Ahad, 21 Februari 2010

Bermula sukantara...


Hari ini bemulalah sukantara maktab... Pagi ini aku ditugaskan untuk menjaga acara lompat jauh.. Sedang duduk menunggu pelajar Tingkatan 4, aku terlihat seorang pelajar Tingkatan 1 duduk seorang diri di bawah pokok. Rakan-rakan yang lain semua pergi ke khemah untuk mengambil sarapan.. Apabila ditanya, rupanya pelajar tersebut berpuasa.. Alhamdulillah..sejuk melihat tingkah laku pelajar itu.. masih berupaya untuk berpuasa sunat walaupun minggu ini minggu sukan... Namun, kebanyakan pelajar sering menganggap minggu sukan inilah mereka bebas untuk melakukan apa-apa jua perkara...mendedahkan aurat.. meninggalkan solat..pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan...dan lain-lain...
Teringat sewaktu sukan SUPER tahun lepas, pasukan bola tampar perempuan ditegur oleh warden sebab membuka aurat sewaktu bermain... Namun, alhamdulillah...akhirnya mereka boleh menjaga aurat masing-masing walaupun tidak memenangi acara itu... Apa yang penting bukan kemenangan semata-mata...tetapi kemenangan dan maruah kita sebagai pelajar Islam...Ingat...Matlamat tidak pernah menghalalkan cara...


Khamis, 18 Februari 2010

Gerbang Cendekia


Alhamdulillah..Pelancaran Program Gemilang SPM/PMR dapat berjalan dengan jayanya... Terasa bernafas sedikit walapun hakikatnya ketihan itu masih dirasai...Semoga para pelajar Tingkatan 3 dan 5 akan terus gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR dan SPM nanti...

Backdrop Program Pelancaran Gemilang SPM/PMR 2010
Perjanjian pelajar-pelajar untuk memperoleh A dimeterai

Acara penyematan button GEMILANG kepada Presiden BWP..
Ikrar daripada anak-anak pelajar...

Button GEMIILANG 2010

TITIAN KEJAYAAN(Lagu Tema)

Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya

Rindu....


Rindu…



Rindu itu adalah anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..punyai rasa rindu..
Rindu pada kedamaian…rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan.



Orang-orang bertaqwa..rindu akan kebenaran.
Kejujuran dan keikhlasan keredaan tuhannya
Orang mukmin merindukan anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah..keluarga bahagia..



Para pencinta kebenaran rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan keampunan Tuhannya.



Dan seluruh umat itu Merindukan cahaya
yang menyinari kehidupan rindu kepada Tuhan..
Rindu kepada Tuhan..Rindu kepada Tuhan…
http://www.youtube.com/watch?v=dJFFOgT1124

Perasaan rindu hadir dalam diri ini tatkala mengenangkan anak-anak yang berada jauh di mata.. walaupun baru 2 hari, namun hati ini tidak bisa melenyapkan perasaan itu. Pesanan sms dan panggilan telefon daripada kalian menguatkan perasaan ini. Namun di kejauhan ini, diri ini sentiasa mendoakan kalian agar sentiasa diberikan kekuatan untuk mengharungi segala mehnah dan tribulasi yang sedang dan bakal dihadapi.. Aku bangga mendengar kalian bersama-sama mengimarahkan surau dan dapat solat berjamaan 5 waktu di surau.. semoga kalian akan teguh dan terus istiqamah dalam perjuangan kalian di MRSM Taiping..



Lagu ini kutujukan buat kalian….semoga kalian dapat meneruskan perjuangan di san
TERUSKAN PERJUANGAN!

Sekian lama kita bersama…
Berkasih bercinta sesama kita…
Segala dugaan yang menimpa kita…
Iman dan taqwa

Tiba masanya perpisahan kita..
kedatangannya mendebarkan jiwa..
Kita hanya mampu untuk merancang..
tetapi Allah menentukan

Teruskan perjuangan dan terus berkorban
meskipun kita akan berjauhan
Teruskan perjuangan demi menegakkan Islam…
Allah..Allah…Allah…

Manisnya ketika berjuang bersama..
Suka dan duka rasa bersama.
Kini semuanya tinggal kenangan
Tidak kan mungkin berulang

Berpisah di mata di HATI jangan
Kita hanya mampu untuk merancang..Tetapi Allah menentukan
Teruskan perjuangan dan terus berkorban
Meskipun kita akan berjauhan..
Demi menegakkan Islam..

Rabu, 17 Februari 2010

Kesibukan Dunia Bukan Alasan Remehkan Ibadah...


