Rabu, 26 Mei 2010

Sekian lama menyepi...


Syukur kepada-Mu Ya Allah...kerana masih memberikan ruang dan peluang untuk mencoretkan sesuatu di sini setelah sekian lamanya tidak mencoretkannya...Terasa rindu yang amat ...namun, masa tidak mengizinkan .. Tatkala ini aku duduk mengulang kaji untuk membuat persiapan untuk peperiksaan esok.. Sudah hampir 2 minggu berkampung di Institut Latihan Kecemerlangan MARA(ILKM) JAWI kerana mengikuti Kursus Induksi MARA (17 Mei -27 Mei 2010)... Jadual agak padat sehinggakan kurang masa untuk berehat... Pada awalnya memang dirasakan masa sangat lambat berlalu... Namun, esok bakal berakhir segalanya...Lama tidak dapat bersua dengannya... Pulang ke maktab disibukkan dengan kerja-kerja harian seorang guru...Lambakan kertas sedia menanti di atas meja...
Sepanjang kursus di sini pelbagai pengalaman diperoleh...suatu ilmu yang tidak pernah dimiliki selama ini...kemudian  dapat menambah kenalan baru untuk mewujudkan rangkaian di semua peringkat di bawah MARA... dan yang paling istimewa dapat bersua kembali rakan-rakan seperjuangan sewaktu mengikuti Diploma Pendidikan di Bangi dahulu...terkenang kenangan itu...
Sepanjang berada dalam kursus tu, ada perkara yang membuatkanku dan rakan-rakan yang lain tiba-tiba menjadi sayu.  Seorang guru menayangkan video bertajuk "Biarku Menjadi Lilin" ..Memang aku penah mendengarnya ketika zaman kanak-kanak..tetapi tidak berpeluang untuk menghayatinya... Ketika membaca bait lirik lagu itu..HATI ini begitu amat tersentuh... dan wajah anak-anak bermain di hadapan mata.. rindu... Duduk menginsafi diri adakah aku ini telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan sebaiknya???..Masih terlalu jauh lagi perjalananku ..
"Alang duduk menjadi cikgu, sebutir pasir dijadikan intan"

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar

Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki

Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

                                                     Aku senang begini dapat terus berbakti
                                                                  Dengan cara sendiri