Allah. Jangan kau golongkan aku sebagai hamba yang kufur nikmat-Mu YaAllah. Jangan Kau tarik semula nikmat yang telah kau pinjamkan padaku ini Ya Allah...
Hari ini aku ambil cuti sambilan kerana menziarahi nenek yang sedang tenat di hospital... Keadaannya sangat nazak..sudah 4 hari tidak sedarkan diri...apabila melihat wajahnya, hati menjadi hiba..tidak tahan menahan sebak di dada..Lantas Surah Yassin menjadi penguat diri..Moga-moga nenda diberi kekuatan untuk mengharungi ujian ini..


 
Sepanjang jalan aku melihat pesakit-pesakit di hospital..aku teringat satu artikel luahan daripada seorang doktor... hampir 80% pesakit di hospital tidak menunaikan solat... Doktor ini sedih melihat ragam pesakit-pesakit ini.. Apabila ditimpa kesakitan atau ujian daripada Allah,,seharusnya mereka mendekatkan diri dan banyak bermohon kepada Allah Taala...namun, apa yang menyedihkan mereka memberikan alasan sakit penyebab mereka tidak dapat bersolat...Solat tu tiang agama. Tidak kira kita sakit macam mana sekalipun, jangan tinggalkan solat. Tidak mampu berdiri kita solat duduk, tidak mampu duduk kita baring, tidak mampu baring kita boleh isyarat mata atau solat ikut kemampuan kita. Betapa cantiknya Islam tu.l Langsung tidak membebankan umatnya. Macam tu juga wudhu'.

Allah yang maha agung dan maha berkuasa terhadap segala ciptaannya. kalau tika ini kita masih mampu tersenyum dan bergelak tawa, tidak mustahil dalam beberapa minit atau saat nanti kita akan menangis teresak-esak. kalau tika ini kita mampu bernafas dengan amannya, tidak mustahil sekejap lagi kita akan kaku,diam dan kejang tidak bernyawa. Semua itu dibawah Kuasa-Nya, tuhan sekalian alam.

Ziarah petang itu banyak mengajarku erti menghargai apa-apa yang ada dan manfaatkan dengan sebaiknya terutama dalam mentafsir erti perjuangan...

Ahad, 21 Februari 2010

Bermula sukantara...


Hari ini bemulalah sukantara maktab... Pagi ini aku ditugaskan untuk menjaga acara lompat jauh.. Sedang duduk menunggu pelajar Tingkatan 4, aku terlihat seorang pelajar Tingkatan 1 duduk seorang diri di bawah pokok. Rakan-rakan yang lain semua pergi ke khemah untuk mengambil sarapan.. Apabila ditanya, rupanya pelajar tersebut berpuasa.. Alhamdulillah..sejuk melihat tingkah laku pelajar itu.. masih berupaya untuk berpuasa sunat walaupun minggu ini minggu sukan... Namun, kebanyakan pelajar sering menganggap minggu sukan inilah mereka bebas untuk melakukan apa-apa jua perkara...mendedahkan aurat.. meninggalkan solat..pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan...dan lain-lain...
Teringat sewaktu sukan SUPER tahun lepas, pasukan bola tampar perempuan ditegur oleh warden sebab membuka aurat sewaktu bermain... Namun, alhamdulillah...akhirnya mereka boleh menjaga aurat masing-masing walaupun tidak memenangi acara itu... Apa yang penting bukan kemenangan semata-mata...tetapi kemenangan dan maruah kita sebagai pelajar Islam...Ingat...Matlamat tidak pernah menghalalkan cara...


Khamis, 18 Februari 2010

Gerbang Cendekia


Alhamdulillah..Pelancaran Program Gemilang SPM/PMR dapat berjalan dengan jayanya... Terasa bernafas sedikit walapun hakikatnya ketihan itu masih dirasai...Semoga para pelajar Tingkatan 3 dan 5 akan terus gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR dan SPM nanti...

Backdrop Program Pelancaran Gemilang SPM/PMR 2010
Perjanjian pelajar-pelajar untuk memperoleh A dimeterai

Acara penyematan button GEMILANG kepada Presiden BWP..
Ikrar daripada anak-anak pelajar...

Button GEMIILANG 2010

TITIAN KEJAYAAN(Lagu Tema)

Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya