Ahad, 8 November 2009

Kisah Rama-rama


Rama-rama...
Apabila kita melihat warnanya pasti kita akan menyukainya. Cantik..Comel.. Namun, di sebalik kecantikannya ada sesuatu yang perlu kita ambil kisah daripadanya.

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.



Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu
Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?




Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada di sekelilingnya, namun anda pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.



Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.



Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai ! hanya lelaki yg tidak tahu diri.




Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai alat. Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.



Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN




Nota: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

Salam sayang buat rama-rama dan puteri cahaya...

Berita terkini...

Jabatan Bahasa kena ceroboh lagi.... siasatan perlu dijalankan..

Klinik Hati..


Semalam dapat bersama AJK BADAR...Terasa ukhwah antara mereka sudah semakin bertaut... Alhamdulillah.. Modul HATI masih menjadi pilihan... Apabila bertanya kepada mereka di manakah letaknya HATI.. masing-masing tidak dapat mengenal pasti kedudukan terletaknya HATI itu.. Oleh itu, Bagaimana untuk mengubati hati sedangkan hati itu tidak dapat dilihat??



Untuk mengubati hati kita perlulah:
1) sentiasa berbaik sangka sesama manusia.Jangan suka bercerita tentang keburukan orang lain. Fikirlah yang baik-baik.. Sekiranya ada 10 keburukan dia. ingatlah satu kebaikan dia.. Insya-Allah HATI akan rasa bahagia...
2) kita juga perlu buang segala sifat hasad dengki yang bersarang dalam hati kita kerana sifat itu mampu untuk merosakkan HATI kita ini.
3) kita juga perlu buang sifat ujub, sombong, riak, takabur, dan bongkak kerana sifat ini sangat dibenci oleh Allah s.w.t..
4) Kita perlu hiasi diri dengan sifat pemaaf. Sifat ini mampu untuk mengelakkan berlakunya persengketaan, kerana setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
5) Kita juga perlu sentiasa senyum walau dalam apa-apa jua sekalipun. Percayalah dengan senyuman akan membuatkan HATI kita akan berasa tenang.
6) Hati juga dapat dididik dengan menghadiri majlis ilmu, kerana orang yang menghadiri majlis ilmu akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t melalui barisan Malaikat yang membanjiri majlis ilmu untuk memohon keampunan terhadap dosa-dosa kita.
7) kemudian, hati juga dapat diubati dengan berzikir, membaca Al-Quran, melakukan Solat Tahajjud dan berdamping bersama orang-orang soleh..

7 perkara ini adalah antara cara untuk kita mengubati dan merawat HATI kita apabila terluka. Percayalah.. apabila HATI kita sihat maka mental dan fizikal kita juga akan sihat. Namun, sekiranya HATI kita sakit, maka akan sakitlah mental dan fizikal kita...

Wallahu'lam...

Khamis, 5 November 2009

Salam Graduasi


Selamat bergraduat buat anak-anak pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5...Semoga segala usaha yang dilakukan selama berada di maktab ini akan membuahkan hasil yang membanggakan.. Ingatlah..
"Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Oleh itu, apakah yang anda ingin fikirkan?
~Othman Affan~

Rabu, 4 November 2009

KOREKSI DIRI


Disebabkan kesedaran untuk sama-sama membangunkan ISLAM, saya rasa saya mesti BERUBAH. Berubah ke arah KEBAIKAN bukannya berubah ke arah KEBURUKAN. Kini saya semakin bertekad untuk berubah. Berubah menjadi muslimah yang berani bersuara demi Allah dan Islam. Yang berani mempertahankan HAK. Berubah menjadi MUJAHIDAH yang sentiasa di samping MUJAHID. Bergerak seperti muslimah di zaman Rasulullah yang dijanjikan SYURGA Allah. Berubah menjadi seorang muslimah yang TEGAS dalam LEMBUT. Yang sentiasa menjadikan MALU dan IMAN sebagai BENTENG diri.