Alhamdulillah..selesai Majlis Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 & 4 dan selesai juga Pesta SEM Type III Tingkatan 3... Melihat hasil pembentangan kajian mereka, secara keseluruhannya tahap kemampuan mereka masih banyak yang perlu dibaiki.. Mungkin disebabkan kurang panduan daripada guru penasihat SEM menjadikan hasil kajian mereka tidak memberangsangkan.. Walauapapun, ini merupakan medan untuk mereka membuat penambahbaikan dan panduan untuk membuat kajian di menengah atas nanti...

Petang ini akan sibuk menyiapkan hiasan pentas untuk program Hari Pelancaran Program Gemilang SPM & PMR..malam ini pula majlis bersama warden dengan pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 4.. Memang agak letih...namun, di hati ini tetap akan kuatkan semangat dan memperuntukkan waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah... Insya-Allah selagi mempunyai kekuatan akan aku kuatkan kaki ini untuk mengimarahkan surau bersama-sama anak-anak tercinta...



Kesibukan mengharungi kehidupan dan jadual aktiviti dunia menyebabkan manusia sering bingung apakah perkara yang perlu diutamakan supaya dapat mencontohi Rasulullah SAW yang berjaya melaksanakan tugas keduniaan dan pada masa sama tidak melupakan tuntutan akhirat. Mereka yang mendapat petunjuk Allah akan mengutamakan perkara yang mendekatkan diri kepada-Nya serta berusaha mencari keredaan-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:

“Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetap atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang yang mempersekutukan Allah.” (Surah ar-Rum: 30-31)

Perlu disedari kehidupan di dunia dan akhirat adalah milik Allah semata. Apabila manusia mengutamakan kecintaan selain Allah, maka Allah dapat berbuat segala sesuatu kepada umat manusia di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud:

“Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. Apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka di malam hari pada waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka rasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga). Tiada yang rasa aman daripada azab Allah kecuali orang yang merugi.” (Surah al-A’raf: 96-99)

Ancaman Allah ini dijadikan orang beriman yang solih untuk lebih mengutamakan jadual Allah, daripada jadual lain. Mereka lebih mencintai Allah daripada yang lain. Kepentingan itu kemudian disebarkan kepada umat lain ke arah mencari kebahagiaan.



Isnin, 15 Februari 2010

Buat kau Yang bergelar Wanita


Malam itu malam yang sugguh bermakna..terima kasih wahai teman kerana sudi mendendangkannya buat diri ini...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

"Wanita-Kau Insan Istimewa"


Percutian yang penuh bermakna...

Syukur Alhamdulillah.. percutian kali ini penuh bermakna dan menyeronokkan..walaupun masanya agak singkat namun, kami dapat menghabiskannya bersama…

Kami bertolak ke Jerantut jam 11.00 pagi (Sabtu), mungkin disebabkan berkobar-kobar nak pulang ke kampung terlupa pada hari tersebut ramai orang berpusu-pusu ke kampung halaman masing-masing. Biasanya perjalanan mengambil masa paling lewat 3 jam namun, pada hari tersebut 5 jam…jam 4.20 petang baru sampai ke destinasi…Kasihan melihat zauji keseorangan sepanjang perjalanan …tak dapat menemaninya kerana rasa mengantuk yang amat dek penangan ubat batuk …

Jam 3.00 petang (Ahad) pula kami terus bergegas ke Hulu Langat untuk program “Hari Keluarga FITRAH PERKASA…Program asal bermula jam 3.00 petang..Namun, kami sampai agak lewat jam 6.00 petang..Ketinggalan slot Taaruf…Dalam perjalanan ke sana kami ternampak banner “ Valentine Day” Nampak comel dan menarik…sangat berkesan dan memberi pengajaran kepada orang yang melihatnya..
Banner yang tergantung di persimpangan Hulu Langat...


Program Hari Keluarga bermula dengan sesi Taaruf, diikuti jamuan makan malam, persembahan..keesoakan harinya diadakan Qiamullail, Solat Subuh berjamaah, Kuiz Agama, Sukaneka, Kuliah dari Fitrah Perkasa , Majlis Penutupan dan Solat Zuhur berjamaah.. Alham dulillah…segalanya berjalan lancar..dapat mengenali dengan lebih dekat keluarga Fitrah Perkasa yang selama ini hanya melihat dalam website sahaja..Semoga ikatan ukhwah antara kita semakin bertaut dan berkekalan..



Program "Family Day" Kali Ke-3...

