Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah Subhanahu waTa'ala kerana
dengan rahmat-Nya kita dipertemukan lagi dengan bulan Sya'ban pada tahun ini
iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan. Pada bulan ini, kita
digalakkan untuk meningkatkan segala amal ibadat yang berkebajikan. Bulan
Sya'ban adalah antara bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan tersendiri,
maka seharusnyalah kita sebagai kaum Muslimin menyambut dengan rasa syukur dan
memuliakannya dengan memperbanyak amal ibadat kepada Allah Subhanahu waTa'ala.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam ada mengajarkan dan menyarankan umatnya
tentang amalan-amalan yang Baginda sering dilakukan pada bulan tersebut.
Antaranya ialah memperbanyak puasa sunat,
Dalam kita memperkatakan kelebihan bulan Sya'ban, terdapat satu malam pada
bulan tersebut yang dikenali dengan 'Nisfu Sya'ban'. Tanpa kita sedari ,hari
ini merupakan 14 Syaban 1435 h. Adapun malam Nisfu Sya'ban ini mempunyai
keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa
dimakbulkan), malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat,
sebagaimana hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam diriwayatkan oleh
Imam Ibnu Majjah
"Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahu 'anha
berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam: Sesungguhnya Allah
Subhanahu waTa'ala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu
Sya'ban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu waTa'ala
mengampunkan hamba-hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing
Kabilah Bani KaliB"
Oleh
itu sama-samalah kita menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyak
membuat perkara sunat yang bertepatan mengikut apa-apa yang telah diajarkan
kepada kita. Semoga amalan dan ibadah yang kita kerjakan mendapat rahmat dan
pengampunan daripada Allah Subhanahu waTa’ala.. Amin..
Gelincir
matahari hari ini dan selepas azan Maghrib maka kita memasuki 15 Syaaban… Hari
buku catatan amalan kita diangkat dan buku catatan baharu diberikan. Marilah
kita sama-sama membanyakkan catatan amalan kebaikan kita. Mohon keampunan
kepada Allah dan sesama kita. Biarlah kita menutup dan membuka buku amalan kita
dengan kebaikan……
Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam
Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran,
Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan
ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak
penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari
sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban
beribadah dengan mengerjakan Solat Isya’ berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalan-Mu
Agar aku istiqamah menjejaki keredaan-Mu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk
pada ketentuan-Mu.
Jadikanlah diri ini orang yang
selalu menjauhi larangan-Mu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku
berlalu…
Amin…