Insya-Allah saya akan berusaha dan memberanikan diri menyuarakan pendapat saya di mana-mana sahaja selagi tidak bertentangan dengan Syara'. Saya ingin menjadi muslimah yang tidak sekadar mengangguk mengiakan sebarang idea bahkan melontarkan idea untuk membangunkan UMMAT. Saya akan berusaha menebalkan benteng MALU dalam diri saya sesuai dengan tempatnya bukannya malu dalam semua hal namun malu pada tempatnya. Tazkiyatun nafs Insya-Allah diharapkan sentiasa diamalkan agar diri ini dalam landasan yang betul dalam usaha mencapai MARDHOTILLAH.

Ya Allah,
Moga setiap langkahku kerana-MU,
moga setiap niatku hanya untuk-MU,
moga diri ini dikurniakan ketabahan,
setabah Saidatina Khadijah,
dikurniakan kecerdikan,
secerdik Saidatina Aisyah,
dikurniakan kelembutan,
selembut Fatimah,
dan dikurniakan ketegasan,
setegas Sumayyah...
moga pengakiran-Nya Syurga-Mu yang indah,
disertai dengan MARDHOTILLAH...

Sekadar Renungan...


Keindahan ciptaan Tuhan sangat luas untuk dikira serta direnungi... contohnya ialah diri kita..sangat luas nikmat serta tersimpan rahsia yang tidak terkira....Akal diciptakan dengan begitu sempurna...Di dalam akal terdapat pelbagai fungsi. Setiap fungsi mempunyai tugas-tugas untuk menggerakkan akal... Subhanallah....Ya Allah... aku hanya mengharapkan rahmat-Mu mengalir di dalam kehidupanku di dunia dan akhirat....Satu saat akan tiba aku akan kembali kepada Tuhan...Biar apapun yang akan berlaku, seseorang yang beriman, hatinya diselimuti ketenangan...ibarat sebuah kapal yang berlayar tanpa menghiraukan taufan yang melanda....


'HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI'



Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.


Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.


'HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS'
Nafas Naik.
Nafas Turun.


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.


Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


'HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN'
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.


'HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT'
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.


Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.


Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai


Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.


Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya .. .
Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.


Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali


Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.


Semoga Kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa
Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

Jangan kita lupa

Terlalu sibuk menguruskan kerja-kerja graduasi, Program MIGTY dan kes-kes disiplin pelajar sehingga terlupa tentang kisah Cikgu Roslan ditimpa kemalangan jalan raya pada hari Isnin (2/11/09/). Ya Allah kau berikanlah kekuatan untuk dia menerima segala dugaan ini. Namun, dalam kita sibuk menjalani rutin harian masing-masing, jangan sampai kita terlupa untuk bertanya khabar dengan rakan sekerja kita, pelajar kita, atau ahli keluarga kita. Bukan apa, kisah Cikgu Roslan ini sangat memberi pengajaran, kerana sehingga semalam masih ramai guru dan pelajar yang tidak mengetahui perakara ini. Semoga Cikgu Roslan akan cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi segala dugaan ini….

Jumaat, 30 Oktober 2009

Inikah pelajar kita?


Sedih rasa di hati apabila mengenangkan sikap pelajar zaman sekarang. Selepas satu kes, satu kes yang lain pula timbul.  Dalam minggu ini sahaja terlalu banyak peristiwa yang berlaku berkaitan sikap pelajar terhadap guru. Menyakiti hati guru, memberi surat layang kepada guru, mencalarkan kereta guru, bersikap kurang ajar dengan guru, mencarut guru dan macam-macam lagi. Itu belum ditambah lagi dengan sikap pelajar yang lain seperti mencuri, berkhalwat, merokok dan lain-lain. Bukan bermakna pelajar dahulu tidak melakukan kesalahan disiplin, tetapi sekarang ini agak keterlaluan. Sikap pelajar-pelajar dahulu dengan sekarang amat jauh berbeza seperti “langit dan bumi”. Persoalannya, mengapakah masalah ini semakin berleluasa?

