Pilian raya kampus: Calon sokong kerajaan kuasai 12 universiti
Kuala
Lumpur: Calon proaspirasi (Pro-A) menang besar mengatasi calon
promahasiswa (Pro-M) yang menyokong pembangkang pada pemilihan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang
berakhir semalam.
Setakat malam tadi, Pro-A menguasai 12 universiti
Petikan daripada Berita Harian 26 September 2012
Apabila melihat tajuk artikel Berita Harian hari ini teringat kenangan sewaktu pertama kali bertanding dalam pilihan raya kampus di UPM sekitar tahun 2003. Pada tahun itu buat pertama kalinya sistem e-voting atau electronic voting dilaksanakan. Natijahnya pada tahun tersebut buat pertama kalinya calon promahasiswa kalah dalam pilhan raya tersebut. Umumnya, seluruh Malaysia mengetahui kebanyakan kampus menggunakan sistem e-voting dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.Kononnya, untuk selari dengan pembangunan sistem ICT Malaysia dan dalam
mempercanggih sistem yang sedia ada e-voting dianggap sistem yang
relevan
dalam pilihan raya kampus. E-voting telah diguna pakai oleh kebanyakan
negara semasa pilihan raya. Antara negara terawal menggunakan e-voting
ialah di Amerika. Bagi Malaysia, sistem ini masih lagi belum
dilaksanakan dan mungkin juga tidak akan dilaksanakan di dalam pilihan
raya umum. Tapi, sistem ini telah dilaksanakan di kebanyakan kampus di
Malaysia terutamanya institusi awam seperti Universiti Malaya (UM),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia
Terengganu (UNT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Untuk USM, sistem
ini tidak dilaksanakan.
E-voting boleh dikatakan pemudah cara semasa mengundi. Antaranya:
1. Menjimatkan masa pihak HEP dan pelajar
2. Menjimatkan duit
3. Lebih terurus
Namun begitu, terdapat beberapa persoalan besar yang timbul tentang sistem e-voting.
1. Adakah undi anda rahsia?
2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-voting?
Adakah undi anda rahsia?
Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah
mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk
mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda?
Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke
arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes)
mustahil. Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa
yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira
pengundian secara manual ataupun e-voting.
Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
E-voting bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di
simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang,
terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam
rangkaian dengan mudah. Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang
bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Ini penting untuk menjaga data integrity supaya data yang pengguna hantar selamat disimpan tanpa diubahsuai.
Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?
Selain aspek keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian, perlu ada makanisme disaster recovery
dimana sekiranya berlaku sebarang bencana (cth server down, database
corrupt, black-out dsbg),tempoh masa yang diambil untuk recovery
mestilah singkat. Selain itu, segala data mestilah sama seperti dalam
keadaan yang sebelum berlakunya bencana tersebut. Data availability dalam sistem e-voting adalah kritikal.
Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dengan teliti dalam pelaksanaan sistem e-voting.
Mungkin perkara-perkara yang disentuh tidak kritikal untuk sistem
e-voting pilihan raya kampus, tetapi untuk membangunkan sistem
e-voting yang betul-betul selamat dan reliable, perkara-perkara tersebut perlu diambil serius oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan sistem tersebut.
Ketelusan dan kerahsiaan sistem ini dipertikaikan kerana ada kelompangan dan kebocoran yang berlaku.
Bagi saya, selagi mana sistem e-voting ini dilaksanakan selagi itulah calon promahasiswa tidak akan menang bertanding dalam pilhan raya kampus. Teringat kembali kenangan lama sewaktu proses pengiraan undi menggunakan manual undian.. Hampir majoriti kerusi dikuasai oleh promahasiswa dan nampak telus walaupun terpaksa memerhati proses kiraan undi sehingga jam 6.00 pagi... Tetapi kepuasaan dapat dirasai apabila melihat kemenangan promahasiswa..
Yang paling nyata dan ketara pada pilhan raya di UPM sewaktu menggunakan sistem e-voting untuk pertama kalinya, dipaparkan calon promahasiswa dari Fakulti Veterinar hanya mendapat satu undian sahaja. Memang tidak logik apabila calon itu mendapat undian satu sahaja walhal penyokong promahasiswa pasti menyokong calon tersebut. Hal ini jelas menunjukkan tidak menunjukkan ketelusan dalam sistem tersebut. Selain itu, sewaktu proses mengundi juga, bekalan elektrik terputus di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (fakulti yang saya bertanding) menyebabkan proses pengundian tergendala hampir satu jam lebih... Sewaktu sistem ini tergendala pelbagai kemungkinan berlaku dalam sistem tersebut. Sebenarnya banyak lagi kelemahan yang dilihat daripada pelaksanaan sistem ini. Seharusnya pihak pentadbiran universiti dan kerajaan boleh menilai semula ketelusan sistem ini untuk keadilan bagi kedua-dua pihak...