Pertandingan Kuiz Agama..(7.00 - 7.30 pg) Walaupun soalan yang diberi mudah namun, kadangkala peserta keliru dengan jawapan sendiri...Namun, slot ini dapat muhasabah diri sejauh mana kita menguasai ilmu agama dalam kehidupan seharian kita...

Acara wajib yang biasa ada dalam mana-mana "Hari Keluarga" walaupun baru mengenali sehari,namun serasa sudah lama mengenali mereka...

Keluarga Ustaz Pahrol..selama ni kenal di Majalah Solusi, buku-buka dan dari lirik lagu sahaja...

Kuliah khas untuk anak-anak, isteri-isteri, suami-suami oleh Ustaz Nasib... Penuh dengan kata-kata yang bermakna diiringi muzik kitaro dan alunan nasyid dan zikir...terasa diri ini sangat kerdil ...
Selesai kuliah, semua yang hadir menunaikan Solat Taubat dan Solat Zuhur Berjamaah..

Isteri kepada ustaz-ustaz Fitah Perkasa...Ukhwah itu Indah Apabila Bertemu dan Berpisah Kerana Allah...
Ya Allah...jadikanlah kami isteri-isteri yang solehah...Amin...


Dapat merasa makan di meja VIP..khas untuk mereka yang bergelar isteri...

Sungai...Rasa rindu dengan kenangan itu...

Jam 3.00 petang, kami bertolak ke Meru...Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar... Memandu secara berhemah walaupun kepenatan yang amat. Namun, sampai sahaja di Pekan Meru, mungkin nak ditakdirkan, kami akhiri percutian dengan peristiwa yang tidak diduga,..Berhenti di Stesen Petronas sebab ingin keluarkan duit.  Kemudian, apabila masuk selekoh di simpang empat kami ditahan polis kerana tidak sempat memakai tali pinggang keledar..Hasilnya, dapatlah surat cinta yang sangat berharga...nilai sekeping surat tu M300.00... Jadi, moralnya, pakailah tali pinggang keledar setiap kali menaiki kenderaan...hehe Alhamdulillah...

Esok...akan pulang semula ke maktab...maka, kena bersedia untuk mengerahkan tenaga yang ada,, Hari Rabu Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan 4.. dalam minggu tu juga Minggu Silaturahim, Minggu Aktiviti, Hari Jumaat Hari Pelancaran Gemilang SPM & PMR..Kemudian petang tu terus ke MRSM Kuala Kubu Bharu untuk Bengkel Penandaan Kertas Bahasa Melayu SPM sehingga Sabtu.. Jadi, minggu tu, minggu macam-macam ada...Walauapapun,teruskan semangat...dan TERUSKAN PERJUANGAN...

Khamis, 11 Februari 2010

Menghalau Gangguan jin dan syaitan...

Alhamdulillah...akhirnya datang juga orang-orang Darul Syifa' ke MRSM Pasir Salak untuk memagar asrama..lepas Solat Maghrib buat Solat Hajat, Bacaan Yassin, Solat Isya' kemudian proses memagar kawasan asrama dan maktab... Pukul 11.00 malam selesai aktiviti tersebut..Terima kasih kepada semua warden yang turut sama membantu aktiviti ini...dan tak lupa juga buat anak-anak BWP, LDP dan BADAR...Semoga Pasir Salak akan aman daripada gangguan-gangguan syaitan..Amin...



baru lepas merenjis air di asrama..

Berakhir sudah segalanya...

Tepat jam 11.30 pagi selesai mesyuarat MUAFAKAT kali Pertama ..hampir 6 bulan AJK MUAFAKAT tidak bermesyuarat sehingga masing-masing terlupa nama semua AJK melainkan S/U je..Alhamdulillah walaupun mata ni terlalu mengantuk namun semuanya berjalan lancar..tenang dan membahagiakan... Terasa ringan sedikit kepala setelah selesai mesyuarat ini...
Excelent Desk, Sasaran Kerja semua sudah diselesaikan... Yang paling menyeronokkan masuk sahaja ke jabatan ada kek dan ayam goreng sedia terhidang di atas meja menghargai jasa kami yang telah membuat Excelent Desk...Terima kasih Kak Dila dan Kak Intan kerana belanja kami..(Eriza, Kak Amal n Kak Jun) sayang kalian....Cemburu tengok Kak Amal nama dia seorang saja yang ada kat kek tu...huhuhu.. tapi takpa, ayam tu khas untuk Eriza...hehehe...syukran ala kullihal...