Banyak faktor masalah ini berlaku antaranya, tiada kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri tentang pentingnya sifat menghormati guru, tiada penghayatan terhadap pendidikan agama.kelemahan sistem pendidikan, kurang didikan daripada ibu bapa sejak kecil, kelemahan sikap guru itu sendiri dan banyak lagi.

Namun, semua ini berbalik semula kepada hati kita sebenarnya. Teringat kata ketua jabatan saya, semua perkara yang berlaku perlu kembali kepada Allah Taala... apabila kita kembali kepada-Nya, perkara-perkara sebegini tidak berlaku. Ya betul... kata-kata itu memang sangat bermakna seandainya kita menghayatinya. Sewaktu duduk berbincang tentang masalah ini, ada seorang rakan mengatakan bahawa, bagaimana pelajar tidak menghormati guru sedangkan mereka sendiri bersikap kurang ajar dengan Tuhan apabila berada di dalam surau. Hendak solat masih boleh bertepuk tampar, bergurau senda, dan menyanyi. Mereka langsung tidak menghormati adab-adab yang perlu dijaga apabila berada di rumah-Nya...Sedih sekali melihat tingkah laku pelajar-pelajar sekarang. Hati terlalu keras. Bukan tidak pernah ditegur,tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. tidak turun ke hati untuk dihayati .



Buat anak-anak pelajar...

Mengapa sukar untuk kita menghormati guru? Mengapa sukar sekali untuk kita menjaga hati guru kita? Mengapa kita sukar untuk menolong guru  saat dia memerlukan bantuan kita?? Mengapa sukar sekali untuk kita memohon maaf atas kesalahan kita?? Mengapa hati kita begitu keras untuk mengakui kesalahan kita?? Mengapa??? Tepuk dada dan tanyalah HATI kita..

Walau seteruk manapun sekalipun sikap guru kita, kita kena terima dan kita kena menghormatinya.






Khamis, 29 Oktober 2009

Mesej pendek tetapi BERMAKNA




Seorang budak lelaki yang buta, duduk di tepi sebuah bangunan dan meletakkan topinya di sebelah kakinya. Dia meletakkan satu papan tanda yang berbunyi, "Saya buta, bantulah saya." Di dalam topi ada sedikit wang yang didermakan oleh orang yang lalu-lalang di hadapannya. Tidak lama kemudian seorang lelaki mengeluarkan beberapa keping syilingnya dan meletakkan ke dalam topi itu. Kemudian dia mengambil papan tanda dan menulis sesuatu. Dia meletakkan papan tanda itu di tempat asalnya supaya orang ramai yang lalu-lalang dapat melihat tanda itu dengan jelas.

Tidak lama kemudian, topi itu dipenuhi dengan syiling. Lebih ramai yang mendermakan duit kepada budak lelaki yang buta itu. Tengah hari itu, lelaki yang menulis tadi kembali melihat budak lelaki buta itu. Budak lelaki itu mengenali bunyi tapak kasut lelaki itu dan terus bertanya, "Adakah anda yang menukar papan tanda saya pagi tadi? Apa yang anda telah tulis?"

Jawab lelaki itu," Saya menulis perkara yang benar sahaja. Saya menulis perkara yang awak tulis tetapi dalam bentuk yang agak berlainan." Apa yang ditulis lelaki itu adalah "Hari ini sangat indah dan saya tidak dapat melihat keindahannya". Memang nyata kedua-dua ayat tadi menunjukkan bahawa budak lelaki itu buta tetapi ayat kedua lebih bermakna. Hal ini  menyatakan bahawa orang yang lalu-lalang itu tadi sangat bertuah kerana tidak buta dan dapat menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah swt. Oleh itu ayat kedua sangat efektif.


Kesimpulan:

Bersyukurlah dengan apa-apa yang kita ada. Fikir dengan positif dan kreatif. Ajak manusia bersyukur dengan penuh hikmah dan nikmati kehidupan tanpa seribu satu alasan. Berkasih-sayang selalu dan apabila kehidupan memberikan anda seratus sebab untuk menangis, maka tunjukkan kepada dunia seribu sebab untuk tersenyum selalu.  Hadapi hidup dengan penuh keyakinan, persiapkan diri untuk menghadapi masa hadapan, tingkatkan iman dan buangkan perasaan takut. Orang-orang bijaksana pernah berkata, " Di dalam perjalanan hidup, sekiranya anda ingin mengembara tanpa perasaan takut, anda mestilah mempunyai satu tiket yang dapat menghidu baik dan buruk."

Ahad, 18 Oktober 2009

MATA HATI KITA...

Hari ini saya teringat satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (orang kuat Fitrah Perkasa) tentang pandangan Mata Hati...Saya bersetuju benar dengan konsep pandangan mata hati...Sekiranya kita mengamalkan dalam kehidupan seharian kita ..Insya-Allah kehidupan kita akan lebih aman dan tenang..Cuba anda hayati tafsiran daripada kisah Metafora Kuih...




                                                                  Metafora Kuih

Supaya mudah difahami mari kita lihat metafora ini. Katalah, melihat kuih… Kita boleh melihatnya dengan 4 pandangan. Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa. Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar-pakar pembuat kuih (chef atau pakar masakan). Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu mereka mampu menganalisis. Misalnya apakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya, ketepatan mengadunnya, kemahiran menguli dan membakarnya?


Pakar-pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji apakah kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut. Inilah kelebihan pandangan akal berbanding pandangan mata biasa. Lain pula keadaannya dengan orang yang memandang kuih dengan pandangan nafsu. Mereka ini tidak ambil pusing langsung apakah bentuk, nama atau cara pembuatan kuih itu.


Yang penting, makan dulu. Hinggakan dengan kegelojohan itu dia tidak sempat bertanya pun siapa yang empunya. Inilah buruknya pandangan nafsu. Yang dipentingkan hanya kesedapan dan keseronokan. Bagaimana melihat kuih dengan pandangan mata hati?


Melihat dengan pandangan mata hati akan menyebabkan kita seolah-olah dapat melihat pembuat kuih tersebut. Katalah, anda sedang berada di luar negara. Bila musim Hari Raya tiba, anda mendapat kiriman bungkusan dari kampung. Bila bungkusan itu dibuka dan anda melihat kuih di dalamnya, dengan tidak semena-mena air mata anda mengalir. Bila terlihat sahaja kuih, hati anda sedih. Kenapa?


Ya, kerana anda melihat wajah ibu (pembuat kuih) di sebalik kuih itu. Anda terkenang kasih-sayang, keprihatinan, kelembutan dan segala-gala yang baik daripada ibu anda. Pandangan itu menjangkau sesuatu yang lebih bererti, bukan sekadar pada tulang, daging dan urat ibu kita tetapi kepada yang lebih maknawi, yakni budi, kasih dan sayangnya. Tanyakan hati kita, manakah pandangan yang lebih tepat dan murni? Pastinya hati kita akan menjawabnya, itulah pandangan mata hati!

Sekarang saya minta anda untuk melihat gambar di bawah ini dengan pandangan mata hati... Apakah jawapan anda???



Tahniah!!! anda mampu untuk melihat gambar ini dengan pandangan mata hati... Tegasnya, mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Pencipta hidup – Allah. Inilah pandangan hidup (worldview) yang paling jelas tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.


Jika tidak, terjadilah apa yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi neraka jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf 7:179)



Sabtu, 17 Oktober 2009

INDAHNYA MALAM PERTAMA... ;-)



Satu cerita sebagai  renungan kita bersama...

Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata.
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa.
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut.
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan. Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan..
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah... itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....


Sama-sama kita insafi diri kita ini...


Tabahkan Hati

Alhamdulillah... hari ni dah selamat berada di kampung...dapat berehat lagi selama 4 hari... Malam tadi sambil duduk membaca, tetiba teringat seorang pelajar yang sering menangis merapati nasibnya.