Selasa, 9 Februari 2010

TERUSKAN PERJUANGAN

kadang yangg kita impikn itu bkn milik kita,
impian tidak sama dgn cita-cita,
lupakan impian diri,
kejar cita-cita umat,
dunia akan dtingglkan,
impian bakal lebur,
namun cita-cita itu tetap bersambungan,
sebagai penerus perjuangan..

Sedih rasa di hati...


Malam tadi pertama kali aku bertugas memantau prep malam...sebelum ini tak dapat bertugas kerana menghantar pelajar ke hospital sehingga jam 12.00 malam..Agak bersemangat pada mulanya untuk melihat anak-anak membuat kerja sekolah dan membuat ulang kaji.. Namun, apabila melangkah ke kelas , hati menjadi sedih dan geram apabila melihat anak-anak duduk berdua-duan dengan alasan untuk study... Adakah matlamat menghalalkan cara? Ramai dalam kalangan anak-anak yang tidak memahami konsep belajar  berkumpulan. Adakah salah untuk kita memilih rakan sejantina kita untuk menanyakan soalan atau belajar bersama...Namun, itulah yang agak sukar dilaksanakan oleh mereka. Mereka lebih suka bertanya soalan pada rakan berlainan jantina secara berdua-duaan.. Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan-(riwayat imam Ahmad). Satu lagi perkara yang agaknya boleh kita katakan rukun bagi sesetengah coupling adalah dating, iaitu bertemu antara sepasang pasangan. Biasanya temu janji atau dating ini dilakukan berdua-duaan, tanpa ada mahram dalam erti kata yang sebenar.Tidak syak lagi bahawa berdua-duaan satu perkara yang amat besar bahayanya. Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya, ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat untuk menjerumuskan manusia ke jalan kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan keseronokan nafsu, seseorang baik lelaki mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah, kemurkaan dan azabNya. Mereka juga akan melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat terpuji. Dalam keadaan berdua-duaan amatlah mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang besar. Bahkan hal ini merupakan satu peringkat yang paling menghampirkan diri kepada zina, dan terbukti dengan kes-kes penangkapan khalwat, dan muqaddimah zina serta zina itu sendiri yang majoritinya melibatkan pasangan couple.Rasulullah saw bersabda: jauhilah daripada berdua-duaan dengan perempuan, Demi diriku yang berada dalam tangan-Nya, tidaklah berkhalwat dua orang leleki perempuan kecuali ada syaitan di antara mereka. dan jika sekiranya seorang lelaki berhimpit dengan seekor babi yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya. Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan duduk berdua-duan bersama, kalau pada zaman kita ini termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di dalam bas, wayang dan sebagainya.Satu alasan yang popular bagi mereka yang ingin berdua-duaan adalah untuk mengulang kaji pelajaran.menuntut ilmu itu memanglah satu perkara yang dituntut, tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas muka bumi ini untuk belajar bersama-sama. Atau sudah tiada pelajar yang sama jantina yang boleh membantu dalam pelajaran.Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-Basri: jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan, walaupun kamu berkata: aku mengajarkannya al-Quran. Demikianlah beberapa hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para ulama tentang larangan dan bahaya khalwah atau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram.Teringat sebuah kisah yang mungkin boleh dijadikan iktibar kita bersama..

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.
Surah An-nisa,ayat 31:
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."
Surah Al-Israak,ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."\

Sama-sama kita renungkan...



Aku tertekan???



TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam.Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menangani tekanan dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tertekan dengan bijak.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan, akan berjaya menguruskan diri.

Hakikatnya, ujian tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat semula jadi, terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot,kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Rabu, 3 Februari 2010

Pergi jua akhirnya...

Tahniah kerana berjaya ke MRSM PKP....(Amalina Anuar, Puteri Syafiqah, Amirah Nur, Nor Sofea Hasmira, Mimi Nurazlina, Ashraf Ezwan,)

Buat anak-anakku..
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami di atas jalan-jalan kebenaran yang telah engkau redai, eratkanlah perasaan ukhwah mahabah antara kami, semoga kehidupan kami akan sentiasa diredai oleh-Mu ya Allah.




Sekiranya perpisahan yang engkau takdirkan ke atas kami, kami reda dengan apa-apa yang telah engkau tentukan. Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah, Ketemukanlah kami di Mahsyar-Mu nanti, agar kami dapat sama-sama menuju ke Syurga-Mu Ya Allah, di tempat yang tiada lagi perpisahan akan berlaku.....Amiiiin Ya Rabbal Alamiiiin...

Salam sayang daripada srikandi_idaman