"Luka itu pedih... menyucuk kalbu dan mendera jiwa..Hati rasa tersiat kerana kepedihan yang dirasakan. Hikmahnya tersirat. Kata-kata kita bisa mengguris orang lain... bisa menyedihkan orang lain. Namun, apalah dayaku untuk membuatkan hati ini bertaut semula..."Sabar itu pengubat jiwa saya. Saya bersabar dengan kata-katanya walaupun saya tahu saya tidak mempunyai kekuatan maksimum." luahan hatinya...

Sabarlah wahai anakku... Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cukup pedih sebenarnya apabila ditinggalkan kawan-kawan.. Difitnah atas perkara yang tidak dilakukan... Namun, ingatlah saat ini Allah mahu menguji kekuatan iman kita... Adakah kita sabar dalam mengharungi ujian yang diberikan. Kita tak mampu untuk menutup mulut mereka daripada menabur fitnah ...Tapi ingatlah, doa orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan... Jangan sesekali kita berdendam dengan mereka... Banyakkan pergantungan dengan Allah.. Mohonlah dan berdoalah agar satu hari nanti Allah bukakan pintu hati mereka dan menerima kita kembali... Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar... Tabahkan hatimu... Kuatkan semangatmu..Ingatlah Ukhwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah...



Hati telah lama gersang Dari siraman kasih sayang
Kerana hujan Iman sudah lama tidak turun
Kita tanamkan kembali


Budi penyiram kasih Agar hati yang gersang
Gembur dan subur lagi


Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia


Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Iakan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah


Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki


Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia


Berkasih sayang perintah Allah
Diantara sifat Allah
Kasih kepada hamba-Nya
Allah sangat sayang kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkahlah kasih sayang untuk keredhaan-Nya
Hati sudah lama menderita kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup dalam derita lagi sensara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia

Jumaat, 16 Oktober 2009



Seusai mengulati sebuah novel Islamik, SYABAB MUSAFIR KASIH saya agak kagum dengan gaya jalan cerita yang cukup membanggakan. Karya kreatif. Kisah perjalanan seorang pemuda yang bernama Syabab yang menghadapi cabaran dan mehnah yang cukup hebat dalam kehidupan mengajarnya tentang erti kematangan hidup. Kesusahan hidup yang dialaminya semenjak kecil mendesaknya supaya hidup berdikari dan bersungguh-sungguh dalam mengejar impian.


Syabab seorang anak yatim, miskin, dan sering dipandang hina oleh orang lain akhirnya menjadi seorang yang cukup hebat dan berguna dalam masyarakat. Watak Syabab, semangatnya kadang-kadang naik turun menyedarkan kita tentang hakikat kehidupan ini begitu mencabar. Novel ini berlatarkan suasana bumi Malaysia dan Syria dengan gaya plot cerita yang cukup mempesonakan sehinggakan menitis air mata apabila membaca dan menghayatinya. Novel ini benar-benar meningkatkan motivasi bagi sesiapa yang membacanya.

SYABAB MUSAFIR KASIH adalah sebuah novel karangan FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN. Penulis novel TAUTAN HATI ini berjaya menampilkan mesej yang cukup berguna buat kita, beliau menyedarkan kita tentang hidup ini adalah untuk 'memberi' dan 'menyumbang' kepada orang lain bukan sekadar untuk diri sendiri.

* Novel TAUTAN HATI dan juga SYABAB MUSAFIR KASIH benar-benar menyuntik semangat. Kedua-dua novel ini benar-benar terkesan dalam jiwa saya. Moga-moga Allah jua senantiasa memberikan semangat yang tinggi kepada saya dan kawan-kawan dalam menegakkan Islam.



Derita Asam Garam Perjuangan


MENGEMIS KASIH



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah


Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati


Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi


Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Menghias Hati Dengan Menangis


“Andai kalian mengetahui apa-apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”



(HR. Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahawa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar daripada yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka".

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Jadi, kita bagaimana??? Tepuk dada tanya iman kita...

Rabu, 14 Oktober 2009

Allah mencintaimu dengan nikmat..mengapa membalasnya dengan maksiaT??


Kita sering terlupa akan nikmat yang telah Allah berikan... namun, apabila dilanda kesusahan, kesedihan..malapetaka..baru kita akan teringat kepada-Nya...Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita yang hina ini... adakah kita bersyukur atas kenikmatan yang Allah kurniakan... Peristiwa yang berlaku di Padang Indonesia telah banyak memberi pengajaran kepada diri kita.. Cuba bayangkan , bagaimana boleh berlaku hampir 20 masjid runtuh dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di sana? Allah mahu kita menginsafi kembali perkara yang telah kita lakukan..kemaksiatan yang kita lakukan... Jangan sampai kita tergolong dalam golongan yang terkutuk oleh Allah s.w.t.. Nauzubillah...Apabila bala diturunkan semua orang, baik ataupun sebaliknya akan turut merasainya... Sama-sama kita berdoa, moga-moga kita sentiasa berada di bawah naungan-Nya...

masa untuk bertenang...

Hari ni hari keempat aku kembali bertugas di maktab... emm...terlalu banyak kerja yang terbengkalai yang perlu diselesaikan... Namun, alhamdulillah...selesai PMR ..terasa agak tenang dan lapang sedikit... apapun, kerjakerja juga...kesihatan perlu diutamakan...

Sabtu, 10 Oktober 2009

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA


Di saat diriku ketandusan kata-kata..
kau datang menjelma  membawa CAHAYA...
Kasihmu mekar di HATI tarbiyyah di bumi ini..
dengan keindahan pekerti seindah pelangi..
Indahnya ukhuwwahTanpa terpalit rasa..
Sifat mazmumah antara kita..
Kerdipan CAHAYA akan kukenang jasa..
kenangan bersama antara kita...

Lagu ini membuatkan aku terkenang memori sewaktu di KISAS dulu.. terlalu banyak kenangan manis tercipta di sana... Aku merindui BIAH SOLEHAH di sana... aku merindui sahabat-sahabat perjuangan di sana...dan aku merindui ukhwah yang terjalin... "6 UNICS IN KISAS?..." Di bumi waqafan itulah yang membuatkan diriku terus istiqamah dalam perjuangan ini.. Kak Agy, Sarina, Kak Anim, Hazlina, Siti dan lain-lain..uhibbuki Fillah... Semoga ukhwah yang terjalin antara kita akan terus kekal selamanya...

Jumaat, 9 Oktober 2009

TERUSKAN PERJUANGAN....

Saat ini fikiranku teringatkan anak-anak yang tercinta sedang berjuang menempuh medan peperiksaan...Ramai juga antara mereka yang demam dan kurang sihat... Namun, semangat yang kental dan gigih untuk terus berusaha membuatkan diriku yakin mereka pasti akan beroleh kejayaan yang cemerlang... Buat anak-anak yang tercinta...Teruskan berusaha... dan bermohonlah pada Allah agar terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam mencipta kejayaan yang cemerlang di dalam PMR ini...

Lagu ini khas ditujukan buat anak-anak tercinta...

Selamat Berjuang anakandaku...
Semoga Allah berkatimu...
Kenangan indah bersamamu...
Takkan kubiar ia berlalu...
Dan ingatlah semua ikrar kita....

HATI ini sayu... mengenangkan...
Sengsara di dalam perjuangan...
Perlu ketabahan..dan kekuatan...
Kedamaian dan juga Ketenangan...

Merinduimu...Pecinta Ilahi...

http://www.youtube.com/watch?v=RJoy6io06Hk

Ya Allah..Jika aku jatuh cinta Ya Allah
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Muhaimin... jika aku jatuh hati..
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tidak terjatuh dalam jurang nafsu
Ya Rabbana... jika aku jatuh hati, jagalah HATIKU padanya
agar tidak berpaling daripada hati-Mu
Ya Rabbul Izzati...jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di persetiga malam terakhir-Mu
Ya ALlah..jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...AMIN...
Doaku..moga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat..
berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatah iman.. 

Terima kasih atas segalanya wahai Pencinta Ilahi...

Kembali Merindu...

Hari ni tinggal 2 hari saja lagi  aku berehat di rumah... Perasaan rindu kepada anak-anak tercinta dan  rakan-rakan seperjuangan yang tersayang semakin membuak-buak di HATI ini...terlalu lama aku meninggalkan tugas dan tanggungjawabku untuk mendidik anak-anak tercinta...rindu akan suasana di surau...rindu untuk melihat telatah anak-anak tercinta dan rindu kepada anak-anak BADAR yang terkapai-kapai menanti kehadiran diriku ini... Aku sentiasa berdoa agar mereka teguh dan kuat dalam menempuh dugaan-dugaan yang datang. Walaupun perit yang terpaksa mereka lalui, namun, semuanya mengajar mereka erti kehidupan dan mematangkan mereka untuk meneruskan tarbiyah di bumi Pasir Salak ini...Ingatlah anak-anak sekiranya bukan kita yang memikul tanggungjawab itu,siapa lagi yang akan memikulnya... Insya-Allah...Allah akan menolong hamba-hamba-Nya yang menolong agama-Nya....

Khamis, 8 Oktober 2009

siapakah dia srikandi idaman???


Mungkin anda tidak mengenali siapa dia srikandi idaman...
Di sini saya ingin ingin mengajak anda semua menghayati dan menelurusi liku-liku kehidupan dan pengorbanan wanita-wanita srikandi dahulu yang sanggup berkorban dan mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah swt sehingga tanpa ragu-ragu sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah ini.


Dalam buku ini terdapat lagu-lagu yang bertemakan penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita-wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam. Daripada inspirasi sebuah lagu, penulis menterjemahkannya melalui buku ini supaya sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan inspirasi kepada pejuang-pejuang agama dan dorongan untuk kita sentiasa menjadikan wanita-wanita yang hebat ini sebagai ilham dan sumber kekuatan untuk melayari liku-liku kehidupan yang mencabar lewat ini. Betapa tidak? Mereka yang dikatakan kaum yang lemah, mampu berdiri sebaris dengan pahlawan-pahlawan Islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sedikit pun. Biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka masing-masing, namun ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk mereka tetap standing dengan apa yang telah dijanjikan-Nya untuk para syuhada’.


Di samping itu terdapat lirik-lirik lagu yang kita sering dengar. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Sumayyah? Siapakah Ratu Syahadah? Siapakah Zinirrah? Oleh itu, melalui buku ini, Insya-Allah anda akan lebih mengenali para wanita penghuni syurga ini.

Sama-samalah kita mengirimkan Surah Al-Fatihah buat srikandi-srikandi ini. Moga-moga kita akan mendapat kekuatan dan kehebatan seperti mereka... Al-Fatihah
.


Nah...Adakah kita layak digelar srikandi idaman??? mungkin kita tidak layak... namun, tidak salah seandainya kita mempunyai hasrat untuk bergelar srikandi idaman...

Adakah ini kepastian?


Lagu ini cukup bermakna dan membuatkan kita akan mengenali diri kita yang sebenar... Adakah kita pasti kita mampu untuk meletakkan diri kita ini berada di dalam syurga yang sudah pasti dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang beriman...

Uniknya Majalah Solusi



Kita sering terlupa akan kepentingan amalan membaca...kita sering mengatakan yang diri kita ini sibuk... tiada masa untuk meluangkan masa membaca buku-buku atau majalah-majalah ilmiiah...sedangkan kita tahu... dengan membacalah kita akan mendapat ilmu dan juga pengetahuan yang cukup tinggi nilainya... Sekiranya kita suka membaca sekalipun, apakah yang kita baca itu memberi manfaat pada diri kita..?? tepuk dada tanya iman kita... Oleh itu, saya syorkan sebuah majalah yang cukup menarik dan baik untuk kita baca... pengisiannya cukup memberi panduan untuk kita dan mampu untuk menjadikan diri kita ini menjadi yang lebih baik... Majalah ini memang istimewa.. penulis-penulisnya juga sangat hebat...ditambah pula dengan ilustrasi yang menarik.. dan yangpaling penting terdapat banyak isu yang diketengahkan untuk setiap bulan...Jangan lepaskan peluang ini...
Terima kasih teman.. kerana engkau aku mengenali majalah ini... dan kerana kau juga aku memperoleh majalah ini...

PERLUKAH AKU KHABARKAN?



Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang..
Tapi di dalam hati yang tersimpan persoalan...
Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua....
Perlukah aku bukakan keaibanmu...
Semuanya terletak dalam hati kecilku...
Segala kebenaran atau penjelasanku...
mempunyai pelbagai tafsiran tersembunyi....
ohh ku pohon padaMu Tuhan..
berikanlah kekuatan


Untukku menghadapi semua ini....
Tuhan ku terus berserah berilah aku hidayah..
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah....

Tenangkan HATI....


Semua yang berlaku memang ada hikmahnya... inilah saat yang paling berharga buat diriku untuk menenangkan diri...Sekian lamanya tidak berpeluang untuk menikmati saat-saat seperti ini... Teringat kata-kata seseorang yang kugelar rama-rama... "cikgu perlu pergi bercuti untuk berehat" dan akhirnya saat itu datang jua... terima kasih rama-rama...atas keprihatinan terhadap diri ini... semoga dikau akan selalu bahagia dan ceria-ceria selalu... terima kasih juga kepada puteri cahaya... kalian banyak membantu dan menghiburkan hatiku ini...


Buat teman yang kukasihi... kehadiran dikau di sisi membuatkan diriku terasa dihargai dan disayangi...

Erti Sebuah Pengorbanan...


Segalanya telah berlalu... alhamdulillah... syukur kehadrat-Mu Ya Allah... kerana kau telah memberi peluang buat diri ini untuk bertemu anak-anak yang tercinta... Aku merancang...dan kau juga merancang..dan kaulah yang menentukan segalanya... Tanpa keizinan-Mu aku tidak menjejakkan kaki di sana... Tenang dan bahagia rasa di hati apabila aku berjaya untuk menatap wajah anak-anak yang tercinta sekian lamanya tidak bersua muka... Terima kasih Kak Jun atas keprihatinan yang diberikan.. begitu sebak rasanya tatkala melihat kau berbicara bersama anak-anak yang tercinta...walaupun diri ini lemah..namun semangat yang kental untuk mendidik anak-anak tercinta maka diri ini menggagahkan diri juga untuk memberi perangsang dan memberi amanat-amanat terakhir sebelum anak-anak tercinta akan menempuh perjuangan yang akan ditempuh... Buat teman yang tercinta... terima kasih yang tak terhingga kerana telah mengizinkanku untuk bertemu anak-anak tercinta... Semoga anak-anak tercinta akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam PMR ini... (7 - 14 Oktober 2009)

Pemergianmu ditangisi..


27 September 2009 meninggalkan kenangan yang sangat dalam buat diriku... Namun aku pasrah atas ketentuan-Nya...walaupun pemergianmu ditangisi...namun, segalanya memberi pengajaran dan pengalaman hidup buat diriku... Aku reda atas segala yang berlaku... Ya Allah berikanlah kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan hidupku ini... Duhai teman..terima kasih kerana setia berada di sisi menemaniku tatkala diri ini berada di dalam kesedihan...

srikandi_idaman: Hidup ini JIHAD mejuju ILAHI!!

srikandi_idaman: Hidup ini JIHAD mejuju ILAHI!!

Hidup ini JIHAD menuju ILAHI!!

....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "...Jika dirimu dilanda kesusahan Bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. Perisailah dirimu dengan harapan Agar tidak putus asa Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain. Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. Kecemasan itu tidak selamanya Mengongkong seseorang Sebagaimana kegembiraan pun Tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini Bagi orang-orang yang waspada....